Part 14 (edited)

83.5K 4.3K 592
                                    

Puan Khadijah yang tadinya seolah-olah hendak gerak ke dapur kini berdiri disebalik dinding untuk mencuri dengar perbualan mereka berdua. Terkejut juga bila ada yang beri salam dan tercari-cari anak tunggalnya. Katanya rakan lama tapi...tak pernah pula Amsyar sebut nama Ameera sebelum ni.

"Amsyar sihat?" soal Ameera sambil bermain dengan jemari. Terpegun sebenarnya bila dia dapat berjumpa semula dengan Amsyar. Rasanya kalau lelaki itu datang mendekat, boleh dengar degupan jantung dia.

"Sihat. Mana you tahu rumah I?" Ingatkan selesai sahaja hantar Haura balik, dapatlah dia rehat sekejap. Ada pula halangan.

"You tengah cuti ke?" Soalan Amsyar dibalas semula dengan soalan dari Ameera.

"Answer the question, Ameera."

"Jodoh kot?" terlepas tawa kecil dari mulut.

Langkah Amsyar mula menuju ke birai tangga. Malas hendak buang masa dengan benda yang tak penting."I tanya betul betul, you jawab main main. Tolong balik."

"Sampai hati. I datang sekadar nak bertanya khabar."

"I dah jawab pertanyaan you. I sihat, Alhamdulillah." Belum sempat Amsyar melangkah naik, Ameera bersuara lagi.

"I...rindu you. I tahu dah bertahun lama tapi I rindu you, Amsyar."

"Tak elok kalau orang nampak you macam ni, Ameera. I minta diri dulu." Puan Khadeejah perhati anak tunggalnya naik ke tingkat atas, Ameera pula laju aja meninggalkan rumah dengan wajah yang mencebik.

Apa agaknya hubungan diaorang. Baru beberapa minggu mereka mula menyiapkan persiapan perkahwinan Amsyar dan Haura, datang pula ujian.

**

Selesai Asar, Amsyar turun semula ke dapur. Helaian anak rambutnya masih lembab. Puan Khadijah yang sedang asyik dengan cucur udang tersentak bila dia perasan kehadiran anak tunggal.

"Astaghfirullah! Budak bertuah. Salam tak ada, sapa tak ada tahu tahu tercegat dekat sini. Solat dah?" Puan Khadijah angkat lengannya tinggi.

"Dah, mama." Tanpa sebarang rasa serba salah Amsyar balas dengan senyuman yang lebar. Keningnya diangkat, melihat cucur udang hasil air tangan mama.

Sudip besi dicapai pula untuk membalikkan cucur udang pada kuali.

Buntang terus mata Puan Khadijah. "Jangan guna besi dekat periuk mama! Anak bertuah betul."

"Aduh..." tersentak Amsyar apabila Puan Khadijah mencubit lengannya di bahagian yang sama Haura tinggalkan kesan lebam. Merunduk dia menahan pedih.

"Eleh... mama cubit sikit je." Herot bibir Puan Khadijah. Dijeling anak terunanya itu. Senduk besi tadi ditukar pada senduk plastik sebelum dihulurkan semula pada Amsyar yang masih lagi dengan muka menggerenyet.

"Nah, guna ni. Awak guna sudip besi tu...bercalar periuk mama nanti."

"Mama cubit dekat kesan lebam Am. Lain kali cubit belah lain pula, mama. Cuba kalau Am cubit mama dekat tempat yang sama. Sakit tak?" Belum sempat Amsyar angkat tangan, lengannya dicubit lagi.

"Berani lah awak cubit mama. Mama sumpah awak jadi batu, tak sempat kahwin."

"Eh, janganlah, mama. Orang nak jadi suami Haura ni." Senduk plastik yang dihulur Puan Khadijah tadi diambil sebelum Amsyar sambung meterbalikkan cucur udang di dalam kuali.

Puan Khadijah lipat lengannya ke dada, badannya disandar pada dapur. Itu aje? Tak ada ke sebarang penjelasan tentang tetamu yang hadir ke rumah tadi. Kalau iye pun, beritahulah serba sedikit tentang latar belakang wanita tersebut. Tak kanlah Amsyar nak biarkan dia kekal tertanya-tanya.

Peluang Kedua Buatku | ᥴWhere stories live. Discover now