Part 43

106K 4.4K 909
                                    

Lepas sahaja diberitahu mama dan Mek Jah dia hendak keluar, Haura terus mencapai kasut berwarna merah jambu dari rak kasut. Baru sahaja hendak menyarung pada kaki, sepasang kasut di tangan diambil Amsyar sebelum dia duduk bertinggung depan Haura. Kaki kanan Haura diangkat sedikit, dikibas bahagian tapak kaki sebelum menyarungkan kasut. Tali kasut diikat kemas sebelum berubah ke bahagian kiri.

"Abang tahu tak, Haura tengok hari tu ada kasut warna purple! Warna putih tapi corak purple." Baru sahaja Amsyar hendak buka mulut, Haura menyambung. "Lepastu Haura cuba cari dekat website tapi saiz yang Haura nak semua dah habis."

"Beli dekat kedai lah, sayang. Biasanya stok banyak dekat physical store. Abang boleh teman." Selesai sahaja tali kasut belah kiri diikat, dagu Haura dicuit manja sebelum dihulur tangan.

"Tak nak. Haura malu nak jumpa orang.." Terlopong mulut Amsyar mendengar ayat daripada isteri.

"Orang tu bukan nak telan Haura pun? Dia nak tolong cari saiz je."

"Takut lah! Haura tak suka jumpa orang." Sukar bagi dia untuk terangkan pada Amsyar tapi memang dari dulu dia lebih gemar beli barang melalui laman web. Tak perlu bersiap untuk keluar, tak perlu bercakap dengan orang. Mudah.

"Pening abang dengan awak ni, sayang. Macam mana nak tinggal seorang ni. Beli barang sendiri pun tak boleh."

"Sebab tu abang tak boleh tinggal Haura lama lama! Dua minggu je boleh." Sempat dijelirkan lidah pada suami sebelum masuk ke dalam perut kereta.

"Kalau abang tinggal lama-lama?" Dengar sahaja soalan daripada Amsyar, terus berkerut dahi Haura.

"Haura merajuk lah. Abang kan dah janji tak nak tinggal Haura lama. Abang nak pergi mana?"

"Tak pergi mana pun, sayang. Tanya je." Tangan Haura digenggam, dibawa ke ulas bibir. "Kalau abang beli rumah dekat sini, Haura nak?"

"Tak nak lah, nanti Haura tinggal seorang kalau abang tak ada.."

"Sampai bila nak duduk rumah family, sayang? Abang dah lama fikir pasal ni. Kata nak bela kucing?" Ketawa kecil Amsyar melihat reaksi Haura.

"Abang nak bagi Haura bela kucing ke? Betul ke ni?"

"Kalau tak nak, tak apalah. Abang offer sekali je."
Menggerimis muka bila kulit dipulas Haura belum sempat ayat sampai ke titik noktah.

"Nak! Haura nak bela kucing dulu lepastu...tunggu abang balik dari Penang baru kita boleh cakap pasal baby." Sikit lagi hampir tertekan brek kereta. Belum pernah lagi topik anak diungkit Haura sendiri tanpa dia yang memulakan perbualan.

"Siapa nak cakap pasal baby?"

"Ish! Abang ni!" Merah padam muka Haura. Hari tu Amsyar juga yang buka topik ni, bila dia buat benda yang sama, diperli pula. Tak nak dah ungkit lepas ni.

"Comel Haura ni." Pipi gebu Haura dipicit tanpa menghiraukan wajah yang kian merah. "Abang bergurau je. Kalau sayang nak cakap soal anak, jangan fikir abang. Abang tak nak sayang rasa terpaksa sedangkan abang sendiri dah janji dengan Haura abang sanggup tunggu. Ambil lah berapa lama masa yang Haura perlu. Abang tunggu."

"Kalau Haura ambil masa bertahun? 2 tahun? 5 tahun? Abang sanggup ke tunggu?"

"Asalkan abang bangun pagi nampak Haura, abang nak tidur pun nampak Haura, cukuplah. Tak wajib pun benda lain." Mata mengerling sekejap ke telefon bimbit. Entah kemana ceruk sahajalah salon rambut isteri.

"Abang tak nak anak ke?"

"Nak lah, siapa yang tak nak anak, sayang. Nama pun rezeki. Tapi berbanding dengan anak, abang nak Haura lagi." Hujung bibir Amsyar naik membentuk senyuman. "Bagi abang habis cakap dulu, sayang. Tak ada niat abang nak wakilkan isteri abang dalam perkataan yang rendah maksudnya. Abang nak Haura, meaning abang nak Haura kekal dalam hidup abang. Abang nak letak Haura dan kebahagiaan Haura sebagai priority abang. Abang nak bahagiakan Haura dulu sebagai isteri abang, baru kita cakap soal anak. Faham ke abang cakap apa ni?"

Peluang Kedua Buatku | ᥴWhere stories live. Discover now