"Kecik je dunia ni rupanya. Aku punya pusing keliling, kunci dia dekat je dengan aku." Puntung rokok di antara jari dibawa dekat ke ulas bibir Daniel.
"Kau borak pasal siapa ni, bro?" Berbulan lepak satu meja, baru kalini Daniel ajak dia berborak. Biasanya diam memanjang, muka berkerut seribu bagai banyak sangat masalah hidup. Kerja tak pun rasanya.
"Amsyar."
"Memang satu je Amsyar dalam Malaysia ni." Perhatian Aniq beralih semula pada telefon bimbit. Balas sepatah sepatah, dia pun malas nak layan.
"Amsyar Dizhwar. Gambar betina yang aku share dekat korang beberapa bulan lepas. Suami dia lah."
Dengar sahaja tentang isteri Amsyar, Aniq terus pekakkan telinga. Baru teringat soal gambar yang jadi isu antara mereka sekumpulan. Dari mana gambar tu datang sebenarnya dia pun tak pernah tahu, mulut ke mulut antara kawan, sampai ke dia. Baru sedar, selama ni gambar tu semua datang daripada jantan depan dia sekarang. Malas hendak borak dengan orang yang tiada rasa hormat pada yang lain, lagi lagi terhadap wanita. Ingat lagi bagaimana Amsyar tegur dia dulu tentang perkara yang sama.
"Kau balik esok, sekali dengan Amsyar ke?" Soal Daniel lagi bila Aniq tidak bersuara dari tadi.
"Tak ada kena mengena dengan kau."
"Chill, bro. Tanya je. Kot lah takde siapa nak jagakan bini dia, aku tengah free ni. Dapat jaga satu malam pun jadilah. Lama aku tak rasa. Mengidam." Air teh panas atas meja ditolak Aniq dalam kemarahan, air panas yang mengalir atas meja jatuh ke peha Daniel. Jatuh puntung rokok dalam pada dia terkejut digertak secara tiba tiba. "Kau ni kenapa, bodoh?"
"Aku bodoh? Eh, sial. Orang macam kau memang layak mampus je lah! Hidup pun tak bawa manfaat apa."
"Niq, mana?" Terkedu yang lain bila nampak Aniq bangun dari tempat duduk.
"Balik. Lain kali kalau nak lepak, ada setan ni, kau jangan ajak aku. Takut satu hari mampus aku kerjakan. Tak pasal pasal selangkah dalam neraka siap siap." Duit RM10 diletak atas meja sebelum dia gerak balik.
Amsyar banyak tolong dia selama ni. Amsyar juga yang banyak hadap perangai dia dari liar hingga jadi tunang orang. Janji dia pada Amsyar untuk tutup aib Haura dia simpan sampai sekarang. Tak ingin berpihak pada yang lain, dia tahu dia perlu beritahu Amsyar tentang ni. Sambil berjalan ke kereta, tangan laju menaip pesanan pada Amsyar.
••
"Haura...nak pegang pinggan mama, boleh?"
Salah satu pinggan kaca pada rak pinggan mangkuk mama diambil Amsyar dan dihulur pada isteri. Biarpun dilarang papa, Amsyar tetap ke dapur juga. Rasa kejam bila meletakkan isteri dalam keadaan terpaksa macam ni sedangkan dia tahu Haura sendiri belum bersedia hendak berdua dengan mama sebenarnya.
"Abang tolong awak lah. Lambat sangat, abah bising dah." Saja Amsyar bergurau sambil tangan sibuk memindahkan kuih pada bekas di tangan Haura ke pinggan kaca.
Haura yang dari tadi getar dan sukar hendak berkata sepatah kata akhirnya mampu tersenyum bila Amsyar turut serta di dapur, sengaja melanggar belakang badan Haura berulang kali sambil menunggu isteri menyambung menyusun kuih pada pinggan. Susahnya buat kerja satu tangan. Terbatas pertolongan Amsyar kali ni.
"Haura tolong bawa pinggan ni pergi depan, boleh?" Pinta Amsyar. Nampak Haura berpaling pada Puan Khadijah seakan meminta izin.
"Haura kena tolong mama. Abanglah bawa.."
"Bagi abang tolong mama, Haura bawa ni pergi depan. Abah kata dia lapar. Tak sabar nak rasa kuih menantu dia buat." Akur dengan pintaan Amsyar, Haura minta diri sebelum melangkah pergi ke ruang tamu.
YOU ARE READING
Peluang Kedua Buatku | ᥴ
RomanceIn editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai kehidupan. Haura dibiarkan terkontang kanting di dalam masyarakat, dibiarkan sendiri mencari tujuan...