Part 30

94.9K 4.4K 1.4K
                                    

Cepat sahaja kepala Encik Ilham menoleh saat kedengaran bunyi enjin kereta Audi R8 Amsyar masuk ke perkarangan rumah. Dia yang baru sahaja balik, sedang ralit berborak berdua dengan isteri tadi terus terberhenti apabila Amsyar memberi salam.

"Eh, kamu bukan ada lagi seminggu ke, Amsyar? Awal pula kamu balik?" Sempat diusap kepala anak waktu Amsyar melangkah dekat.

"Am dapat kebenaran untuk balik beberapa hari, bah. Temankan Haura dekat hospital."

"Ha?! Kenapa dengan Haura?" Terkejut Encik Ilham saat kata-kata Amsyar sampai ke telinga.

Belum sempat Amsyar menjawab, Puan Khadijah mencelah dahulu.

"Gastrik je, bang. Mengada sangat." Suara Puan Khadijah penuh dengan sindiran.

Amsyar hanya diam, dikucup juga belakang tapak tangan Puan Khadijah biarpun terasa dengan kata-kata yang dilontarkan sebelum dia minta diri naik ke bilik.

"Apa awak cakap macam tu? Tak ke kecil hati Amsyar?" Apa nak jadilah dengan isterinya ni. Belum habis lagi berkata apa, nampak si isteri berjalan ke pintu utama, terjengah-jengah seakan menunggu seseorang. "Ha, awak tunggu siapa pulak ni?"

"Saya tunggu Ameera."

"Ha? Siapa Ameera?" Soalan Encik Ilham terjawab saat terdengar suara perempuan memberi salam. Diperhatikan sahaja tingkah laku isteri yang nampak sangat akrab memeluk perempuan muda tersebut.

Amsyar yang turun dari bilik langsung bersalaman dengan Encik Ilham sebelum langkahnya terhenti apabila nampak Puan Khadijah berborak dengan Ameera. Macam mana boleh rapat macam ni sedangkan rasanya kali terakhir dia datang, mama tidak sempat pun untuk berborak lama.

"Amsyar, duduk lah dulu. Borak dengan Ameera ni. Penat dia datang dari jauh." Tangan Puan Khadijah yang dihulur untuk Amsyar salam tadi sengaja tidak dilepaskan supaya dapat menarik anak tunggalnya untuk duduk bersebelahannya.

"Mama, orang tak boleh lama ni.." Balas Amsyar.

"Duduk, Amsyar."

"Lama I tak nampak you, Amsyar. Busy ke?" Tersimpul malu Ameera sata Amsyar mengangkat anak mata padanya. Dari dulu lagi dia sentiasa lemah akan pandangan dari jejaka ni. Bukan dia seorang. Ramai sahaja perempuan waktu sekolah dahulu yang suka akan Amsyar.

"I dah mula balik latihan. Kalau tak ada apa, Am minta diri dulu, ma. Nak tengok Haura."

"Eh, sabarlah, Am. Tak baik layan tetamu macam ni. Borak dulu, mama pergi buat air." Puan Khadijah mengangkat tubuh ke dapur, diikuti dengan Encik Ilham.

"Mama—"

"I rindu you, Amsyar. Sampai hati you kahwin pun tak bagitahu I." Peritnya hati bila Ameera perasan cincin di jari manis Amsyar. Sakitnya, ya Allah.

"I dah jadi suami orang, Ameera. I rasa you boleh kot berhenti datang rumah I." Balas Amsyar sambil mengurut keningnya.

"I tunggu you! I datang balik dekat you lepas bertahun and you buang I macam ni je!"

Tangan Amsyar yang cuba dipegang Ameera ditarik dekat pada badan.

"You suruh I tunggu you—"

"That wasn't it." Kata-kata Ameera tadi dipotong Amsyar terus. "That wasn't what I said and you knew it, Ameera. Jangan pandai-pandai nak tambah."

"You cakap dengan I you suka I!" Bantah Ameera.

"Memang! Memang I pernah cakap I suka you but that was what? 8 years ago. You told me you liked me and I told you the same thing. That one memang betul, I tak deny and tak akan deny the fact that I ever liked you. But I told you we couldn't be anything more than friends sebab I masih belum dapat banggakan parents I. I told you that I wished you got a better guy who could treat you better because that couldn't be me sebab at that time, I belum mampu bahagiakan my parents so I knew very well I tak akan mampu bahagiakan you. You told me you faham dengan permintaan I so you sendiri yang decide untuk undur diri. I tak pernah, Ameera, I tak pernah minta you tunggu I. I tak sekejam tu nak minta perempuan tunggu I tanpa kepastian."

Peluang Kedua Buatku | ᥴWhere stories live. Discover now