Buka sahaja G-suit, telefon bimbit dihulur Aniq pada Amsyar.
"Angkat lah, Am. Dari tadi bunyi. Menyirap pula aku. Nak kata bini kau, unknown number. Kau ada hutang along ke? Tak cukup kaya lagi?"
Diketap gigi Amsyar bila mengambil telefon dari tangan Aniq. Hampir dua minggu, ada sahaja panggilan telefon dari nombor tak dikenali. Tak pernah pula dia berhutang. Terlebih dari cukup duit simpanan dia untuk bagi makan anak bini.
Kaki melangkah keluar, berkerut seribu pada muka Amsyar. Sudahlah tengah panas, dengan tak sempat makan tengahari lagi. Angkat sahaja panggilan, telefon terus diletakkan pada telinga.
"Assalamualaikum."
"Amsyar! Angkat pun. Am, you kena tolong I!" Merengek Ameera bila mendengar suara Amsyar.
"Kau nak apa ni, Ameera? Aku tak ada masa lah nak layan kau. Tolong stop call aku." Baru sahaja dia hendak tamatkan panggilan telefon, dengar suara Ameera separa menjerit.
"I mengandung! I mengandung, Amsyar. You kena tolong I."
Kalau tadi wajah Amsyar berkerut seribu, kali ni bertambah kerut. "Apa kena mengena dengan aku?"
"I nak you bertanggungjawab. I nak you jadi ayah untuk anak I. Tolong I, Amsyar."
"Eh, kau bodoh ke, Ameera? Kau cakap apa ni?" Tangan kiri yang memegang sarung tangan tadi dibawa mencekak pinggang. Peluh pada dahi tak habis kering, makin terasa pula bahang.
"I tak tahu I patut minta tolong dengan siapa dah. Tolong I, Amsyar. You je lelaki yang I tahu boleh bertanggungjawab." Balas Ameera. Kalau Amsyar suruh dia melutut, dia boleh melutut sekarang kalau itu boleh buat Amsyar setuju.
"Kejap, aku tak faham. Aku sentuh kau pun tak, kenapa aku nak bertanggungjawab pula. Mana bapa budak tu?" Mengeluh panjang Amsyar. Lepas satu, satu ujian dia kena hadap.
"I tak tahu! Semua salah you! Kalau you layan I—"
"Kau nak salahkan aku sebab aku tak layan kau? Eh, kau siapa?" Sempat Amsyar mengerling ke arah Aniq. Dia bukan ada banyak masa sangat boleh bersembang.
"Tolong lah I, Amsyar. Datang jumpa ibu. Tentang isteri you, biar I tolong cakap kan. Dia akan faham.."
"Leave me and my wife out of this, Ameera. Waktu kau tahu kisah silam dia, kau tak fikir kata kata kau boleh balik pada kau semula kan? Kalau aku buat benda yang sama kau buat dekat bini aku, apa kau rasa?"
Berderau darah bila kata-kata Amsyar sampai ke telinga. "Jangan— janganlah, Amsyar! I malu! Aib I—"
"Oh, baru tahu malu?! Baru kau fikir pasal aib kau. Aib bini aku kau canang satu dunia, kau tak fikir pula? Lepas tu kau datang cari aku, minta aku bertanggungjawab. Benda ni bukan benda kecil tau, Ameera. Kalau aku terdesak sekalipun nak ada anak, aku nak anak aku hadir daripada rahim isteri aku yang sah, Haura Mikayla. Bukan daripada kau." Sikit lagi, rasanya Aniq dah yang lain boleh dengar suara Amsyar. Hilang sudah rasa hormat dia pada Ameera selama ni.
"Benda tu dah berminggu lama lah, Amsyar. Yang you nak ungkit balik kenapa?!"
"Sebab aku berdendam! Aku berdendam dengan kau, Ameera. Kau tuduh Haura macam macam, sekali pun aku tak pernah dengar perkataan maaf keluar daripada mulut kau. Pandai pandai kau lah, Ameera. Even if you get the permission from my wife, I'm not gonna take the responsibility. Kau ikat aku, tanam pisau dekat leher aku sekalipun, jawapan aku tak akan berubah. Aku tak nak." Menitik peluh dari dahi yang berkedut. Nampak dari awal perbualan lagi Aniq sibuk mengintai. Sibuk betul dengan hal orang lain.
"Amsyar!" Panggilan telefon dimatikan serta merta. Jeritan Ameera yang seakan hilang kewarasan menyebabkan Puan Yusrina terus berlari ke bilik Ameera. Dirangkul tubuh anak yang menangis teresak esak.
YOU ARE READING
Peluang Kedua Buatku | ᥴ
RomanceIn editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai kehidupan. Haura dibiarkan terkontang kanting di dalam masyarakat, dibiarkan sendiri mencari tujuan...