Bunga dari Amsyar ditinggalkan dalam kereta, Haura terus berlari ke bahagian wad kecemasan. Hampir tersungkur kaki melangkah. Segala barang keperluan, beg dompet, telefon bimbit juga dibiarkan sahaja. Dalam kepala hanya ada satu. Dia perlu jumpa papa. Dia perlu tengok papa.
"Mama..." Tiba sahaja di wad kecemasan, tubuh Haura terus didakap Datin Suhaila tanpa ragu ragu. Diusap bahu anak bongsu berulang kali.
"Papa okay, sayang. Doktor cakap papa okay."
"Papa kenapa..mama, papa kenapa.." Serak suara Haura bila teruk sangat menangis sepanjang perjalanan ke hospital tadi.
"Heart attack, Haura. Tapi doktor cakap mild one je. Tengah tunggu doktor transfer papa ke wad biasa, baru boleh melawat. Kena warded beberapa hari sebab doktor nak cairkan darah. Saluran darah clogged." Jelas Hawwas.
Hampir satu jam mereka duduk di luar, akhirnya diberi kebenaran untuk masuk melawat namun memandangkan Dato' Azham masih tidak sedarkan diri, Hawwas minta Haura dan mama balik dulu. Dia yang akan teman papa malam ni.
"Haura nak teman papa.." Tangan Dato' Azham diusap dan dibawa ke pipi Haura.
"Haura baliklah, Haura baru balik kerja. Makan pun belum. Malam ni biar abang jaga, esok pagi Haura datang balik dengan mama." Dari awal Hawwas sudah boleh agak Haura akan berkeras untuk temankan papa tapi dia mencuba juga nasib. Berbeza dengan Haura, Hawwas satu hari di rumah hari ni. Terlebih dari rehat jika nak dibandingkan dengan Haura.
"Tak nak. Haura nak duduk dengan papa."
"Tak apalah, malam sikit mama minta abang hantarkan makanan dengan baju, ye, sayang?" Datin Suhaila mengusap kepala anak bongsu, dikucup pipi sebelum dia menarik lengan Hawwas keluar dari bilik. Cakaplah macam mana pun, Haura tak akan ubah keputusan, lagi lagi bila melibatkan papa.
Beberapa minit selepas mama dan Hawwas bergerak pulang, Haura terlena. Kepala dilentokkan pada sisi katil. Tangan masih tak lekang menggenggam tangan Dato' Azham.
••
"Bengap!" Dengar bunyi Aniq mengerang kesakitan.
"Bebal!" Bunyi barang lembut dipukul kuat, seiring dengan suara Aniq mengerang kesakitan lagi.
"Bangang!" Kepala Aniq dipukul berulang kali dengan bantal hospital. "Apa nasib aku dapat kawan bengap macam kau ni."
"Sorry lah, Am. Aku nak test speed je. Sedap gila enjin tu. Enjin aku baru tukar." Bahagian tengkuk yang lesu berdenyut dibelasah Amsyar digosok Aniq sambil dia cuba tenangkan kawan baik dia.
"Eh, kau cakap dengan aku, apa? Nak pergi beli air dekat bandar sekejap kan. Mana datang nak test enjin. Bodoh! Tak pasal pasal berbalut kepala aku. Nak bagi alasan apa untuk injury ni? Ke nak mengaku kau bebal je dengan tuan?" Duduk semula Amsyar pada katil hospital. Sudahlah dia naik angin dengan Aniq dari tadi, katil pula diletakkan bersebelahan, lagi senang dia ganyang Aniq secukupnya. Mujur tindakan tak waras Aniq hanya menyebabkan dia luka di kepala dan kaki, manakala Aniq terpaksa pakai kolar leher untuk mengurangkan sakit leher kesan daripada kemalangan daripada mengelak lembu tadi.
Sedar sahaja, pihak hospital sudah memberitahu Puan Khadijah dari awal melalui senarai nombor kecemasan yang disenaraikan pada telefon bimbit Amsyar sendiri. Nak telefon Haura, dia masih belum dapat telefon dia semula namun sempat dia beritahu kedua orang tua supaya tak perlu datang hingga ke Penang untuk melawat. Tak lama pun dia ditahan wad.
"Am, agak agak kena tindakan tatatertib ke?" Soal Aniq lagi. Risau pula. Bertahun dia kerja, belum pernah merasa lagi.
"Lain kali bodoh lah lagi. Menyesal aku ikut kau." Badan dibaringkan semula pada katil selepas puas dia tibai Aniq. Ikutkan hati nak aja dia sambung sampai lunyai. Ubat tahan sakit tadi membuatkan mata dia berat. Lengan direhatkan atas kedua mata. Baru sahaja luka kesan koyak pada lengan nak baik, tambah lagi luka pada tempat lain. Mujur tak ada pendarahan beku atau kecederaan teruk di kepala.
YOU ARE READING
Peluang Kedua Buatku | ᥴ
RomanceIn editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai kehidupan. Haura dibiarkan terkontang kanting di dalam masyarakat, dibiarkan sendiri mencari tujuan...