29 | 🔗

383 31 4
                                    

Nel bangun awal pagi itu. Kejadian semalam masih berlegar-legar di ruangan mindanya. Malu. Dia sangat malu dengan kejadian semalam. Dia yang menggoda tetapi dia pula yang malu. Harraz sambung tidur selepas subuh tadi. Pertama kali dia melihat suaminya itu sambung tidur. Lagipula mama pernah cakap yang Harraz bukanlah sejenis sambung tidur selepas subuh.

Telur yang sudah siap direbus diletakkan di dalam mangkuk berisi ais sejuk. Nasi lemak juga diangkat dan dihidangkan bersama sambalnya di atas meja makan. Harini dia tiada menu lain selain nasi lemak. Alang- alang sudah berada di rumah papanya, biarlah dia sahaja yang memasak makan pagi.

"Sedapnya bau Nel masak. Lama abang tak makan. " Kedengaran suara Ukail tiba-tiba menghampiri meja makan bersama papanya.

"Haah kan papa pun dah lama tak makan masakan kamu Nel."

Ukail dan Tuan Nadhir mengambil tempat di meja makan.

"Nel kan sibuk sikit dengan murid-murid dekat sekolah. nanti kalau papa nak makan, papa cakap la dekat Nel."

"Mana suami kamu Haz, Nel? Papa tak nampak pun sejak tadi. Subuh tadi ada nampak sekejap je." Soal Tuan Nadhir.

"Betul pa. Ukail pun tak nampak jugak. Tapi subuh tadi punya la senyum sampai ke telinga siap jadi imam dekat masjid tadi pa." Sambung Ukail lagi. Ukail juga pelik dengan adik iparnya yang merangkap Kawannya juga.

"Haa ye tak ya juga kan abang ukail. Tadi Uwais yang mengantuk pun tiba-tiba segar mata dengar suara imam."

Nel hanya menahan malu. Bukan apa pagi ini dia sedaya upaya tidak menyanggul atau mengikat rambutnya disebabkan oleh tanda yang ada pada lehernya.

Mengingatkan peristiwa semalam, Nel kembali tersenyum. Haih ada-ada sahaja kau ni Nel.

'Tanda-tanda cinta' itu la yang diungkapkan oleh Harraz semalam.

"Yang Kak Nel tersengih-sengih sorang diri tu kenapa. Duduk la Kak Nel. Tak kenyang kalau kak Nel berdiri macam orang angau." Sampuk Umar tiba-tiba.

"Ataupun plan Umar dengan Abang Haz dah menjadi. Amacam Kak Nel semalam?" Soal Umar tak berlapis.

"Ish apa Umar merepek ni. Plan apa pula ni. Makan la sebelum akak makan kau pula."Nel berkata begitu untuk membuang malunya.

"Umar, Nel jangan gaduh depan rezeki. Dah makan cepat. Nanti babah nak minta semua bersihkan taman rumah, vakum kereta dan basuh kereta masing-masing memandangkan semua cuti kan hari ini. Boleh kan semua?" Tuan Nadhir mahu rumah mereka kembali seperti dahulu di mana Isterinya Ufaila itu yang selalu mengadakan gotong-royong setiap bulan. Kata isterinya perkara seperti ini dapat mengeratkan kasih sayang sesama keluarga.

"Alah Papa, Uwais nak sambung main game la pa. Dah seminggu tak main sebab sibuk dekat pejabat. Pweaseee papaaa."

"No. Semua kena duduk luar rumah hari ini. Kamu lupa ke ini aktiviti bulanan arwah mama kamu suka buat." Soal Tuan Nadhir tegas. Bukan dia tak ada tukang cuci di rumah, namun dia mahukan masa bersama anaknya itu.

"Okay papa. Uwais akan menurut perintah."Uwais Pasrah. Nel hanya tergelak melihat adik kembarnya itu yang begitu pasrah tidak dapat main game.



Nel berjalan naik ke atas biliknya. Jam di dinding dikerling sekilas. Oh baru pukul 8.20 pagi. Pintu bilik ditutup perlahan-lahan. Katil bersaiz King itu dituju.

Kacaknya Harraz walaupun tengah tidur. Omel hati kecil Nel. Tidak sedar yang jarinya sudah naik mengusap wajah suaminya itu.

"You bangun lah. Papa panggil turun makan sama-sama."

"Hmphh." Hanya itu respon Harraz. Senyuman sedaya upaya ditahan untuk mengelakkan dia kantoi pura-pura tidur.

"Ish orang cakap lembut-lembut tak nak bangun ek. Okay kejap." Baru Nel ingin bangun dari katil tersebut, namun badannya terasa ditarik dan melayang jatuh di atas dada Harraz.

"Aaa Apa you nak buat ni. "

"Bestnya peluk sayang ni. Lembut. Rasa macam nak sambung tidur lagi."

"Sekarang dah pukul 8.30 pagi takkan la awak nak tidur sampai tengah hari. Apa pula kata papa nanti." Bebel Nel sambil menyelesakan kepalanya di dada suaminya. Nyaman.

"Ye abang tahu sayang. Tadi abang pergi jogging kejap lepas subuh sampai pukul 8 lepastu naik bilik tengok sayang dah tak ada. So abang assume sayang turun memasak tapi abang pun mandi la dulu. Now dah segar dah badan abang."Terang Harraz sambil mengemaskan lagi pelukannya dengan isterinya.

"Tapi tadi i tengok you baring atas katil sebelum i turun."

"Ye la abang baring sekejap je sebab abang masih terfikirkan semalam sayang. "

Muka Nel terus merah seperti udang bakar. Tolong la jangan ungkit tentang semalam. Dia malu.

" Jangan la ungkit. Kalau you kenakan i depan papa nanti siap you. " Nel seakan-akan memberi amaran namun Harraz buat tak tahu sahaja.

"Sayang, ni leher ni siapa yang buat? " Soal Harraz sengaja. Dalam hati Nel dah bersorak gembira kerana dapat melihat wajah Nel yang memerah malu.

"Harraz!!!"

"Ya sayangku Haura."

"i malu la. "

"Nak malu apa nya sayang. Kita kan dah kahwin. Normal la suami isteri buat apa yang kita buat sayang."

"Ish memang la. Dah la jom turun. Nanti papa cari kita."

"Boleh tapi dengan satu syarat."

"Syarat apa pula ni. You nak kenakan i kan?."

"Syaratnya,sayang dah tak boleh panggil bahasakan diri abang ' you' tapi sayang kena panggil abang, 'abang'. Can you? "

"Taknak werkkk." Nel hanya ingin bergurau dengan Harraz namun lain pula jadinya apabila Harraz membalikkan badan mereka. Jadinya dia ditindih oleh badan suaminya. Tanpa sempat dia berfikir apa-apa, terasa bibirnya diragut kasar.

"ehmm.. we need to stop." Sedaya upaya tangannya menolak dada bidang Harraz namun seperti tiada kesan.

"call me abang then baru boleh stop." Nel terasa seperti nafas nya hampir hilang akibat permainan suaminya ini.

"Abang.." Panggil Nel meleretkan suaranya. Nel tercungap-cungap mencari nafas apabila ciuman merek dihentikan oleh Harraz sendiri.

"Sayang jangan cuba goda abang. adakan yang tak turun bawah pagi ni."

"Ish. Tepi la. Kalau saya layan awak memang sampai ke sudah la kita tak turun. " Nel bangun dan bergerak ke arah meja soleknya. Bibirnya dioleskan sedikit lipbalm perisa strawberi. Rambutnya yang sedikit kusut dirapikn kembali.

"Cantiknya sayang. " Puji Harraz sambil membaiki rambutnya yang sedikit kusut akibat permainan mereka tadi.

"I tak pakai makeup pun. Apa yang cantiknya."

"Dekat mata abang, Sayang ialah wanita paling cantik yang mampu buat jantung abang berdegup kencang."

"Amacam sayang, power tak ayat abang tadi."

Nel menepuk manja bahu Harraz sebelum jari jemari mereka bertaut erat.

"Pegang kata-kata abang sayang."

"okay. Dah la jom turun bawah. "

"Okay , jom." Mereka berjalan turun ke dapur sambil berpegangan tangan. Harraz kalau boleh tidak mahu melepaskan langsung isterinya itu.

Nel bahagia tika ini. Hatinya berbunga mekar seharum kasturi.



to be continued.
hai sayang semua! maaf lambat update. saya hampir terlupa 😭.
tapi tak mengapa, saya bagi happy ii dulu sekarang. jangan lupa vote dan komennn!! hehe salam rindu❤️

SURI HATI HARRAZ AL-QADRIWhere stories live. Discover now