Laju lantunan bola keranjang pada tanah, sempat Hawwas lantunkan bola pada celah kaki sebelum cuba untuk mengelak daripada bolanya dirampas oleh Amsyar. Dia pegang bola tersebut dengan dua belah tangan, dibawa dekat pada dada sebelum memusingkan badan. Kakinya membuat lonjatan sebelum bola tersebut dibaling ke arah keranjang, menyasarkan lontaran tiga mata.
Sejak habis peperiksaan akhir tahun, hampir setiap hari Hawwas dan Amsyar luang masa bersama. Kalau sebelum ini setiap kali mereka berjumpa, pasti akan libatkan buku. Sekarang, hanya sukan dan permainan sahaja dalam fikiran sementara menunggu cuti sekolah tamat.
"Ah..." Mendengus Hawwas bila sasarannya tidak membuahkan sebarang mata. Bola yang dibaling tadi kena pada bahagian tepi keranjang sebelum melantun ke arah Amsyar.
Giliran Amsyar pula untuk mencabar diri, bola tersebut dilempar ke arah yang sama. Bibirnya diketap, kepalan tangannya digoyang apabila hantarannya melalui keranjang dengan mudah.
Tegak masing-masing berdiri sambil bercekak pinggang. Tanpa perlu bertukar kata, mereka memberhentikan permainan untuk mengambil nafas. Amsyar kesat lengan pada dahi. Hawwas pasang sila di lantai sambil meneguk air dari botol mineral.
Kring...kring! Kring!
Bunyi loceng yang samar-samar semakin kuat apabila penjual aiskrim memasuki lorong rumah. Hawwas bawa pandangan ke dalam rumah bila dengar bunyi pintu dihempas kuat.
"Haura nak! Haura nak! Aiskrim! Tunggu, tunggu!" Lantang suara Haura, laju derapan kaki disusun menuruni anak tangga.
Anak mata Amsyar dan Hawwas terkunci pada gadis yang berlari keluar dari rumah hanya dengan berkaki ayam.
"Aiskrim!" ujar Haura, pintu pagar dibiarkan terbuka sikit. Senyuman lebar jelas di wajah Haura, duit kertas di tangan digenggam erat sambil menunggu penjual aiskrim untuk turun dari motor.
Hawwas garu kepalanya dengan muka yang berkerut. Dia juga turut berjalan keluar dari pagar. Sempaf Amsyar capai tuala kecil untuk kesat lengannya yang berpeluh sambil mengekori langkah dua beradik itu.
"Abang nak aiskrim? Haura ada duit ni. Mama bagi!"
"Masuk dalam, pakai selipar." tegur Hawwas.
"Alah, tak apa. Sekejap je ni. Nak aiskrim kon satu, pak cik. Abang? Abang Am?" Haura pandang dua lelaki tersebut bersilih ganti.
"Am tak naklah, Haura."
"Abang tak nak juga."
"Wafer yam ni ada?" Haura bawa jari telunjuk pada gambar aiskrim. "Bagi tiga tau, pak cik!"
Penjual aiskrim tersebut beredar apabila selepas selesai sesi jual beli, Haura tersenyum lebar dengan tangan yang penuh dengan aiskrim. Hawwas terus ambil wafer yam dari tangan Haura, lengan si bongsu dipaut erat.
"Haura nak tambah chocolate rice dekat atas! Haura ada suruh mama belikan chocolate rice yang warna warni. Lama Haura tunggu aiskrim motor tu datang sebab Haura nak beli aiskrim kon ni."
Hawwas hanya diam mendengar leteran si bongsu.
Comel...
Diri ditahan daripada menuturkan kata pujian tersebut. Kecil senyuman di wajah Amsyar melihat Haura dengan aiskrim kon. Dia menyusul langkah adik beradik itu, pintu pagar ditarik rapat.
**
Puan Khadijah memperlahankan suara di televisyen apabila kedengaran bunyi tawa Amsyar dan Haura berpindah dari dapur ke ruang tamu. Encik Ilham juga turut mengalihkan pandangan.
YOU ARE READING
Peluang Kedua Buatku | ᥴ
RomanceIn editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai kehidupan. Haura dibiarkan terkontang kanting di dalam masyarakat, dibiarkan sendiri mencari tujuan...