"Eh, bangang." Ibu jari makin laju menekan punat pada kamera. "Eh?!"
"Apa?" Telefon bimbit diletak rata pada meja, jari menekan nekan bahagian tepi kepala. Pening kepala Amsyar. Dua minggu cuti bulan madu, lupa sudah perangai kawan baik dia. Baru hari pertama masuk kerja dah pening.
"Eh, Am. Kau pergi Switzerland, satu gambar pemandangan pun tak ada?" Kamera G7X Amsyar masih dipegang erat Aniq, tangan tak berhenti dari tadi tengok satu per satu gambar. Semua gambar Haura. Baik tak payah pergi bercuti kalau macam ni.
"Ada lah. Banyak je scenery gunung-gunung yang aku tangkap."
"Yelah! Tapi tak fokus. Fokusnya pada bini kau! Aku nak tengok gambar pemandangan." Aniq menghela nafas, dipulangkan semua kamera pada empunya tuan.
"Dah aku pergi dengan bini aku, penuhlah gambar bini aku. Gambar pemandangan tak banyak. Setiap kali aku pandang Haura, rasa nak tangkap gambar dia. Penuh lah kamera dengan gambar dia." Kamera yang dipulangkan Aniq tadi diambil, anak mata jatuh pada gambar isteri yang duduk tersenyum memandang pemandangan luar daripada kereta api. Cantiknya ciptaan Allah. "Lagipun dia minta aku tangkap gambar dia, nak upload dekat Instagram. Tak akan nak tangkap satu dua. Cantik macam ni, tangkap 1000 gambar pun tak cukup."
"Malas aku layan kau. Penat, tahu. Penat." Badan Aniq dipusing menghadap arah lain.
"Tengok ni, Niq. Dia pakai tudung yang aku belikan hari tu. Cantik gila. Ah! Rindu.." Gambar pada kamera di hantar pada telefon, terus dijadikan gambar pada skrin telefon. Hari ni sahaja dah tiga kali dia tukar gambar.
"Abang, tolong Aniq bukakkan air tin ni, boleh?" Tin Coca-Cola dihulur pada Amsyar. Naik pekak telinga dia kena dengar Amsyar puji si isteri tak berhenti. Ye, tahu, lawa. Memang lawa. Nak puji, pujilah pada tuan badan. Pujian pada isteri tapi dituju pada dia, apa yang dia boleh buat.
"Ah, kau! Buka sendiri lah."
••
"Cepat, cepat!" Suara Haura berlawan dengan suara televisyen. Selesai makan malam, dicuci segala pinggan mangkuk, Haura terus berlari anak ditemani Teddy, kucing peliharaan yang diambil dari rumah Puan Khadijah ke ruang main di tingkat bawah.
Tikus berloceng yang dibeli sebagai permainan buat Teddy digoncang berulang kali. Naik bingit telinga Hawwas. Tingkat bawah rumah ni ruangnya kecil. Bertahun lama, ruang kecil dipenuhi dengan permainan video Hawwas. Sejak berminggu lalu, perlu berkongsi ruang pula dengan anak pungut Haura.
"Good boy! Siapa comel angkat tangan! Teddy comel!"
Berpaling dari skrin, permainan video diberhentikan sekejap. "Eh, Haura. Kalau main dengan kucing tu tak payah bercakap, boleh? Dia bukan faham pun. Daripada Haura borak dengan dia baik Haura borak dengan abang. Tak adalah nampak gila sangat."
"Dia faham lah Haura cakap apa!" Mencebek bibir apabila ditegur Hawwas. Tak sampai satu jam dia jumpa anak bulu, dah ditegur gila.
"Rumah baru yang Amsyar beli tu, dah habis renovate ke, Haura?" Sambil jari ralit menari pada alat kawalan, mulut Hawwas menyoal lagi.
"Dah boleh duduk dah pun. Perabot semua abang Am dah beli." Dilagakan pipi pada pipi Teddy.
"Habis tu kenapa Haura tak duduk sana?"
"Abang halau Haura ke?" Teddy didakap erat, diusap kepala berbulu berulang kali.
"Bukan halau, tanya. Kalau dah siap, eloklah tinggal cepat cepat. Bukan jauh pun dari sini. Dekat Melawati je kan?" Sempat Hawwas berpaling sejenak pada Haura, kalau kalau dia masih dalam perbualan.
"Haura takut tinggal seorang-seorang. Tunggu abang Am baliklah!" Lagi seminggu Amsyar balik, bolehlah dia pindah ke rumah baru terus. Kali terakhir dia jejak waktu dapat kunci selepas tu langsung tak datang tengok. Segala warna perabut, cat dinding, hiasan semua diberikan tugas pada pereka dalaman. Awalnya memang Haura berangan tinggi nak hias dari atas sampai bawah namun banyak pula makan masa, akhirnya mengalah juga, terpaksalah dia suruh Amsyar cari pereka dalaman.
YOU ARE READING
Peluang Kedua Buatku | ᥴ
RomanceIn editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai kehidupan. Haura dibiarkan terkontang kanting di dalam masyarakat, dibiarkan sendiri mencari tujuan...