Part 18 (edited)

84K 3.9K 255
                                    

Masuk ke Pangkalan Tentera Subang, kereta dengan nombor pendaftaran VGG4994 milik Amsyar di parkir pada salah satu ruang parkir kosong. Kunci tali pinggang dilepas, pandangan Amsyar beralih pada penumpang. Tercicir senyuman melihat Haura sedang mengunyah coklat yang dibeli dari pasar raya tadi. "Haura nak tunggu sini?"

"Haura nak ikut juga, boleh?" Walaupun jawapan belum diberi, Haura juga telah melepaskan tali pinggang. Membulat pipi dengan coklat yang disumbat masuk dalam keadaan tergesa.

Teringat pula kali pertama dia temankan Amsyar ke sini. Imej Amsyar serta merta berubah bila menjejakkan kaki di pangkalan. Hilang Amsyar Dizhwar yang Haura kenal dari sekolah, Amsyar Dizhwar, suami Haura. Membuntang tegak Mejar Amsyar Dizhwar, juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia.

"Abang ada misi lagi, ke?" Kalau ditanya, dia masih belum sedia. Walaupun dia masih belum boleh beri sepenuh hatinya pada Amsyar, masih susah dia bayang ketiadaan Amsyar selama berbulan lama.

"Tak, sayang. Abang rasa macam nama abang naik untuk LIMA tahun ni. Kalau betul, abang kena mula lapor diri dah." Tangan Haura digenggam kemas.

"LIMA tu apa, abang?"

"Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition. Macam pertunjukan udara waktu Hari Terbuka, Hari Kemerdekaan cuma LIMA ni lebih kepada international. Kalau Haura datang, Haura boleh tengok aset TUDM, aset daripada negara luar juga." Amsyar bawa anak matanya bertentangan dengan isteri. Tekun Haura pasang telinga sambil menganggukkan kepala.

Aniq kesat keringat di wajah menggunakan tuala kecil, senyuman dilempar sebaik sahaja bersemuka dengan kawan baik tatkala dia melangkah keluar dari gimnasium. Sejak jadi lelaki orang, makin naik seri. Seri pengantin agaknya?

Terlihat tangan Amsyar memaut erat tangan wanita di sebelah. Tercuit sedikit hati Aniq. Betul lah, Allah sebaik-baik perancang. Rasanya hari tu sempat dia bergurau dengan Amsyar tentang salam tok kadi, jadi kenyataan pula kata-kata dia. Rakannya yang konon tak ada niat nak kahwin mahupun bercinta kini lebih laju dalam mendirikan masjid. Aturan Allah itu cantik susunannya.

"Am, aku dengar pikachu kau masuk bengkel hari ni?" Aniq bersuara, derapan langkahnya disusun supaya seiring kelajuan dengan Amsyar.

"Nama aku naik ke?" soal Amsyar.

"Kau rasa? Masuk bengkel dah pun. Tak payah tunggu senarai keluar, Am. Memang naik jawabnya. Aih, kenapa? Takut nak berpisah dengan bini ke, Am?" Senyuman lebar diberikan pula pada Haura. Aniq beri anggukan kecil. Sama cantik, sama padan mereka berdua.

"Ha'ah, Niq. Takut nak jauh dengan bini." Dilayankan saja gurauan Aniq.

"Kuantan ke Penang, Penang ke KL je, bangang!" Aniq bawa anak matanya ke atas.

"Tunggulah kau kahwin nanti... Tahulah apa aku rasa. Nama dah keluar, bagitahu, Niq. Nanti inform sekali tarikh lapor diri. Aku gerak dulu." Dari tadi, tangan Haura tak terlepas dari genggaman Amsyar. Takut bini lari gamaknya ataupun sengaja hendak menunjuk pada kawan baiknya yang baru aja jadi tunang orang ni.

"Awal, Am? Lepaklah dulu. Tak rindu yang lain ke?"

"Rindu isteri lagi, Niq," balas Amsyar dengan sengaja, langkah ke kereta diatur semula.

"Ah, kau! Tunggu aku kahwin, Am. Ingat kau seorang je boleh show off  bini." Leher Amsyar dipukul lembut. "Apa-apa nanti aku bagitahu. Gerak dulu, Am, Haura. Aku nak mandi ni. Cao!"

"Siapa...pikachu, abang?" petik Haura sebaik sahaja mereka berdua masuk ke dalam perut kereta semula.

"Aset TUDM yang abang selalu ditugaskan untuk bawa tu, nama manja dia pikachu. Dulu, orang panggil dia tebuan. Tak tebuan, lebah. Tapi sekarang, skuadron, orang ramai mula panggil dengan nama pikachu pula."

Peluang Kedua Buatku | ᥴWhere stories live. Discover now