Part 4 (edited)

90.3K 5K 1.5K
                                    

"Aina!" Riang nada suara Haura menyapa. Jarang-jarang dia dapat telefon Aina sejak habis belajar. Masing-masing membawa haluan sendiri, wajah yang dahulunya pagi petang siang malam bersua kini hendak berjumpa sebulan sekali pun rumit.

"Haura.."

Turun serta merta aras kegembiraan dalam diri bila dengar nada suara Aina yang suram. Punggung dihenyak pada birai katil, telefon pada tangan kiri ditukar pada tangan kanan sebelum Haura bersuara lagi.

"Kau kenapa? Ada masalah ke?"

"Daniel— Daniel datang cari kau tadi. Dia ada sebut tentang gambar. Gambar apa, Haura?" Suara Aina penuh kerisauan. Ingatkan tamat belajar, tamat jugalah kisah Haura dan Daniel. Masih berleret panjang rupanya.

Tapak tangan menekap bibir untuk menahan tangis. Ya Allah..

••

Hawwas menguncikan anak mata pada skrin televisyen. Entah apa lah yang mama tengok ini tapi bolehlah, asalkan tidak bertentang anak mata dengan mama. Dua tiga hari ini, Haura banyak mendiamkan diri. Hendak kata kena tolak cinta dengan Amsyar sekali lagi, rasanya sejak keluar berdua haritu, Amsyar tidak ada pula datang ke rumah. Sejak bila ditolak kali kedua pula. Mama, macam biasalah. Pantang nampak anak gadis dia diam sikit, resah. Anak teruna lah yang dipaksa korek rahsia.

Dari tadi, mama asyik menghantar signal mata. Bukan Hawwas tidak nampak. Faham betul. Tapi itulah, takut juga nak ditanya. Memang lah Haura kecil, comel, ayu aja orangnya tapi sekali dihayun penampar, pedih jugalah.

"Haura, adik abang." Hawwas tewas dalam perlawanan kontak mata dengan mama, jadi dia jugalah yang kena mengalah. Lebih-lebih lagi bila mulut mama mula terkumat kamit. Elak disumpah jadi batu aja. Mata melirik mama yang bangun dari sofa sebaik sahaja Hawwas mula buka mulut. Hendak lari lah tu. Laju betul, padahal mama juga yang beria menyuruh tadi.

"Haura, abang panggil ni. Dengar tak?" Bukan sekali Hawwas pernah dipulaukan Haura macam ni. Dah lali.

"Dengar, abang. Abang nak apa?" Akhirnya Haura bersuara. Sibuk lah abang ni.

"Amboi, garang betul. Panggil Amsyar karang. Kejap abang call dia suruh datang sini." Tangan Hawwas yang naik cepat-cepat ditepis oleh Haura. Geram betul lah. Mentang-mentang Amsyar tengah cuti, suka betul main ugut-ugut.

"Gurau pun tak boleh sekarang. Haura ada masalah ke? Senyap je? Cuba cerita. Abang tak boleh tolong. Bagi nasihat pun ala kadar je tapi at least Haura ada tempat mengadu." Kepala Haura diusap Hawwas. Dia tahu Haura jenis yang suka pendam sejak sambung belajar ni.

"Haura okay je, abang." Tak okay, abang. Haura tak okay. Haura takut. Lepas apa yang Aina beritahu dia beberapa hari lepas, hidup Haura serba tak kena. Dia berharap sangat aib dia Allah akan terus tutup.

Hawwas sudah dapat agak dengan jawapan Haura. Tidak apalah, sekurang kurangnya Haura tahu dia ada kalau lah Haura rasa hendak bercerita tentang masalah.

"Tak nak cerita sudah. Abang tak nak tahu pun." Tangan Hawwas yang sibuk mengusap kepala Haura ditarik balik ke atas paha. "Ni, mama cakap adik nak keluar dengan Aina petang ni. Nak abang hantar ke?"

"Eh, tak payahlah, abang. Aina datang ambil Haura kejap lagi." Malas sebenarnya hendak bagi Hawwas berjumpa dengan Aina. Hari tu sahaja Aina sudah merajuk berhari. Aina ni bukan boleh kena usik sikit. Abang Hawwas pula, sama naik. Kerja mengusik aja.

"Kalau tak ada siapa nak hantar Haura balik, bagitahu. Nanti abang ambil. Keluar elok-elok."

Anak mata Haura mengikut pergerakan Hawwas yang menuju ke pintu. Rasanya baru sahaja Hawwas sampai rumah tadi, hendak keluar balik pula?

Peluang Kedua Buatku | ᥴWhere stories live. Discover now