Part 21 (edited)

73K 4K 288
                                    

Tuala kecil dikesat pada wajah, Amsyar ambil semula tempat di atas kerusi. Jarum panjang perlahan-lahan bergerak pada nombor lapan. Keadaan sekeliling masih lagi sunyi. Hanya suara dari telefon bimbit sahaja yang kedengaran.

Biasanya jika dia telefon, Haura masih lagi separa lena.

Pagi ini, sang isteri lebih laju. Tersenyum Amsyar pada suara kecil Haura membaca al-Quran.

"Sadaqallahul 'Azhim..."

Selesai si isteri mencium kitab suci, bertentang mata mereka. Haura tersenyum simpul. "Kenapa abang pandang Haura macam tu?"

"Tak ada apa, sayang."

Diperhati pula si isteri meletakkan semula al-Quran di tempat yang tinggi. Dia perasan buku nota isteri yang terletak di bahagian tepi sejadah. Lain pula warna buku nota itu dengan buku resipi Haura yang dilihat tempoh hari. "Buku apa tu, Haura?"

"Oh, ni?" Haura ubah kamera menghadap buku tersebut. "Ini...Haura punya buku doa. Tadi kan Haura buat solat tahajud dengan solat taubat. Haura baca doa yang Haura kumpul dalam ni."

"Mana Haura dapat doa-doa tu?"

"Ada doa yang Haura rangka sendiri, ada yang Haura dapat daripada internet, daripada ceramah yang Haura dengar. Ada doa untuk Haura, abang, family Haura. Untuk family abang pun ada!"

Amsyar hanya sempat lalukan pandangan pada tulisan tangan isteri sebelum Haura tutup semula buku nota.

"Nanti Haura tambah lagi doa banyak-banyak!"

Haura belum bersuara, Amsyar dah angkat kening. Dah kenal dari gerak geri Haura. Andai senyuman lebar muncul di wajah yang cantik itu, si isteri pasti ada benda yang nak diceritakan. Pagi-pagi lagi dah banyak membebel.

"Abang nak tahu tak, Haura kan...pernah rasa Haura tak layak untuk sujud dekat Allah lepas apa yang dah jadi. Haura rasa malu sangat. Haura ingat lagi...lepas apa yang dah jadi, malam tu juga Haura buat solat taubat sebab Haura rasa bersalah sangat. Sejak akhir-akhir ni, Haura rasa gembira. Haura rasa bersyukur dengan apa yang Haura ada sekarang. Haura ada suami yang baik, mentua yang baik. Sebab tu juga, Haura selalu nak berjaga malam sebab Haura nak luah dekat Dia. Walaupun Haura rasa Haura tak layak untuk terima semua ni tapi Haura masih nak sampaikan rasa syukur."

Amsyar lihat si isteri usap mata yang merah menggunakan telekung.

"Tak ada dosa yang akan mengecualikan seseorang hamba daripada menerima pengampunan dari Allah, sayang. Kalau Haura nak tahu, macam mana bersyukurnya Haura dengan segala nikmat yang Haura ada sekarang, macam tu jugalah abang bersyukur awak ada dalam hidup abang sekarang."

Haura tayang senyuman kecil, pandangannya jatuh ke paha. "Haura ni...taubat Haura entah diterima ke tidak."

"Abang ni entah dapat jadi suami yang baik ke tidak."

Haura bawa anak mata pada skrin telefon. "Abang suami yang baiklah!"

"Ye ke? Mana Haura tahu?" Amsyar jongket kening.

"Haura tahulah! Haura kan isteri abang? Haura saksi abang suami yang baik."

"Kalau macam tu, abang pun yakin taubat Haura pasti akan diterima al'Ghafur. Abang tahulah. Abang kan suami Haura. Abang saksi setiap malam Haura bangun untuk solat."

**

Dari semalam lagi Haura tak senang duduk. Amsyar dalam perjalanan balik. Tak sabarnya nak jumpa abang! Tak sabar juga untuk balik rumah keluarga hujung minggu ni. Banyak benda yang dia nak cerita pada mama, pada Mek Jah. Hawwas juga tak pernah lupa untuk tanya khabar dia setiap hari.

Peluang Kedua Buatku | ᥴWhere stories live. Discover now