Lampu pada sisi katil menyala semula buat kesekian kali. Bercahaya sedikit bilik yang sudah gelap-gelemat. Seharian dia dan keluarga di dewan persandingan, seharian juga Hawwas terpaksa pakai topeng muka untuk berpura-pura nampak okey. Haura, usah ditegur. Rasanya semua orang boleh nampak raut wajah gugup bakal pengantin. Papa dan mama pula, masing-masing sukar dibaca.
Dia sebagai abang, sebagai anak sulung, terpaksa untuk nampak kuat.
Sedangkan kepalanya sendiri kusut.
Hawwas lepaskan keluhan berat sambil meraup wajah. Siku direhatkan pada paha, melengkung badannya menanggung perasaan yang berat. Abang mana dalam dunia ni yang dapat melepaskan tanggungjawab terhadap adik perempuannya pada orang lain dengan senang hati walaupun kepada rakan baik sendiri.
Dah bertahun lama dia berkawan dengan Amsyar Dizhwar tapi bibit kegusaran masih lagi ada dalam diri untuk lihat adiknya mendirikan rumah tangga dengan lelaki tersebut.
Dalam perkahwinan, kalau hanya melibatkan suami isteri sahaja, mungkin Hawwas tidaklah akan dilanda kegusaran setinggi ini. Dia tahu, Amsyar dapat terima baik dan buruk Haura tapi macam mana pula dengan orang luar, yang tak ada kaitan langsung dengan perkahwinan mereka berdua. Lumrah manusia, selagi ada ruang untuk bersuara, pendapat mereka yang tidak diperlukan juga masih lagi akan disampaikan.
"Adik."
"Dah tidur?"
**
Terkelip-kelip mata Haura cuba untuk hilangkan rasa mengantuk. Usai solat subuh, masing-masing sudah mula sibuk. Mama dari tadi lagi menjengah ke bilik untuk pastikan mereka semua bergerak mengikut jadual.
Pinggir bibir Haura naik saat dia dihulur telefon bimbit. Ada telefon bimbit, kuranglah sikit rasa mengantuk!
Bila diteliti ruangan notifications, baru perasan salah satu mesej daripada Hawwas.
Pukul dua pagi...rasanya dia dah sampai ke alam mimpi waktu tu.
"Kenapa, abang?"
- "Tak ada apa. Main-main je. Ingat nak ajak adik teman abang masak maggi malam semalam, adik tidur awal pula."
"Bakal suami text ke?" soal jurusolek dengan senyuman simpul.
"Eh, tak adalah. Abang Haura." Haura tutup telefon bimbit, anak matanya memandang wajah jurusolek pada cermin. "Akak ada abang?"
"Ada. Akak ada tiga abang."
"Wah, ramainya! Mesti pening kepala, kan? Haura ada seorang abang pun dah pening." Cicir tawa dari mulut. "Abang Hawwas ni susah sangat nak serius. Suka bergurau. Tengoklah ni. Haura nak akad nikah pagi ni pun, dia nak ajak Haura temankan dia masak maggi."
Haura mengekek sambil menggelengkan kepala.
"Abang-abang, biasalah tu. Kebulur pun diaorang, nakal pun diaorang, yang suka berahsia pun diaorang."
"Abang akak suka berahsia ke?" soal Haura.
"Berahsia soal perasaan. Waktu akak accident, abang-abang akak tak tunjuk pun diaorang risau. Waktu diaorang datang tengok akak dekat hospital, mengomel je sepanjang masa. Diaorang cakap akak cuailah, itulah, inilah. Tapi akak dapat tahu, diaorang jugalah yang duduk bersila dekat luar bilik waktu akak dalam ICU."
Haura tayang senyuman lebar. "Sweetnya abang-abang akak!"
**
"Haura ni, time nak akad nikah pun craving itu ini."
Hawwas toleh kepala pada pemilik suara. Aina rupanya. Salah seorang rakan baik Haura yang boleh diharap sewaktu mereka di universiti dulu.
"Abang Hawwas risau eh dekat Haura?" Aina angkat jari telunjuk, matanya dikecilkan.
YOU ARE READING
Peluang Kedua Buatku | ᥴ
RomanceIn editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai kehidupan. Haura dibiarkan terkontang kanting di dalam masyarakat, dibiarkan sendiri mencari tujuan...