Tersentak bila baru sahaja Haura hendak menolak daun pintu kereta, tangan Daniel menolak wajah Haura supaya berpaling kepada dia, bertentang anak mata. Dua tiga kali mata terkelip, bibir Daniel singgah ke ulas bibir. Laju kedua belah tangan naik menolak badan Daniel.
"Daniel.." Akibat terlampau terkejut, perlahan suara Haura menegur.
"Kenapa? Tak payah takut lah. I sayang you, Haura."
Terasa sejuk bahagian belakang leher bila Daniel menarik dia dengan lebih rapat, terkocoh-kocoh tangan mencari tempat pembuka kereta, hampir tersungkur Haura keluar daripada perut kereta.
"Haura, you kenapa?"
"I— I tak nak.." Laju gelengan kepala Haura pada Daniel, badan terus dipusing. Dalam sibuk kaki melangkah balik ke rumah sewa, berulang kali tangan mengusap ulas bibir.
Masuk sahaja ke bilik air, ibu jari menekan tombol pintu sebelum pili air dibuka. Tangisan dan esakan dia terbenam dek bunyi air yang mengalir. Tangan dibawa menadah air paip yang laju, digosok bahagian bibir berulang kali hingga aliran air paip yang pada awalnya jernih kini bertukar merah dengan cebisan kupasan bibir yang dikopek secara paksa.
"Haura? Kau okay ke?" Soal Aina dari luar pintu. Daun pintu diketuk perlahan, tenggelam bunyi ketukan dengan bunyi air yang mengalir.
"Haura?" Seru Aina lagi bila soalan tak berjawab.
"Okay! Aku bocor!" Balas juga Haura sambil menahan esakan.
"Oh, okay! Kau nak pad tak?"
"Tak apa, dah ada!"
Dengar sahaja pintu bilik Aina tertutup, terduduk Haura pada lantai bilik air. Air yang mula mengukir corak pada baju putih yang dipakai keluar tadi tidak diambil kisah.
Ya Allah, apa aku dah buat ni...
Papa, mama...
••
"Haura!" Sudah kali kedua nama diseru, tuan badan masih tidak muncul-muncul. Kalau ikutkan hati Aina, hendak sahaja dia potong telinga rakan karibnya. Ada telinga tapi tak guna, buat apa.
"Haura Mikayla!"
"Iya! Sekejap!" Terdengar suara lembut menyahut disertakan dengan bunyi tapak kaki yang bertalu sehingga tubuh rakan bertuahnya kini muncul depan batang hidung dengan senyuman manis.
"Aku nak keluar dating ni. Kau betul ke tak nak keluar dengan Izzat tu? Dah lama dia minta aku pujuk kau." Aina menatap mata Haura yang mula melilau setiap kali dia bercakap soal ini. Janganlan Izzat, Aina sendiri buntu dengan Haura. Semua cara yang dia guna semunya tak berjalan.
"Tak apalah, Aina. Tak rasa macam nak keluar lah. Lain kali jelah." Haura percaya, Aina sememangnya rakan yang baik. Niat Aina mengajak dia untuk keluar hari ini pun, atas niat yang baik. Namun setelah apa yang dia lalui selama ini, cukuplah dia menjadi saksi melihat rakan karibnya sahaja yang mabuk dalam percintaan. Haura yakin, cinta atau perkahwinan bukanlah untuk dia. Bukan menidakkan soal hati, soal jodoh, namun keinginan untuk mengenali hati budi seseorang pun, dia tidak ada. Tidaklah dia sekejam mana untuk memberi harapan palsu kepada mana-mana pihak, jadinya keputusan yang terbaik buat masa sekarang adalah untuk menolak segala pelawaan.
Jika ditanya, bahagia ke? Bahagia ke, hidup berseorangan, keluar makan berseorangan, berdikari sendiri, tanpa layanan daripada seorang lelaki, Haura berani jawab iya. Dia bahagia dengan kerjayanya sekarang. Bahagia dengan persahabatan dia, walau hanya seorang yang menjadi teman. Bahagia dengan keluarga yang dia ada.
YOU ARE READING
Peluang Kedua Buatku | ᥴ
RomanceIn editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai kehidupan. Haura dibiarkan terkontang kanting di dalam masyarakat, dibiarkan sendiri mencari tujuan...