Part 32

88.6K 4.5K 1.3K
                                    

"Ulang balik, mama. Ulang balik apa yang mama cakap tadi. Mama cakap pasal Haura, menantu mama kan? Mama cakap pasal isteri Am, bukan?"

Puan Khadijah yang tadinya berwajah kelat terus bangun memeluk tubuh anak terunanya. "Rindunya nak peluk anak mama ni.."

"Jawab, ma. Jawab soalan Am." Biarpun marah, tetap dibiarkan Puan Khadijah memeluk badannya dengan erat biarpun dia tak mampu untuk membalas pelukan tersebut seperti selalunya.

Puan Khadijah hanya diam, namun tangan masih memaut lengan Amsyar. "Awak tak sepatutnya curi dengar perbualan mama, Amsyar."

"Kenapa? Sebab mama tak nak Am tahu mama kurung isteri Am? Biar dia kebuluran? Ma, Am—" Nafas dihela. Takut terlepas cakap sehinggakan dia terlupa siapa wanita di depannya sekarang. Marah, tapi lebih pada kecewa. Kecewa yang terlampau kerana sewaktu Puan Khadijah bercakap tentang Haura, tiada nada sesal biarpun sesaat. Andai waktu Amsyar dengar kata-kata tadi keluar dari bibir Puan Khadijah dan diselitkan dengan rasa kesal, rasa belas kasihan, mungkin masih ada perkataan maaf dalam kepala Amsyar sekarang.

"Tergamaknya mama buat Haura macam ni, ma. Kalau mama benci dia sangat, mama jangan hukum dia seorang. Mama hukum Am. Mama ambil pisau, mama tikam je Am ni sampai puas hati mama." Ikutkan hendak sahaja dia teriak. Peritnya bila terpaksa menahan diri biarpun perasaan hampa memakan diri.

"Amsyar! Mama benci dia bersebab. Kalau dia pandai jaga diri, tak akan jadilah semua benda ni!"

"Selama ni Am diam, ma. Mama perli dia, sindir dia depan Am, Am diam sebab bagi Am, tak apalah mungkin ni ujian Allah nak bagi tapi Am tak boleh terima mama buat Haura tak lari macam binatang, ma. Am nak tanya mama. Seumur hidup mama, mama tak pernah buat dosa ke? Mama rasa dosa yang mama pernah buat, Allah dah ampunkan ke?" Kabur penglihatan Amsyar saat air mata mulai memenuhi kelenjar mata.

"Dosa mama dengan dosa dia, tak sama, Amsyar. Jaga mulut kamu." Tegas Puan Khadijah.

"Memang tak sama, ma. Darjat kita di sisi Dia pun tak sama. Mama nampak dosa dia tapi pernah tak mama fikir berapa kali dia sujud minta ampun dekat Allah. Sepanjang Am dekat pangkalan, hari-hari hati Am rasa berat sangat, ma. Tapi Am fikir kenapa nak risau sangat. Mama mesti jaga Haura macam mana mama jaga Am, kan. Penuh kelembutan, kasih sayang. Tak pernah terbayang dalam hidup, mama sanggup dera isteri Am sampai macam ni. Kalau mama tak boleh terima dia sangat, biar Am bawa dia pergi. Am minta maaf bagi pihak Haura sebab jadi beban untuk mama selama ni. Sepatutnya dari awal, kalau mama tak nak dia dekat sini, mama bagitahu Am."

"Kalau kamu tahu mama tak suka dia, kenapa kamu suruh dia datang sini. Sengaja, kan, Amsyar? Sengaja nak suruh dia jadi mengampu. Sedangkan Am sendiri tahu mama tak bersedia nak terima dia." Puan Jenab dan Puan Maria yang dari tadi mendengar setiap butir pertengkaran hanya diam membisu.

"Haura yang minta izin Am untuk datang rumah, teman mama sebab dia tak nak mama seorang diri. Am tak izinkan tapi dia berkeras nak temankan mama. Katanya nanti mama sunyi, tak ada kawan berborak. Dia datang sini sebab nak ganti tempat Am buat sementara waktu. Dia datang sini sebab mama pernah bagitahu dia yang mama teringin sangat nak ada anak perempuan. Dia datang sini sebab dia nak luangkan masa dengan mama, mertua dia sendiri."

Luruh juga air mata Puan Khadijah bila dengar akan penjelasan Amsyar biarpun dia masih belum tulus menerima Haura dalam keluarga ni.

"Kalau mama benci sangat dengan Haura, tak apalah, ma. Am rasa panjang lebar Am cakap pun, mama masih nak tumpu pada dosa dia. Daripada Am terlepas cakap, Am derhaka dengan mama, Am rasa lebih baik Am jauhkan diri, Am bawa Haura pergi."

Lengan anak tunggalnya dipaut, menitis laju air mata jatuh ke pipi Puan Khadijah. Berderau darahnya bila Amsyar seolah membawa diri tanpa niat untuk menoleh ke belakang. "Amsyar, jangan tinggalkan mama, Am.. mama merayu dekat Am. Jangan tinggal mama."

Peluang Kedua Buatku | ᥴWhere stories live. Discover now