28 | 🔗

425 32 1
                                    

Lain pula yang terjadi apabila Nel naik ke bilik mereka. Dia mengambil tuala dan terus bergegas mandi dan kemudiannya mengeringkan rambutnya yang basah menggunakan pengering rambut elektrik.
Sesudah siap, dia terlupa yang Harraz mengajaknya solat berjemaah.

Selepas mengeringkan rambut tadi, dia terus menunaikan solat isyak disebabkan oleh mengantuk yang teramat. Namun setelah selesai solat, baru dia tersedar yang Harraz ingin berjemaah dengannya.

ish macam mana ni? dah la Haz dah merajuk disebabkan perkara yang berlaku di dapur dan sekarang ini dia pula tidak tunggu suaminya untuk solat berjemaah.

Nel membaringkan badannya di katil mereka. Tangannya sejuk dan gementar memikirkan jawapan yang ingin diberi untuk suaminya.

Pintu bilik ditolak menandakan suaminya sudah siap mengemas dapur.

"Sayang..." Lembut sahaja suara Harraz dan jemari lelaki itu naik mengusap wajahnya. Ya, Nel pura-pura tidur. Harap tidak kantoi la dengan Harraz.

"hmm" hanya itu yang Nel respon.

"Sayang dah solat isyak? " Soal suaminya sambil jemari lelaki itu bermain-main di mukanya. Soalan itu menyebabkan Nel membuka matanya. Dia gugup sewajarnya ketika ini.

"I minta maaf. I terlupa yang you nak berjemaah dengan i. i dah solat tadi selepas i mandi. "

"Okay. But another time please wait for me. Sayang tahukan pahala solat berjemaah itu 27 kali ganda daripada solat seorang diri. Tidur la sayangkan mengantuk. Abang nak solat sekejap." Selepas berkata begitu Harraz bingkas ingin bangun untuk mengambil wudhuk. Entah dia sendiri bingung. Kalau dia berlama di situ dia takut dia tidak dapat mengawal perasaannya. Dia kecewa sedikit tadi. Dia terpaksa pujuk diri sendiri lagi sekali.

Baru sahaja Harraz ingin melangkah pergi ke tandas untuk mengambil wudhuk, langkahnya terhenti apabila jari isterinya memegang lengan kirinya.

Harraz hanya memandang wajah isterinya.

"I minta maaf. I betul-betul terlupa.." Kata Nel dalam rasa bersalah.

"okay. " Hanya itu yang dibalas Harraz. Nel hanya melepaskan lengan kekar yang dipegangnya kejap tadi. Dia tidak pernah melihat sisi Harraz versi ini. Versi beku dan seakan merajuk.

Nel akui kali ini salah dia. Tetapi macam mana nak pujuk seorang lelaki? walaupun dia ada 3 orang adik beradik lelaki tidak bermaksud dia tahu cara untuk memujuk seorang lelaki. Satu lagi masalah timbul selepas satu masalah sudah selesai tadi.

Nel hanya termenung memandang ke arah Harraz yang sedang solat. Sejuk hatinya mengenangkan suami yang berada di depan matanya ini bukanlah lelaki biasa namun lelaki yang mampu membimbing dia ke syurga.

Leka termenung sehingga hampir tidak sedar yang Harraz sudah selesai solat isyak.

Nel kelam kabut apabila dirinya kantoi memerhatikan suami sendiri. Semua salah matanya yang tidak mahu tidur.

"Sayang dah baca al-mulk?." Nel hanya menggelengkan kepalanya kemudian menunduk.

"Air wudhuk sayang dah batal ke belum?" Soal Harraz lagi.

"Dah batal la tadi. i kan pegang you." Harraz tepuk dahi. hampir terlupa yang isterinya ada menyentuhnya.

"Pergi ambil wudhuk dan pakai telekung sahaja. Sayang pun tak boleh tidur kan? Apa kata sayang mengaji dulu."

"Okay. Sekejap tau. " Nel bangun dan membetulkan baju tidurnya yang agak nipis itu kemudiannya berjalan menuju ke tandas .

Seusai mengambil wudhuk, Nel memakai telekung solat kemudiannya duduk berhadapan dengan suaminya. Qurannya juga sudah siap diletakkan oleh Harraz di atas rehal.

SURI HATI HARRAZ AL-QADRIWhere stories live. Discover now