3 | 🔗

1.3K 59 4
                                    

Nel dan Harraz memasuki perkarangan rumah Aunty Hanisa. Rumah Banglo itu sedikit bising dek kerana keluarga Uncle Eirfan yang turut serta dalam majlis yang dia sendiri masih lagi tertanya-tanya.

Perasaan segan menyelinap masuk ke dalam hati Nel. terasa seperti dia dan Harraz ditenung oleh ahli keluarga Eskandar. Entah-entah semua fikir dia isteri Harraz. Mana mungkin perkara itu akan berlaku.

"Ya Allah Nel. Lamanya aunty tak jumpa Nel."Badannya ditarik ke dalam dakapan aunty Hanisa. Dia hanya membalas pelukan itu. Terasa nyaman. Harraz di sebelahnya sibuk dengan Haider yang mula meragam. Lapar mungkin.

"Nel pun rindu aunty juga. 5 tahun aunty tak balik Malaysia."

Belum sempat Puan Hanisa membalas kata-kata Nel, mereka disampuk oleh seorang perempuan. Perempuan tersebut bertudung agak labuh. cantik. getus hatinya. berbeza dengan dia yang tidak bertudung dan baju kurung agak mengikut badan.

"Siapa ni mummy?." Perempuan tadi tak lekang dengan senyuman. Entah mengapa hatinya berdebar-debar.

"Nel kenalkan ni bakal menantu mummy, Qasdiena. Qas ni kawan Eskandar,Nelysa."

Salam yang dihulur oleh perempuan yang bernama Qasdiena disambut juga. Hatinya dah tak keruan . Adakah Eskandar pengantin lelakinya?.

"Mak lang Haz pergi dekat booth makanan dulu ye. Haider meragam dah ni. lapar rasanya." Belakang Haider ditepuk perlahan-lahan menenangkan budak comel tu. Harraz menghadiahkan senyuman kepada maklang nya.

"Nel ikut Harraz ye aunty." Hati yang gundah tika ini tidak mampu bertenang lagi. adakah betul sangkaan nya selama ni bahawa Eskandar dah berpunya.

langkah dibawa mengikut Harraz yang berjalan di sebelahnya . ya allah kenapa hatiku terasa sangat sakit. Mengapa mummy Eskandar langsung tidak memberitahunya mengenai Eskandar yang dah berpunya. No . This is not real.

lamunannya tersentak dikejutkan dengan suara garau Harraz.

"Tolong i pegangkan Haider sekejap. i nak pergi ambil makanan." Nel tidak membantah. Sedaya upaya riaknya dikawal supaya tidak kelihatan suram. Dia tidak mahu kelihatan lemah di hadapan lelaki itu. Ego nya menghalang segalanya.

"You nak makan apa?. I tolong ambilkan sekali untuk you."Nel menggeleng lemah. Harraz bagaikan mengerti. dia hanya mengangguk dan berjalan meninggalkan gadis itu.

"amaa laparr" suara comel Haider bagaikan memujuk hatinya. Haider bermain dengan butang baju kurung nya . Haih budak ni. Sexy la mama nanti Haider kalau terbuka butang baju ni . Hendak dihalang mahu menangis budak ni . tidak pasal-pasal pula Harraz akan memarahinya.

"Haider nanti tercabut butang baju kurung mama sayang. Pakcu Haider ni lama betul pergi ambil makanan." Kalau tercabut mahu nya nampak lurah dadanya nanti.

"Haider tu Pakcu Haider dah datang bawa makanan."

Nel memandang tingkah laku Harraz. Bermula dari lelaki itu berjalan kemudian meletakkan makanan di tangannya di atas meja. Spaghetti dan nasi arab . banyaknya portion nasi arab tu. Boleh menangis nak habiskan tetapi tak terkejut sebab itu adalah Harraz. Tengok badan lelaki itu sahaja pun sudah tahu. Tegap semacam je. Mesti ada roti di sebalik baju rawrr.

"Kenapa pandang i macam tu?. makanla i ambil untuk you. " Spaghetti di letakkan di hadapan Nel.

Haider di pangkuan Nel diambil oleh Harraz. Haider ni bukan boleh kira. Mahunya makan sampai tumpah . Habisla baju Nel. Harraz tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan . Lihat pada wajah gadis itu ketika Aunty Hanisa memperkenalkan Qasdiena pun dah muram semacam muka.

"Haider sekejap biar paksu cubitkan Ayam untuk Haider."

Haider di pangkuan Harraz di pandang. Nel suka melihat cara Harraz melayan Haider. Nampak tidak kekok seperti seorang ayah yang melayan anaknya.

SURI HATI HARRAZ AL-QADRIWhere stories live. Discover now