Part 30 (edited)

83.8K 4K 377
                                    

Waktu Haura telefon pagi tadi, Hawwas masih lagi atas katil. Dia tak ada niat nak ke mana-mana hari ini jadi semalam, pukul empat ke lima pagi barulah selesai dengan PS5. Bila risaukan soal adik bongsu, tak sempat nak fikir soal pakaian. Hawwas sampai di rumah Amsyar dalam keadaan terkocoh-kocoh dengan single dan seluar pendek.

Ding dong!

Ding dong! Ding dong!

"Bukalah cepat. Apa yang lambat sangat ni." Berkali-kali Hawwas tekan loceng rumah dan dalam masa yang sama menoleh kiri dan kanan. Risau jika dilihat orang lain, jatuh pula imej dia. Dalam hati terdetik jika tiada siapa yang buka pagar rumah ni, dia panjat sajalah. Kena saman atau tangkap, fikir kemudian. Sekali lagi loceng dibunyikan, barulah daun pintu terbuka. Lambat nak tunggu pagar terbuka luas, Hawwas meluru masuk di antara celahan.

"Cik, bagi saya jumpa Haura kejap." Belum diberi izin lagi, Hawwas telah buka selipar.

"Tunggu mak cik panggil dia."

"Tak payah, tak payah. Biar saya je masuk jumpa dia. Tumpang lalu. Tepi sikit, cik." Tak ada masa nak tunggu jawapan dari Puan Khadijah, diceroboh sahaja rumah orang. Mujur dia pernah datang lepak. Tak adalah terpinga-pinga nak mencari. Laju kakinya melangkah naik ke bilik Amsyar.

Tolak sahaja daun pintu, Hawwas nampak Haura duduk meringkuk, bersandar pada katil dalam keadaan pucat lesi. Melekap beberapa helai rambut pada dahi Haura yang basah dengan keringat.

"Haura, kenapa ni?" Pipi Haura ditepuk lembut untuk mendapatkan perhatian.

"Nak ubat tahan sakit.."

"Tak ada. Ubat tahan sakit tak ada. Abang bawa pergi hospital, jom. Haura boleh bangun tak?" Hawwas pegang lengan si bongsu.

"Tak nak..Haura nak ubat..." Biarpun Haura masih dalam keadaan sedar, penglihatannya kabur. Nak tolak dirinya untuk bangun juga susah.

"Abang tak bawa ubat, Haura. Kita pergi hospital je. Cik, kenapa dengan Haura ni?" Puan Khadijah yang bercekak pinggang pada pintu bilik akhirnya ditegur Hawwas. Haura memang selalu tak jaga makan. Banyak kali juga diserang gastrik tapi tak pernah lagi dia lihat Haura teruk sebegini.

"Salah makan agaknya." Cepat Puan Khadijah menjawab sebelum dia melangkah turun.

"Abang...perut Haura sakit..." Kuat Haura mencengkam bahagian perutnya apabila sakit mulai datang semula.

"Kita pergi hospital."

"Haura tak nak pergi hospital! Haura nak ubat tahan sakit je..."

"Aku lah kan—degil betul lah dia ni!" Hawwas jentik lembut dahi Haura. Dalam cuak, dia geram juga dengan si bongsu. Tajam pandangannya. Sakit-sakit pun nak mengarah, degil. Hawwas berkeras juga, lengannya dibawa pada bahu dan kaki Haura, tubuh lemah itu diangkat.

Turun ke bawah, dia nampak Puan Khadijah duduk di ruang tamu, meneguk air the. Bukan nak tuduh melulu. Dia juga sudah kenal Puan Khadijah sejak kecil. Tapi, dari lagak wanita itu. Tidak zahir langsung rasa resah sedangkan dia yang baru nampak keadaan Haura terus rasa tidak senang duduk.

••

Selesai sahaja sesi pertama, telefon bimbit terus dicari Amsyar. Dari pagi dia hendak menghubungi Haura namun celik sahaja mata, dia perlu terus lapor diri. Sesaat pun dia tidak diberi kelapangan untuk pegang telefon.

Suara isteri yang dinanti namun hanya disapa dengan peti suara. Dua tiga kali nombor Haura didail, satu pun tidak diangkat. Boleh jadi Haura tak berapa lena semalam, itu yang tidak sedar lagi sekarang. Nombor mama pula yang menjadi harapan. Amsyar bawa telefon ke telinga, tangan kirinya mengusap dahi yang berkerut. Beberapa kali berdering, akhirnya dengar juga suara Puan Khadijah menyapa.

Peluang Kedua Buatku | ᥴWhere stories live. Discover now