Part 56

109K 4.2K 1.2K
                                    

Sunyi sepi rumah tanpa Haura. Masuk sahaja trimester kedua, Amsyar tetap dengan keputusan untuk tinggalkan sahaja Haura di rumah keluarga. Sekurang kurangnya ada yang dapat tengokkan. Namun masuk sahaja bulan kelima kehamilan, kurangnya alahan pada Amsyar, muncul pula alahan baru pada Haura.

Kalau sebelum ni boleh berpisah beberapa kali sebulan, kali ni perlu berkepit hampir setiap saat. Enggan mengalah, terpaksa juga dia berkeras supaya Haura tinggal dengan mertua. Kesudahannya, merajuk lah si isteri.

"Hi, precious." Sapa Amsyar dengan senyuman. Merajuk sekalipun, panggilan telefon tetaplah menjadi perkara wajib, biarpun Haura kurang bercakap sebagai tanda protes. "Dah makan?"

Anak mata Haura terkunci pada jari jemari. Enggan bertentang mata dengan Amsyar. Soalan Amsyar tadinya dijawab dengan anggukan.

"Sayang makan apa?" Sunyi sepi lagi panggilan video. Ditahan senyuman Amsyar melihat wajah monyok Haura. "Abang makan dengan Aniq tadi. Nasi goreng ayam. Sedap, tapi abang rasa Haura punya nasi goreng lagi sedap. Pagi, abang sarapan dekat warung je. Roti canai, kuah banjir. Air teh dia sedap, tapi manis. Overdose sikit sugar intake lepas habis satu gelas. Tengahari, abang makan apa eh? Kejap, abang fikir."

"Haura rindu abang.." Jatuh ulas bibir bawah, buku jari Haura menutup kedua belah mata namun air mata tetap mengalir keluar dari sisip kelopak mata.

Seakan budak kecil merengek, comel. Sejak dia tinggalkan Haura, setiap kali dia telefon, setiap hari juga Haura sebut perkataan yang sama. Setiap hari jugalah Haura menangis.

"Sayang, hari tu kita pergi appointment, doktor cakap apa? Haura tak boleh kerap sangat menangis, nanti effect dekat baby, kan?"

"Abang tinggalkan Haura.." Makin meleret tangisan Haura bila ditegur.

"Haura Mikayla." Diketap ulas bibir dengan geram. "Abang end call lah macam ni kalau awak tak nak dengar cakap abang."

"Jangan, jangan! Haura tak nangis dah! Haura rindu abang.." Pantas sahaja air mata di lap menggunakan belakang tapak tangan biarpun masih ada lebih esakan.

"Abang rindu awak juga, sayang. Janganlah nangis. Hari hari abang text awak, call awak. Haura nak abang teman study sampai lewat malam pun abang sanggup. Kenapa nak menangis lagi?" Terlepas senyuman bila nampak si isteri terus menerus lap air mata. "Depan Haura tu coklat ke, sayang?"

"Abang Hawwas belikan Haura coklat." Satu persatu lagi paket coklat dibawa ke depan kamera. Nampak sahaja raut wajah suami, terus dia tahu apa yang hendak disoal. "Haura dah makan supplement! Coklat ni Haura makan sikit sikit je. Janji!"

"Astaghfirullah, comelnya." Raut wajah diusap. Ada yang dia gerak balik KL hari ni juga.

"Oh, lusa abang Hawwas pergi Perlis! Ada khursus."

Sempat Amsyar suap 2 biji Mentos sourmix ke dalam mulut sambil mendengar Haura bercerita. Yang cengeng pun dia, yang banyak mulut pun dia. Panjang lebar isteri bercerita tentang rakan sekerja yang sedang dalam proses penceraian. Akhirnya dendam pada suami rakan sekerja, disalurkan pada Amsyar hanya kerana samanya jantina.

"Lelaki lah ni! Tak pernah cukup. Bila dah tak cantik, buang, cari yang lain. Kesian akak tu. Dia cantik sangat. Sebelum selepas kahwin sama je cantik! Lelaki ni memang tau. Abang pun sama!"

"Dah agak dah mesti dengan abang abang kena sekali." Digosok belakang tengkuk Amsyar sambil mentertawakan si isteri.

"Patut ke husband dia tinggalkan anak bini macam tu je? Ish! Perempuan yang ketiga tu pun, dah tahu lelaki tu ada isteri, nak juga menempel! Apa abang gelak gelak?"

"Amboi, garang nampak?" Lengan dilipat, direhatkan atas meja. "Itulah nama dia ujian, sayang."

Nampak sahaja si isteri nak menyelit, lantas Amsyar mencantas. "Dengar dulu, sayang. Maksud abang, ujian pada si suami untuk bersyukur dengan apa yang ada di depan mata, untuk bersyukur dengan isteri yang ada susah senang, yang mengandung, melahirkan zuriat. Kita tak akan pernah rasa cukup selagi kita tak bersyukur dengan nikmat Allah. Haura ada kekurangan, wanita lain ada kekurangan. Tapi bangun tidur abang dengan Haura, maka kekurangan Haura sahajalah yang terlihat pada abang. Wanita lain, nampaklah serba serbi sempurna. Sebab apa? Sebab terbit dan benamnya matahari abang luang dengan Haura, bukan dengan wanita lain. But does that mean dalam kekurangan Haura, tak ada langsung kesempurnaan? Does that mean dalam kesempurnaan pada wanita lain, tak ada kekurangannya? It never was and never will be right decision to leave your wife for someone else. Perkahwinan seseorang tak akan runtuh dengan munculnya pihak ketiga. Dia akan runtuh kalau ada yang melayan."

Peluang Kedua Buatku | ᥴWhere stories live. Discover now