~35~

143 11 2
                                        

Alhamdulillah...beberapa jam di dalam kereta akhirnya tiba di destinasi yang tidak sabar untuk sampai. Walaupun bukan Hayfa yang memandu tapi dia terasa lengguh badan dan sakit pinggang dengan perutnya yang sudah membesar itu lagi lah dia tidak selesa.

Mereka tiba di rumah walid Hayfa sudah hampir waktu senja. Puan Suraya sudah membebel kerana mereka sampai agak lewat. Dia bebel sebab risaukan mereka. Sudahlah mereka semua perempuan, apa pun bersyukur kerana selamat sampai.

Hanis dan Lia bantu mengangkat bag pakaian mereka, Hayfa pula sibuk mahu menolong tapi sayangnya Lia tidak bagi dia suruh Hayfa masuk rumah terlebih dahulu.

"Kak Lia masuk dulu yang lebih ni biar Hanis angkat." Ucap Hanis. Dia perasan banyak barang yang ada di tangan Lia jadi biar dia pula bawak barang yang masih tertinggal di dalam bonet kereta.

Hanis angkat bagasi yang ada dalam bonet agak berat hampir tertumbang Hanis kebelakang nasib dia sempat pegang tepi kereta.

"Beratnya...ni memang kak Hayfa tak nak balik Kuala Lumpur ke semua baju dia angkut bawak balik." Gumam Hanis seorang diri. Dia masih gigih mahu angkat lagi satu bag.

Hanis sudah mengangkat bag lagi satu yang ada di dalam bonet dia mahu tutup bonet kereta tapi bag yang dia pegang terlalu berat jadi dia binggung mahu tutup bonet macam mana?

"Lain kali kalau tak boleh bagitahu minta tolong dengan orang." Ucap suara garau entah dari mana tiba-tiba saja muncul. Hanis pandang siapa gerangan orang itu. Sekali pandang rupanya lelaki yang sudah lama Hanis tidak jumpa.

"Dia yang tiba-tiba datang mana orang nak nampak ada manusia dekat kawasan sini tambahan lagi waktu maghrib macam ni." Ucap Hanis dengan nada perlahan.

"Ha? Apa kau cakap? Aku tak dengar kurang jelas." Ucap Haiman. Dia berdiri di belakang Hanis dengan menyelaraskan tinggi mereka.

Hanis terkejut suara Haiman sangat dekat dengan dia terus Hanis berlari dengan bawak bag beratnya nasib dia tidak jatuh. Geram betul dengan mamat tu.

Haiman terlepas tawanya melihat Hanis kelam kabut begitu.Haiman bawakan bag bagasi Hayfa berwarna pink itu masuk ke dalam rumah.

"Lamanya bag Hayfa sampai? Buat apa dekat luar lama-lama?" Ucap Hayfa sambil mencekak pinggangnya.

"Tadi ada monyet mana tah dia nak bawak bag kau tapi berat tu dia tinggal macam tu je dekat luar." Ucap Haiman dengan selamba dia buat muka tidak
bersalah kata orang monyet.

Hanis jeling Haiman yang ada baru saja duduk di sofa ruang tamu itu.Kalau bukan sebab dia, bagasi tu dah ada dekat dalam rumah.

"Haiman! Hang tak reti nak mandi? Berapa minit je lagi nak masuk waktu maghrib. Hang tu baru balik dari joging kut ada benda yang ikut balik." Bebel encik Hariz.

Haiman turut kata encik Hariz dia bangun dari duduk mengorak langkah ke biliknya. Encik Hariz pandang Hayfa. "Hang pun sama pi mandi,boleh kita solat jemaah sekali." Ucap Encik Hariz.

Hayfa senyum dengan muka tak bersalah dia juga mengorak langkah menuju ke biliknya. Hanis juga turut sama ikut langkah Hayfa.

"Lagi dua bulan hang dah nak jadi ummi. Dah tahu ka nama apa yang nak bagi dekat anak hang? Dah sedia ka nak jadi seorang ummi yang kuat dan tabah?" Soal Haiman. Sudah lama dia tidak jumpa Hayfa hampir tiga bulan disebabkan dia sibuk dengan kerjanya.

"Nama semua dah ada cuma tabah tu mungkin perlukan semangat dari hampa semua. Dah tujuh bulan berlalu bukan mudah tapi siapa sangka Hayfa mampu tabah dan kuat walaupun kadang-kadang rasa sedih dan rindu tu hadir menyebabkan Hayfa lemah." Ucap Hayfa. Air matanya sudah mengalir di pipi. Dia rindu Hawwas.

KAPTAIN ITU SUAMI AKU {OG}Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang