Part 13 (edited)

86.5K 4.2K 1K
                                    

Sejak dari awal mereka diarahkan bermalam di pangkalan, muka Amsyar sudah kurang dengan senyuman. Aniq yang hendak tegur dengan memberi salam pun, perlu fikir dua tiga kali. Kelat betul. Nak kata bergaduh dengan buah hati, tak mungkin.

Hari Amsyar sepatutnya ikut rombongan merisik ke rumah Haura, dia dipanggil untuk Ops Curiga. Sejak beberapa lepas, dia dimaklumkan terdapat sebuah pesawat yang mencurigakan dan diklasifikasikan sebagai 'unknown' melintasi kedaulatan ruang udara negara jadi sebagai amanah dan tanggungjawab dia pada negara, terpaksa dia bergerak ke Penang buat beberapa hari. Amsyar bersama beberapa lagi rakan sekerja dari 18 Skuadron dikerah untuk memintas pesawat tersebut menggunakan F/A-18 Hornet.

Dia sepatutnya menemankan bakal isteri namun ditemani dengan jet berwarna kelabu dengan garis kuning pula. Selama beberapa hari jugalah dia tak dengar khabar berita daripada Haura.

Mujurlah tiada kecemasan yang berlaku. Dia hanya mewujudkan komunikasi dengan kapal terbang tak dikenali sebelum diarah pulang ke markas semula.

"Am, daripada kau sampai Penang, taklimat, sampai kau fly ke touch down, kelat je. Nak kata kau nervous, bukan first time kau fly. F/A-18 kau yang macam pikachu tu pun dah sejuk enjinnya. Diam je. Gaduh dengan girlfriend ke?" Aniq guna sehabis baik peluang keemasan saat dia terserempak dengan Amsyar yang sedang berseorangan untuk bertanyakan soalan yang bermain di fikiran.

"Tak adalah, Niq. Aku tengah tunggu jawapan ni." Dari tadi, telefon bimbit tidak terlepas dari tangan. Selagi belum ada jawapan, selagi itulah dia resah.

"Jawapan apa? Kau ada mohon apa-apa ke?" Pelik. Biasanya kalau ada, Aniq pasti tahu. Sewaktu Amsyar buat keputusan untuk jadi Royal Malaysian Air Force Fighter Pilots pun, Aniq tahu dari awal.

"Tengah tunggu jawapan sama ada rombongan merisik keluarga aku diterima ke tak." Waktu yang sama juga, telefon dia menyala.

"Ha?! Kau nak kahwin ke Am? Aku tak tahu pun? Asal kau tak beritahu aku?!"

"Merisik ni melibatkan keluarga perempuan perempuan je, Niq. Kalau aku merisik kau barulah aku bagitahu kau. Kejap." Amsyar tarik nafas sedalamnya. Mesej daripada Puan Khadijah terus dibuka. Terlihat gambar Haura yang manis dengan padanan kurung moden berwarna biru dipeluk mama. Degupan jantung dia yang kemain laju tadi beransur tenang. Akhirnya, muncul juga senyuman ikhlas di wajah Amsyar. Alhamdulillah...

Mama beritahu keluarga Haura terima tapi tarikh pernikahan perlu dipercepatkan. Dato' Azham telah tegaskan untuk buat majlis yang biasa sahaja. Entah kenapa, kata mama. Haura itu anak bongsu keluarga. Salah satunya anak perempuan pula. Takkan lah kecil-kecilan aja majlis keraian tapi mama tidaklah mempersoal lebih-lebihan. Risau menyingguk hati pula.

Pesanan mesej mama yang selebihnya tidak diendahkan Amsyar. Enggan dia ulas panjang biarpun dia mungkin tahu asbab dan alasan Dato' Azham memberi syarat sedemikian. Amsyar juga tidak pernah kisah. Andai majlis yang ringkas sahaja diminta, dia boleh bagi. Andai kata Dato' Azham nak buat kenduri besar besaran pun dia boleh bagi.

"Ha, ni aku tak payah tanya kot jawapan dia. Dah tahu dah daripada muka kau." Aniq menggoyangkan jari telunjuk, langkah dipercepatkan bagi mengekori Amsyar yang sudah berpatah balik ke arah bertentangan.

"Jom, pergi makan. Aku belanja. Lambat, tinggal. Kejap lagi tuan panggil nama, kau jawab sendiri."

"Eleh, mentang-mentang tak kena reject baru nak offer belanja makan. Tunggulah aku!" Aniq tergelak kecil bila Amsyar hanya diam dengan telinga yang merah. Diam lah macam mana pun, telinga Amsyar sahaja sudah cukup untuk membongkarkan perasaan dia.

••

Rak almari ditolak rapat, Haura dakap buku diari sambil menyusun tapak ke katil. Selimut yang melitupi separa dari badan ditepuk-tepuk, bantal pula ditindan supaya dapat menyandarkan badan.

Peluang Kedua Buatku | ᥴWhere stories live. Discover now