Lama Haura bertentang anak mata dengan pantulannya di cermin, pelbagi gaya tudung sudah dicuba. Masih ada rasa tak kena. Pin atas, sudah. Pin tepi pun sudah. Nasib dari awal lagi dia dah halau Amsyar supaya keluar dahulu, kalau tak rasanya akan ada yang bawa mulut kenapa lama sangat berdua dalam bilik.
Bunyi ketukan pintu dari luar menyedarkan Haura dari lamunan.
"Precious, dah? Lama betul. Takut majlis habis sayang tak siap-siap lagi." Soal Amsyar, kepala dijengah ke dalam bilik.
"Dah! Tapi Haura rasa macam tak cantik.."
Melangkah masuk sahaja ke bilik, pintu dirapatkan sedikit. Memberi ruang pada dia untuk bercakap berdua dengan isteri. Tangan Amsyar memaut pinggang Haura yang berjalan mendekati tubuhnya yang berdiri di daun pintu. "Cantik dah ni, sayang. Terlebih cantik dah."
"Betul ni? Muka abang macam terpaksa puji je."
"Betul, sayang." Laju sahaja Amsyar mengucup bibir merah Haura. Degil sangat hendak terima pujian. Terpaksa guna cara lain. Merah menyala pipi isteri, dada Amsyar terus dipukul. "Tsk! Abang cium pun kena pukul ke?"
"Ee, abang ni! Haura malu! Keluar cepat!" Pintu yang tadinya tertutup rapat dibuka semula, ditolak badan Amsyar ke luar.
"Eh, sayang nak pergi mana?" Dipegang lengan isteri bila nampak Haura berjalan ke arah bertentangan selepas keluar sahaja dari bilik.
"Haura nak pergi dapur. Abang duduk lah dekat luar dulu, nanti Haura datang. Abang—" Tertawa Haura melihat bibir Amsyar yang berwarna merah. Gatal tak kena tempat. Tangan kecil Haura dibawa ke bibir Amsyar, diseka warna gincu yang melekat pada bibir. "Okay dah!"
"Nasib baik sayang tegur. Malu abang tujuh keturunan. Bye, sayang." Pipi Haura dicubit lembut lantas melangkah keluar, menyertai yang lain sebelum tetamu mulai datang.
Dalam melangkah ke dapur, Haura melintas bilik Nek Ati dengan daun pintu terbuka luas. Nampak nenek menunduk, menyapu minyak panas pada bahagian kaki. Langkah Haura terhenti, langsir yang menutupi separa daun pintu diselak sedikit. "Nenek, buat apa tu?"
"Kaki nenek sakit sikit, Haura. Kena sapu minyak sikit ni, kejap lagi jalan sana sini lagi teruk."
"Haura boleh tolong sapukan." Terus Haura duduk bersimpuh, minyak pada tangan Nek Ati kini berubah tuan. "Dulu, waktu papa kerja, hari hari papa mengadu sakit kaki. Haura lah yang selalu urut kaki papa."
Tersenyum Nek Ati mendengar cerita Haura. Awal berjumpa, nampak segan silu. Banyak mulut juga si Haura ni. "Ni Haura dah kahwin, selalu ke urut kaki Amsyar?"
"Hm, abang Am tak pernah suruh pula Haura urut kaki dia. Haura rasa kan, nek, Haura lagi banyak peningkan kepala dia. Sebab tu abang Am tak sempat sakit kaki, dia sakit kepala je. Hari tu Haura kemekkan kereta dia.."
Nek Ati bergelak tawa dengan Haura sambil mengusap kepala cucu. "Tak apalah, Haura. Siapa lagi nak kemekkan kereta dia kalau bukan Haura. Elok lah dia sakit kepala melayan kerenah Haura. Baru dia tahu seorang pun dah pening kepala, berani-berani lah nak penuhkan kuota."
"Esok Haura kemekkan pintu kiri pula." Balas Haura sambil tertawa, tangan sibuk mengurut pergelangan kaki nenek.
"Haura dengan mama, okay? Nenek tengok macam ada yang tak kena. Kenapa, Haura?" Malas hendak bersimpang siur, terus sahaja ditanya. Semalam satu hari di dapur, tidak ada sebarang perbualan antara cucu dan menantu. Si menantu pula, sibuk dengan Ameera. Kalau ditanya, Nel Ati lagi minat dengan Haura.
"Okay je, nek.."
Nek Ati bukan pernah muda. Garam tu dah dirasa bertahun awal sebelum Haura lahir lagi. "Kita ni perempuan, memang susah sikit nak diterima keluarga lelaki. Usah kata keluarga belah lelaki, diterima masyarakat pun susah. Buat apa pun salah. Yang bujang, kahwin awal, dilabel miang. Kahwin lambat, dilabel janda tua. Tak kahwin, katanya tak laku. Nama-nama panggilan yang menurunkan taraf seseorang ni semua tertumpu pada wanita." Pipi Haura dielus Nek Ati. "Haura tengok wanita yang tak berkerja, orang kata apa? Oh, mesti tak habis belajar. Tak pandai. Wanita yang bekerja, katanya tak pentingkan anak. Kalau nenek nak sebut, rasanya banyak sangatlah. Yang baik, diendah. Yang buruk jugalah nampak. Dulu, waktu anak nenek, si Ilham tu nak kahwin dengan pilihan dia, nenek tak suka sangat. Tapi bila fikir balik, nenek lebih rela tengok dia gembira dengan pilihan hati dia daripada dia merana seumur hidup sebab nak tengok nenek gembira."
YOU ARE READING
Peluang Kedua Buatku | ᥴ
RomanceIn editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai kehidupan. Haura dibiarkan terkontang kanting di dalam masyarakat, dibiarkan sendiri mencari tujuan...