Part 53

101K 4.1K 523
                                    

"Haura." Buku jari mengetuk pintu bilik air perlahan. Lama dia tunggu Haura keluar, terpaksa juga diketuk daun pintu. Dua tiga kali pintu diketuk, Haura masih tak menjawab. "Sayang, buka pintu ni."

Sunyi sepi, hanya disapa dengan bunyi air mengalir.

"Haura, abang cakap buka pintu." Diketuk lagi buku jari pada daun pintu. "Haura tak buka pintu, abang rempuh je pintu ni kejap lagi. Baik sayang buka sekarang."

"Haura—"

Selangkah tapak diambil ke belakang, Amsyar disapa dengan wajah Haura yang masih mengalirkan air mata, bergerak naik bahu Haura setiap kali mengambil nafas. Pandangan pula terkunci pada kaki.

Tuala pada tangan dibuka lipatan, dibalut pada bahu isteri yang masih basah.

"Abang tak sayangkan Haura.."

"Abang sayang awak." Dipeluk erat badan Haura pada tubuh, kepala isteri dirangka pada bahu Amsyar. "Abang sayang awak, Haura. Abang marah bersebab."

"Haura keluar sekejap je. Haura tak tahu pun nak hujan. Nenek tu tak ada payung, Haura bagilah payung Haura. Waktu Haura lari tu dah tak hujan sangat." Bebelan Haura dihadang keterangan bila berlapikkahn bahu Amsyar.

"Okay, Haura marah abang kan?" Anggukan kepala pada bahu Amsyar sudah cukup jelas sebagai jawapan.

"Bagi abang terang dulu kenapa abang marah dekat awak, boleh?" Pelukan yang tak berbalas dari Haura membuktikan lagi betapa kecil hatinya Haura pada dia. Biasanya jika didakap tubuh, lengan pasti sudah berlingkar pada belakang badan Amsyar. Sekarang belakang badan Amsyar kosong, lengang tanpa pelukan.

"Haura cakap dengan abang Haura nak keluar nak beli air. Abang cakap dengan Haura apa, sayang? Kita beli lepas abang balik kan? Kenapa Haura tak tunggu abang? Haura keluar, abang tak angkat call, kenapa Haura tak text abang? Kalau Haura tinggalkan text tadi, sekurang kurangnya abang tahu Haura dekat mana. Kalau apa apa jadi dekat Haura tadi macam mana? Siapa nak tolong? Abang tak tahu Haura pergi mana. Macam mana abang nak tolong Haura? Orang dekat luar ni bukan semuanya niat baik."

"Haura lambat sebab hujan. Haura tak nak redah hujan, nanti Haura demam. Payung yang Haura beli Haura bagi dekat nenek tu sebab Haura kesian dekat dia. Haura—" Pelukan terlerai, tapak tangan Amsyar mengusap lembut pada pipi.

"Satu-satu, sayang. Haura terangkan satu satu dekat abang, alright? Abang diam. Abang bagi peluang dekat Haura untuk terangkan dekat abang apa yang jadi. Okay, cakap dengan abang dulu kenapa Haura keluar tak bagitahu abang?"

"Haura nak Slurpee.." Belakang tapak tangan mengelap air mata yang baru sahaja gugur.

"Tak boleh tunggu abang?"

Kepala menggeleng. Entah kenapa, dia kempunan sangat air Slurpee pada waktu tu juga.

Hendak ditanya kenapa, nanti nampak pula seakan dia ajak bergaduh semula. Biasanya boleh sahaja tunggu sampai dia balik, kenapa kali ni kempunan hingga sanggup keluar biarpun tanpa kebenaran dia. "Haura call, abang tak angkat. Kenapa Haura tak text abang?"

"Haura lupa.."

Dalam nafas diambil, dihembus perlahan. Geram, kalau ikutkan, tapi tak nak dihambur kata kata yang kemudiannya menggores hati isteri. "Kenapa abang call, text, awak tak angkat? Haura sengaja tak nak angkat ke, sayang?"

"Handphone— handphone Haura habis bateri.."

Didakap semula isteri pada badan. Benda dah lepas, nak tuduh menuduh, ungkit mengungkit bukan boleh diputar semula masa. Tuala pada bahu di letakkan atas kepala isteri, ditekap pipi Haura dengan tuala.

"Haura tak suka abang marah Haura.." Ujar Haura, masih dalam esakan.

"Abang tak marah kalau Haura tak buat silap. Abang bukan marah suka suka, sayang. Abang minta maaf sebab tinggi suara dekat awak. Haura maafkan abang, boleh?" Hidung Haura yang merah dek kerana teruk sangat menangis dikucup Amsyar.

Peluang Kedua Buatku | ᥴWhere stories live. Discover now