11 | 🔗

1.1K 87 7
                                    

Munchkin? Sekejap. Adakah dia abang bola sepak yang selalu dia curi-curi tengok sewaktu ketika di sekolah menengah dahulu apabila setiap kali dia menghantar air untuk Ukail di padang?.

Matanya merenung Harraz tanda seperti meminta penjelasan. Dia keliru.

"Oh my god! It's you right? pemain bola sepak nombor 7?"Nel senyum teruja. Abang bola sepak idaman malaya.

"Haih bola sepak juga yang you ingat Nel. I masih ingat bila you curi-curi intai i time i main bola sepak dulu."Pipi Nel tiba-tiba memerah seperti tomato. Cute!.

"I tak intai you. i just bagi sokongan daripada jauh. Alang-alang tu i cuci la mata i sekali. By the way you pindah dekat area mana eh dulu sebab Abang Ukail tak bagitahu i pun you pindah. Tiba-tiba lesap."

Harraz tergelak sekali lagi. Nel ni makin dikenali hati budinya, makin jatuh cinta dibuatnya. Comel dan terkadang sangat garang.

"I tukar sekolah di putrajaya. I sambung sekolah menengah di Sekolah Menengah Sains Alam Shah. Emergency stuff you know. Tiba-tiba babah datang sekolah ambil i and then terus ke sana. Rupanya sebab babah dapat tender baharu di sana." Terang Harraz panjang lebar.

Belum sempat Nel menyambung kata-katanya dengan soalan yang berada di fikirannya, dua orang pelayan datang dan menghidangkan makanan yang dipesan oleh mereka berdua.

"Thank you." Ucap Nel sambil menghadiahkan sebuah senyuman kepada kedua-dua pelayan tersebut.

"Are you sure you can eat all of this?"Soal Harraz sambil memandang meja mereka yang dipenuhi makanan.

"Kenapa? Kan i dah cakap i makan banyak. i love foods okay? so take it easy Haz. tapi kalau i tak boleh habiskan, apa susah. you kan ada. You makan la. Jangan risau i tak bagi sisa makanan dekat orang Haz."

tapi kalau sisa makanan tu dari you Nel, I sanggup. Desis hati kecil Harraz. Gatal benar kau.

"Baca doa dulu, sayang."Melihatkan Nel yang sudah seperti nak makan cepat-cepat ditegahnya. Nel ni mengalahkan Haider pula. Haider pun kalau lapar tak ada la jadi sampai macam ni. haih.

"Hehe, sorry i lupa. you bacakan eh Haz."Nel tersenyum malu. Doa diaminkan. Nel memulakan suapannya dengan beef spaghetti.

"Haz.. I tak nak la spaghetti ni. Tak sedap." Baru dua mulut tapi mood dia sudah hilang. Siapa chef yang buat ni. Kenapa sos spaghetti ni tak sedap langsung. Atau mulut dia yang rosak? Satu perangai dia yang daripada dahulu lagi kena tegah oleh mamanya apabila pergi makan di kedai atau restoran. Dia sangat memilih. Kalau tak sedap memang satu atau dua suap dia sudah tak lalu nak makan .Mulalah kena berleter dengan mama sebab membazir.

"Nel.. Tak elok cakap dekat rezeki macam tu. Tak suka, kita diam. Dah tinggal sahaja nanti i minta kedai tu bungkuskan. Makan makanan yang lain." Lembut suara Haz menegur. Sedaya upaya ayatnya dijaga. Tidak mahu Nel berkecil hati lagi.

"Thank you sebab tak marahkan i. Kalau dahulu, memang i akan kena marah dengan mama dan abang Ukail sebab tak habiskan makanan. Kebiasaannya Uwais dengan Umar yang habiskan. Dia orang tu bagi apa pun semua dibedalnya."Cerita Nel sambil bersusah payah mengopek lobster di depannya.

Harraz termangu. Jadi betul lah tekaannya selama ini. Nel seorang yang sangat memilih dalam bab makan. Tidak pula bagi dia yang makan sahaja segala benda tolak kayu dan batu sahaja.

"Bagi pinggan you dekat i. Come, i tolong kopekkan isi udang untuk you." Nel hanya mengangguk. Terharu juga dia dengan perbuatan Harraz. Sudah lama tak ada orang tolong kopekkan Udang untuk dia. Mengidam.

Nel hanya menjadi pemerhati melihat Harraz yang mengopek kulit udang tersebut dengan senangnya. Harraz yang masih segak lagi dalam pakaian kerja sangat membuatkan iman Nel tergugat. Kacaknya. Daripada dulu tak pernah berubah. Cuma raut muka Harraz kini lebih matang dan mempunyai sedikit kumis-kumis halus di bahagian jawline nya jika mahu dibandingkan dengan zaman dahulu.

"Nah . makan elok-elok. Udang i masih ada kalau you nak."Tawar Harraz dalam nada mengusik.

"Tak nak i dengan you. I dah cukup seekor ni. Besar la Haz lobster dia. kenyang sampai esok ni." Balas Nel seperti mengejek. Harraz menggeleng suka.

"So sekarang ni you kerja apa, Nel?"Soal Harraz ingin tahu.

"I seorang guru di sekolah swasta berhampiran dengan kedai buku tak silap." Kata Nel sebelum menyambung kembali suapan makanan ke dalam mulutnya.

"Ouh Asia Pasific School eh? dekat Subang Jaya tu. Am i right?"soal Harraz.

"Yes. How did you know?. Laju je you ni kalau bab teka-teki. I mengajar budak sekolah rendah." balas Nel lagi sambil menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.

"Sekolah tu dekat dengan rumah i dan pejabat babah. Jauh juga you ulang-alik dari rumah papa you ke sekolah."

"Ouh.. Tak adalah Haz. I tinggal di rumah sendiri dekat dengan sekolah tu. I dah besar so i rasa lagi bagus kalau i berdikari and tak menyusahkan papa."Jawab Nel tenang. pinggan yang berisi dessert itu ditolak. muak betul. Sumpah dia tidak boleh habiskan semua makanan di hadapannya.

Nel memandang ke arah pinggan Harraz yang sudah hampir licin. Biar betul lelaki ni. Makan ke melantak? banyak betul. Atau kau sahaja Nel yang suka makan tak habis. Nafsu besar tapi nak habiskan makanan tu memang memerlukan masa dan sokongan pula seperti otot yang memerlukan ligamen.

"Haz... i.."Nel sedaya upaya melembutkan suara dengan tujuan mahu melembutkan hati lelaki itu supaya tidak memarahinya.

"Kan i dah cakap dari awal tadi. You memang tak akan habis makan punya makanan ni."Harraz menghela nafas perlahan.

"Bila masa pula you larang i tadi. Haz tolong la i."Nel merengus perlahan. Ish.

"No.Habiskan semua makanan you, Nel. Kalau tak i lapor dekat Ukail tentang makanan yang you bazirkan."Ugut Harraz. Nel menjeling tajam. Huh.

"Spaghetti ni you minta pelayan tu bungkuskan. dessert i ni you habiskan."Arah Nel.

"Boleh tapi you kena suapkan i baru i habiskan."Harraz bukanlah lapar sangat malah dia juga hampir kenyang tapi boleh la kalau nak habiskan lagi makanan dia atas meja mereka itu. Sengaja dia mahu mengenakan Nel.

"Ish yelah. yelah. Cepat nganga mulut orang tua."Rungut Nel sambil menyuakan sesudu kek itu ke dalam mulut Harraz. Harraz tersengih suka. Budak tua pun kalau Nel yang panggil dia sanggup. Betul-betul dilamun cinta dia ni.

"Sedap pula kek you ni Nel. I punya tak sesedap ni pun."Mungkin disebabkan buah hati yang menyuapnya makan. Terasa berbunga dan bahagia sekali. Kalau macam ni, hari-hari pun dia sanggup habiskan makanan Nel tapi kena kahwin dulu baru la boleh buat lebih-lebih. Biasa la suami isteri punya projek. Readers yang single semua baik diam.

"Melebih you ni Haz. Apa you ingat dia guna kek lain-lain. Perangai mengalahkan rupa you ni. Mengada ." Ejek Nel sambil menyuakan suapan terakhir Kek tersebut.Habis pun kek itu.

"Mengada dengan you je. Rupa kacak seperti hero idaman malaya kan i ni? kan ?"Soal Harraz angkat bakul. Rasa nak je Nel cekup kepala Harraz dengan bakul lepastu masukkan dalam sungai. biar lemas .

"Ikut you la Haz. "Jawab Nel malas melayan Harraz yang kian perasan itu.Makin dilayan, makinlah Haz terasa diri dia itu terpaling handsome. Memang handsome pun sebenarnya tapi tak kan nak mengaku pula. Jatuh ego dia.


comment lah pandangan korang dengan cerita ni. i need review!🫶🏻
vote juga ye yall hehe Ceh HAHA 🫶🏻
to be continued

SURI HATI HARRAZ AL-QADRIWhere stories live. Discover now