Mata beralih dari pandangan pada anak buah ke susuk tubuh Amsyar yang sedang duduk di hujung. Pandangan kosong, namun penuh dengan kerisauan.
Dehaman dari Aniq menarik Amsyar dari lamunan. Terus ditegakkan tubuh apabila Aniq mengambil tempat di sebelah.
"Fikir bini ke, Am? Dari tadi jauh termenung."
Jari Amsyar dibawa bercantum, direhatkan lengan atas peha. Mengeluh lagi buat kesekian kali. "Aku rasa serba tak kena lah, Aniq. Nak balik, aku ada tanggungjawab dekat sini."
"Tak ada apalah, Am. Aku tengok Haura pun macam boleh jaga diri. Dia pergi kerja balik kerja je kan?" Tergelak kecil Amsyar mendengar ayat daripada Aniq. Boleh jaga diri sangat.
"Bini aku tu, Niq, dia bukan kisah dengan apa jadi. Kau tengok dia macam tu, datang je motor aiskrim ke jumpa kedai kek ke, apa sahajalah yang asalkan makanan, lupa diri terus. Lupa semua yang aku pesan. Macam jaga budak, kau tahu." Telapak tangan meraut wajah. "Aku tak nak lah doa yang buruk-buruk tapi kalau Daniel sanggup serang aku, apa yang dia boleh buat dekat Haura. Semalam je dia duduk satu hari depan rumah bini aku. Kalau apa apa jadi dekat Haura, Niq, boleh hilang kewarasan aku."
Dengar sahaja bunyi pesanan mesej pada telefon, tangan terus memanncing keluar telefon bimbit dari kocek seluar.
Tersenyum Amsyar bila terima gambar makanan dari Haura lagi. Dari pagi ke malam, penuh dengan gambar setiap makanan.
"Hari ni Haura beli putu mayam! Uncle tu baik! Dia cakap Haura cantik. Haura rasa uncle tu sengaja nak bodek Haura suruh beli. Tapi sedap! Abang buat apa tu?"
Mesej Haura dibalas sebelum ditutup semula telefon bimbit. Jari telunjuk dibawa semula ke bahagian kening, ditekan sedikit sambil mata tertutup.
"Member kau yang kau minta tolong tengokkan Haura, budak mana?" Soal Aniq bila Amsyar hanya diam.
"VAT69." Ringkas jawapan dari Amsyar.
"Gila babi hantar special forces tengokkan bini. Berapa upah?" Terkedu, badan Aniq berpaling menghadap Amsyar yang seakan tiada riaksi.
"Tak ada upah. Member member. Eh, aku gerak dulu. Lama dah aku duduk."
"Duduk lah kejap. Kau minta dia buat apa andai kata Daniel tu apa apakan bini kau?" Baru nak ajak borak, dah nak pergi. Belum sampai 10 minit pun.
"Dia tak apa apakan pun aku minta dia humban masuk lokap terus. Aku nak habiskan benda ni lah. Lama dah aku diam. Kesian kat Haura."
••
Anak mata ralit memandang anak bongsu yang kehulur kehilir membawa barang dari stor. "Adik nak buat apa dengan baldi tu?"
"Haura nak basuh kereta!" Biasanya Amsyar yang tolong basuh. Tak pun, Amsyar juga yang akan hantar ke kedai basuh kereta. Nak hantar sendiri, segan pula. Hendak minta tolong Hawwas, tak nampak batang hidung. Nak minta tolong papa..
"Nak papa tolong?"
"Tak apalah, papa. Haura boleh buat sendiri. Senang je!" Sejak beberapa hari lepas, papa banyak mengadu sakit dada. Dato' Azham yang selalunya aktif ke sana ke sini ke sini kini hanya duduk di rumah. Banyak kali diajak ke hospital, ditolak sahaja.
"Papa tolong adik lah. Last memory." Bisik Dato' Azham. Televisyen dimatikan sebelum mengikut langkah Haura ke luar.
"Abang Am cakap, kena letak ni sikit lepastu campur air tapi jangan banyak sangat." Ujar Haura, lebih pada diri sendiri sambil cuba mengingati segala ajaran Amsyar. Ikutkan dia nak hentam sahaja asalkan bersih. Tak tahu pula banyak juga barang tambahan yang perlu digunakan.
YOU ARE READING
Peluang Kedua Buatku | ᥴ
RomanceIn editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai kehidupan. Haura dibiarkan terkontang kanting di dalam masyarakat, dibiarkan sendiri mencari tujuan...