Special chapter (2)

90K 3.6K 344
                                    

Honeymoon

Perjalanan pulang untuk jengah Nek Ati sebelum cuti bulan madu ditemani dengan suara Haura bercerita.

"Okay, cerita tu dah habis! Haura nak cerita novel lain pula. Abang dengar kan?" Lidi di tangan mencucuk salah satu kaya ball sebelum dimasukkan ke dalam mulut. Penuh bahagian pipi Haura menyimpan makanan untuk dikunyah.

"Dengar, sayang. Bagi abang satu, boleh?" Biarpun anak mata terkunci pada jalan, Amsyar masih dapat rasa jelingan tajam Haura pada telinga kiri dia.

"Abang ni suka ambil makanan Haura..." Mulut mengomel namun masih disua sebiji kaya ball ke mulut suami. Tadi kacang kuda rebus, waffle, malah buah buahan potong yang dia beli semua pun diambil Amsyar.

"Thank you, sayang. Okay, okay. Abang tak ambil dah. Haura makan semua." Ulas bibir diketap menahan tawa. Dari awal, sengaja sebenarnya dia minta makanan daripada Haura. Comel bila nampak Haura bermasam muka setiap kali dia minta. Geram bila tengok mulut Haura meleter dalam diam setiap kali terpaksa berkongsi makanan. Kedekut.

Tiba sahaja di rumah Nek Ati, persinggahan kali ni sunyi berbanding kali terakhir dia jejakkan kaki di sini sewaktu kenduri. Tali kasut Haura dileraikan oleh Amsyar, dibuka kasut isteri seperti selalu lalu disusun pada tepi tangga.

"Assalamualaikum, nek."

"Waalaikumussalam!" Cucu kandung tidak dipandang, Nek Ati terus mendakap Haura dengan erat. "Haura!"

"Nenek!"

Kewujudan Amsyar terus dilupakan, tinggal dia seorang di tangga manakala Nek Ati dan Haura sudah pun melangkah ke ruang tamu.

"Nek, orang pun ada. Nenek tak nak peluk Am?" Dengar sahaja Amsyar seakan merintih, dikucup pipi cucu kesayangan berulang kali sebelum dipeluk tubuh Amsyar yang tinggi sungguh berbanding dia.

"Ala, cucu nenek yang seorang ni pun..balik sini berapa lama?"

"Dua hari je, nek! Haura boleh teman nenek masak masak dua hari ni. Nenek mesti tak bosan ada Haura." Balas Haura pada soalan Nek Ati. Baru sahaja hendak ambil beg berisi baju, tangan Amsyar lebih pantas menyambar.

"Haura boleh letak dalam bilik sendiri!"

"Lambat." Dicuit hidung isteri sebelum melangkah ke bilik untuk tukar pakaian. Laju kaki Haura mengikuti pergerakan suami. Terlepas tawa dari Nek Ati melihat gelagat cucu dan cucu menantu.

Baju tshirt yang dipakai sepanjang perjalanan ke sini dibuka dan diletakkan ke dalam bakul baju kotor. Dibiarkan badan separa terdedah untuk ditatap Haura dalam diam sambil dia mencari tuala mandi yang dilipat dalam beg berisi pakaian.

"Abang ni handsome lah!"

"Tahu.." Tinggi hati hingga tak ubah arah muka menghadap si isteri yang memberi pujian. "Mana tuala abang, sayang?"

"Ish, sombong! Tuala abang Haura simpan dekat beg ni." Ditarik beg sederhana kecil, tuala Amsyar yang dilipat kemas dibawa keluar. Dijeling lagi tubuh suami dengan ekor mata yang tajam.

"Haura jangan gatal-gatal, abang bagitahu nenek."

Dilipat lengan pada siku. Jelingan yang dicuri curi tadi jelas ditunjukkan Haura kali ini. "Abang gatal boleh pula?"

"Eh? Abang tak pernah gatal." Disangkut tuala yang dihulur Haura tadi pada bahu. Sengaja ditemukan anak mata pada jelingan daripada isteri. "Iye, precious? Haura nak apa pandang pandang abang? Kita dekat rumah nenek ni, sayang."

Merah padam muka Haura menahan malu. Sinis senyuman Amsyar bila berjaya buat pipi Haura yang putih bersih bertukar menjadi merah kemerahan. "Haura tak cakap apa pun! Haura nak cakap abang handsome je.."

Peluang Kedua Buatku | ᥴWhere stories live. Discover now