Part 25 (edited)

86.9K 4K 834
                                    

"Hawwas." Anak lelaki yang dari tadi sibuk dengan PS5 akhirnya ditegur Dato' Azham. Tahu lah cuti, tapi dari tadi duduk menghadap televisyen sahaja. "Tolong papa basuh kereta."

"Kejap, pa. Tak habis lagi ni," balas Hawwas, sikit pun tidak berpaling.

"Sekarang, Hawwas. Tolong basuh kereta papa, kereta Haura. Alang-alang basuhlah sekali kereta Amsyar." Sengaja. Tak senang duduk lihat anak sulung goyang kaki dari tadi. Benda yang tak penting pun sengaja disuruh. Daripada buang masa dengan benda yang tak berfaedah.

"Ha?! Patah pinggang Was macam ni, pa. Kereta kau hantar kedai je lah, Am. Apahal aku pula kena basuh." Mata dijegilkan pada Amsyar yang dari tadi hanya duduk diam tanpa sepatah kata.

"Bukan aku yang suruh kau basuh. Yang kau lepas geram dekat aku kenapa." Sudahlah dia dipaksa ikut sekali. Padahal dari tadi lagi dia dah pasang niat hendak tengok Haura di dapur tapi belum sempat kaki melangkah, Hawwas dah ajak dia untuk ke gaming room.

"Hawwas je ke, pa? Suruh Amsyar jugalah. Mamat ni pun dari tadi tak buat apa."

"Kamu seorang ajalah. Amsyar tu tetamu kita." Dato' Azham melangkah pergi, meninggalkan Hawwas yang mulai meramas rambut. Serabut sangat. Suruh cuci kereta je.

"Ha, nak pergi mana, bangang? Tetamu tak tetamu. Kau ikut aku sekarang sental kereta kat luar tu kalau tak calar kereta kau aku buat." Nampak sahaja Amsyar berdiri, Hawwas terus bersuara. Nak lari lah tu. Plug PS5 ditutup biarpun banyak lagi misi yang dia masih belum lengkapkan. 

"Aku nak pergi tengok Haura lah. Rindu." Niat nak mengusik tapi memang dia rindu dekat si isteri. Dapat jengah ke dapur sekejap pun jadilah.

Bantal di tangan Hawwas dibaling tepat ke arah Amsyar namun lelaki itu sempat menahan serangan tersebut sebelum kena pada muka. "Meluat sial aku dengan kau ni, Am. Sejak dah kahwin ni."

"Guraulah. Pergilah dulu. Nanti aku datang tolong. Aku pergi tengok Haura sekejap." Langkah dibawa keluar dari gaming room. Kaki belum jejak ke dapur, dia dah dengar sayup-sayup suara para wanita di dapur.

"Mak mentua kamu macam mana, Haura? Okey?" Mek Jah yang dari awalnya risaukan Haura, lega sedikit bila nampak raut wajah wanita itu yang tampak ceria di samping Amsyar. Namun, hendak juga dia tahu tentang kehidupan Haura sebagai menantu di rumah mentua sana.

"Okay je, Mek Jah. Mama baik sangat." Cucur udang yang digoreng diletak atas pinggan, dibiarkan bawah kipas supaya tak melecur mulut bila dimakan nanti.

"Adik ni dekat sana ada masak tak untuk Amsyar? Mama tak rasa Am akan minta Haura masak tapi tak salah, Haura, kalau sediakan makan minum suami," kata Datin Suhaila. Harapannya yang sebenar ingin lihat Haura berdikari sedikit tapi rasanya biarpun duduk di rumah mentua, anak bongsunya ini akan tetap dimanjakan.

"Haura masaklah, mama. Kadang-kadang." Beralih padangan Haura pada suami yang datang dari arah ruang makan.

"Amsyar, nak makan?" Puan Suhaila sapa menantu dengan senyuman, diletakkan lagi beberapa ketul cucur udang yang baru diangkat dari kuali.

"Makan dulu, ma. Am nak tolong Hawwas basuh kereta sekejap." Senyuman tercicir keluar dari celah bibir saat dia bertentang empat mata dengan Haura.

"Abang, cuba rasa yang ni." Satu cucur udang diangkat dan disua pada Amsyar.

"Kejap lagi, Haura, abang—"

"Alah, abang rasalah yang ni. Haura yang goreng tadi...makan panas-panas sedap!" Akur bila dipujuk, Amsyar berpaling semula pada Haura, cucur udang yang disua tadi digigit sedikit.

"Sedap kan?" soal Haura dengan penuh harapan.

"Sedap, sayang. Abang pergi luar dulu, eh? Ma, Mek Jah, Am pergi luar dulu." Pipi Haura dicuit sebelum Amsyar keluar dari dapur. Baru keluar, dia dah nampak Hawwas menjegilkan mata dari pintu utama. Tak sampai lima minit pun dia pergi.

Peluang Kedua Buatku | ᥴWhere stories live. Discover now