Part 31

88.6K 4.3K 756
                                    

"Abang." Bahu suami dicuit. Dari tadi fokus betul dengan siaran langsung perlawanan bola di iPad. Dipulaukan sahaja si isteri yang sedang baring disebelahnya.

Ingatkan, bila diajak Amsyar baring satu katil dengan dia, dapatlah dia berborak lama hingga terlelap. Ini tidak, terpaksa berkongsi perhatian pula dengan bola.

"Abang!" Bila panggilan kali pertama tidak diendahkan, sengaja Haura menguatkan sedikit suaranya.

"Ye, sayang. Haura nak apa?" Sesaat sahaja kepala ditoleh pada Haura sebelum dibawa semula ke skrin iPad.

"Ish! Haura nak borak dengan abang!"

"Abang tengok bola sekejap, sayang. 20 minit lagi half time. Kejap eh." Sempat Amsyar mengusap pipi isteri biarpun mata masih terkunci pada perlawanan bola.

"Haura nak tengok juga, boleh?"

Lengan Amsyar dibawa pada belakang bahu Haura, didakap erat sambil menyandarkan belakangnya pada katil yang telah dinaikkan sedikit. "Haura faham ke?"

"Tak! Tapi nak tengok juga." Haura yang melentokkan kepala atas bahu Amsyar juga terjebak dengan siaran langsung pada skrin iPad suami. "Abang suka mana?" Dia hanya nampak dua tim, satu merah, satu biru.

"Abang suka yang biru." Balas Amsyar sambil ibu jari mengusap pinggang Haura.

"Haura suka yang merah lah kalau macam tu!"

"Confirm tim Haura kalah. Tengok kejap lagi. Sayang jangan nangis pula." Biasanya sebelum kahwin, dia akan lepak dekat mamak dengan Amsyar bila ada sahaja perlawanan bola. Kadang sehinggakan tengah malam. Sejak jadi suami orang, lebih seronok pula tengok dengan isteri biarpun semua perlu diterangkan.

"Eh? Kenapa tak jadi gol? Kan bola tu masuk?" Penat sahaja Haura bersorak riang tadi.

"Offside, sayang."

"Oh.." Dua tiga kali mata Haura berkelip. Entah apa yang dimaksudkan Amsyar. "Offside tu apa?"

"Pemain tu melebihi tim lawan punya pemain. Haura nampak tak tu? Kan dah terlebih." Ikutkan lebih rumit tapi penjelasan diringkaskan.

"Tak boleh lebih?"

"Tak boleh, sayang." Sekali sekala dikucup tepi kepala Haura biarpun fokus masih pada bola.

"Kenapa? Sama je kalau lebih pun?"

"Tak boleh lah, Haura. Tak adil. Senang lah nak menang kalau macam tu. Gol!" Belum sempat dia hendak meraikan, Haura bersuara.

"Hari tu kan, abang.."

"Ye, sayang?" Suara daripada iPad tadi diperlahankan, genggaman tangan yang hendak dibawa ke atas kepala tadi dileraikan semula.

"Tak ada apalah.."

"Cakap, Haura. Kenapa?" Bunyi daripada iPad menjadi latar belakang perbualan mereka berdua.

"Nanti Haura kacau abang tengok bola.."

Ketawa kecil Amsyar. Rasanya dari awal tadi sudah diganggu. "Tak apa, dengar isteri abang bercerita lagi seronok."

"Hari tu, Ameera datang rumah. Mama cakap, abang pernah berniat nak jadikan Ameera isteri. Betul ke?" Perempuan, selagi tak bercakap, tak bertanya soal tu, sampai ke sudah lah akan terfikir. Daripada dia simpan, baik dia tanya sahaja terus dah alang-alang Amsyar dengan dia sekarang.

"Seumur hidup abang, satu je nama perempuan yang abang pernah sebut dekat mama dengan abah. Haura Mikayla. Abang tak tahu kenapa mama cakap macam tu tapi demi Allah, tak pernah terdetik dalam hati abang untuk bina masjid dengan sesiapa melainkan dengan awak, sayang." Raut wajah Haura yang tersenyum malu membuatkan Amsyar tertawa kecil.

Peluang Kedua Buatku | ᥴWhere stories live. Discover now