Part 16 (edited)

89.8K 4K 337
                                    

Kuat bunyi telefon bimbit dibaling ke lantai, Daniel mendengus kasar. Helaian rambutnya digenggam dan direntap sekuat hati.

"Bodoh!" Daniel ambil semula telefon bimbit, tangannya dikepal hingga terlihat bahagian urat pada pergelangan tangan.

Semakin banyak gambar yang dilihat dari akaun Instagram Aina, semakin menggelegak darah. Gambar Haura dan suami yang dirai dalam dua majlis berbeza memenuhi ruangan skrin telefon.

Haura tak layak disambut. Apatah lagi layak untuk dikahwinkan dengan sesiapa pun melainkan dengan dirinya sendiri. Perempuan tu dah tak ada maruah. Dia dah ragut salah satunya benda berharga pada wanita itu.

"Perempuan kalau dah tak ada maruah, macam tin kosong, Haura. Tin kosong. Eh, bangsat. Kau bagitahu aku, Haura, lelaki mana yang sanggup terima bekas orang." Daniel usap gambar Haura dengan ibu jari. Wajahnya jelas dengan rasa bengis.

"Ini semua drama jelah, Haura. Kau dari dulu, memang bodoh. Mudah percayakan orang. Kau tengok, esok lusa, lelaki kau pun tak nak dekat kau. Aku tak akan duduk diam selagi hidup kau tak hancur, Haura. Hancur! Perempuan bodoh."

Berderai pasu bunga yang ditolak ke lantai, Daniel lepaskan pula amarahnya dengan menumbuk bahagian dinding. Rasa sakit pada jari tak setanding langsung dengan rasa sakit melihat Haura jatuh ke tangan lelaki lain.

**

Sebaik sahaja doa diaminkan, Amsyar dan Haura meraup wajah masing-masing. Toleh ke belakang, baru sahaja Amsyar hendak melabuhkan kepala pada paha isteri, kepalanya ditepis Haura dalam keadaan terburu-buru.

"Haura kena turunlah, abang!" Ikatan pada rambut dibetulkan. Puas dia menolak, Amsyar tetap merehatkan semula kepala pada pahanya yang sedang bersimpuh.

"Haura nak pergi mana?" Baru sahaja nak bermanja, sudah ditolak. Sudahlah cuti dia hanya tinggal beberapa hari sahaja.

"Nak pergi tolong mama siapkan sarapan. Mama dah turun pergi dapur dah tadi." Sempat Haura mengerutkan dahi pada Amsyar. Sudah lah tak sampai seminggu dia duduk rumah mertua. Tak manis pula kalau duduk terperap dalam bilik.

"Ha, Haura tak khusyuk solat eh, sayang? Macam mana boleh dengar mama turun?" Hidung isteri dicuit manja.

"Mana ada! Haura dengar lepas abang habis baca doa. Mama Haura cakap, jangan biarkan mentua seorang-seorang dekat dapur."

"Mama Haura, mama abanglah. Sekejaplah, Haura." Sengaja Amsyar memejamkan mata supaya tidak bertentangan dengan wajah berkerut si isteri.

"Nanti mama marah Haura..." Telinga Amsyar ditarik sebelum Haura melepaskan tawa kecil.

"Haura marahlah mama balik."

Cuping telinga Amsyar dipulas. "Ish! Main-mainlah abang ni."

"Haura tunggu abang. Abang nak mandi sekejap." Amsyar terus bangun dari posisi, sejadah yang terbentang lebar dilipat semula.

"Haura turun dululah, abang."

"Eh, tunggulah abang." Baru diambil tuala yang tersidai, si isteri sudah menuju ke pintu. Apa yang tergesa-gesa sangat agaknya. Dia tahu, mama pun pasti akan faham.

"Abang ni, tadi Haura suruh mandi sebelum solat, tak nak!"

"Iya, sayang. Lepas ni abang mandi sebelum subuh. Bangun bangun terus bawah shower. Haura tunggu abang. Sekejap je. 10 seconds max." Amsyar tarik semula si isteri, dipaksa wanita itu untuk duduk di atas tilam sementara dia ke bilik air.

"1, 2, 3—" Belum sempat kaki sang suami melangkah ke bilik air, Haura sudah mulai menghitung sepuluh saat yang dijanjikan tadi.

"Agak-agaklah, sayang. Sampai bilik air pun belum ni." Amsyar angkat kening pada si isteri. Kuat mengusik juga Haura ni...

Peluang Kedua Buatku | ᥴWhere stories live. Discover now