Dari tadi, si isteri serba tak kena. Encil Ilham yang hendak membuka topik perbualan di meja makan tadi pun terbantut. Nasi dalam pinggan Puan Khadijah tidak terusik. Butir nasi disentuh sentuh si isteri dengan muka yang penuh kerisauan.
"Awak kenapa ni, Jah? Dari tadi saya tengok macam cacing kepanasan. Rezeki depan mata." Disua semulut nasi ke mulut sambil menegur si isteri. Nampak tersentak bila ditegur.
"Saya rindu Amsyar. Saya masak lauk kegemaran dia sebab saya ingat dia nak singgah rumah. Saya rindu, bang. Saya rindu nak suap dia."
"Amsyar dah balik Kuantan semalam, Jah." Senada sahaja suara Encil Ilham menjawab.
"Dia tak bagitahu saya pun? Biasanya sampai sahaja dia akan telefon saya."
Biarpun Amsyar hanya meninggalkan mesej, dari susunan ayat anak tunggalnya sahaja dia dapat rasa ada sesuatu yang berlaku. Setahu dia, Amsyar tu penyabar budaknya. "Awak buat apa dekat Haura sampai Amsyar keluar daripada rumah ni?"
"Saya tak buat apa, bang. Adalah si Haura tu buruk burukkan saya. Abang bukan tak kenal Amsyar. Baik sangat. Ameera tu cakap dekat saya—"
"Ameera, Ameera. Elok sangatlah dengar cakap orang luar?"
Pinggan berisi nasi di depan Puan Khadijah ditolak, terasa apa bila Encik Ilham meninggikan suara. "Apa masalah abang ni? Setiap kali sebut pasal perempuan tu, abang nak tengking saya."
"Sebab cara awak bercakap macam orang tak ada agama, awak tahu tak? Dulu sebelum Amsyar tu kahwin, awak sibuk lah tanya bila nak bawa balik menantu. Disebut sebut nama Haura. Bila budak tu dah kahwin, dah awak layan isteri endah tak endah. Saya rasa lagi baguslah si Amsyar tu tak balik terus."
"Assalamualaikum,"
Habis sahaja kata-kata Encik Ilham, dengar Ameera memberi salam. Terus hilang selera makan, Encik Ilham membawa diri ke dapur untuk mencuci tangan sebelum terus melangkah ke bilik. Elok lah berkawan dua orang tu. Yang seorang, ditegur pun masih liat nak dengar. Yang seorang lagi, dihalau pun masih datang ke rumah. Silap hari bulan biar dia sahaja lah yang keluar dari rumah ni.
••
Tiba sahaja di rumah, nampak Haura duduk di meja. Corak meja kayu tertutup dengan kertas dan fail yang memenuhi ruang.
"Sayang, buat apa tu?" Perlahan sahaja langkah Amsyar mendekati Haura yang masih bertelekung. Dua tapak diambil, Haura menoleh sambil menyasarkan sebatang pen.
"Jangan dekat!"
Biarpun tersentak, kaki masih melangkah dekat. Rindu hendak dakap tubuh isteri. Tangan yang didepa untuk mencubit pipi Haura dipukul dengan pen. "Aduh!"
"Ish, Haura cakap jangan dekat! Haura ada wudhu' lah, abang ni." Haura mengeluh, dipukul lagi lengan Amsyar. Geram betul. Makin dilarang, makin buat. Raut wajah Amsyar yang tersenyum lebar hendak sahaja diconteng conteng.
"Batal ambil lah balik, sayang. Apa susah."
Telekung ditekap ke muka bila Amsyar semakin menghampiri. Biarpun elok sangat rupa si suami, sekarang bukan waktunya. Lagi 10 minit masuk waktu isyak, kalau batal sekarang, penat sahaja dia jaga wudhu' dari maghrib tadi. "Janganlah abang!"
"Okay, okay. Abang tak sentuh." Sebelum ni setiap kali balik ke rumah, sunyi sepi. Kadang terpaksa dikuatkan sedikit suara pada televisyen untuk menemankan malam. Semenjak Haura ada di rumah, rasa macam setiap hari kena balik awal. "Sayang minta izin keluar guna kereta abang tadi pergi mana?"
"Oh!" Kerusi yang tadinya menghadap meja dipusing menghadap suami. "Haura pergi kedai buku dekat-dekat sini. Highlighter Haura dah habis."
Kereta Haura ditinggalkan di rumah papa. Yang ada hanya kereta Audi R8 dia yang dibawa ke sini. Sejak Haura ikut dia balik ke Kuantan dan menginap di Rumah Keluarga Angkatan Tentera, Amsyar akan gerak ke pangkalan dengan Aniq. Sengaja ditinggalkan keretanya jika Haura ingin pergi kemana mana. Sejujurnya, bila Haura minta izin untuk guna kereta tengahari tadi, agak was-was juga Amsyar untuk memberikan kebenaran. Belum pernah lagi dia benarkan orang untuk sentuh kereta kesayangan dia sebelum ni tapi sesayang mana dia pada kereta, sayang lagi dia pada isteri.
YOU ARE READING
Peluang Kedua Buatku | ᥴ
RomanceIn editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai kehidupan. Haura dibiarkan terkontang kanting di dalam masyarakat, dibiarkan sendiri mencari tujuan...