KAKI pantas dihayun berlari masuk ke dalam tandas sebaik merasakan tekaknya mual-mual. Qastury memuntahkan segala isi perut sarapan pagi yang dimakan pagi tadi ke singki.
Berkali-kali dia muntah. Sudah dua hari dia merasakan perkara yang sama. Tubuhnya lemah, kepalanya sakit dan badannya sakit-sakit sekali. Senang kata, badannya tidak sedap sejak kebelakangan ini.
Dia langsung tidak boleh pergi bekerja. Nasib sahaja syarikat adalah milik daddy. Langsung daddy tidak kisah jikalau dia ada atau tiada.
"Puteri? Puteri okay ke?" Mak Lila muncul di hadapan pintu bilik airnya. Risau dia melihat anak majikannya itu yang muntah-muntah sedari dia terdengar dari luar bilik gadis itu yang tidak bertutup tadi.
Qastury mencuci mulutnya dan singki. Dia memandang kosong cermin dengan mata yang tajam sebelum menjeling Mak Lila yanv merupakan orang gaji dan penjaganya sejak dia kecil.
"Mak Lila ni sibuklah! Ada Puteri cari Mak Lila ke? Keluar!" dia memekik menjerit kepada orang tua itu. Mak Lila terasa dijerkah dan pantas membawa diri keluar daripada bilik tersebut.
Hati tuanya amat terasa akan sikap Qastury yang berubah sejak meningkat dewasa. Sejak si gadis mempunyai pelajaran tinggi di luar negara. Perkara itu membuatkan Qastury sering kali memperlekehkan semua orang yang lebih rendah daripadanya.
Kaki dihayun keluar daripada tandas dengan langkah longlai. Dia melabuhkan punggung di katil dengan mencari nafasnya semula. Sesak dia apabila muntah tadi.
Telefon pintar berjenama IPhone 15 itu dibuka. Casing telefon comel bercorakkan panda itu dipakai pada telefonnya dipegang kemas. Aplikasi Meet You dibuka.
Dia menganalisis jadual haid miliknya. Berkerut dahinya tatkala melihat jadual tersebut yang sepatutnya dia seharusnya sudah datang haid waktu ini. Tidak pernah dia ada masalah datang bulan.
Wajahnya mula pucat lesi. Teringat pula dia pada malam dia bersama dengan Rayza di kelab malam itu.
- RAEES QASTURY -
Meja dilap Puan Intan sebaik dia selesai mengemas bersama Mak Lila. Tangan dicuci dan dikeringkan lalu membawa langkah ke ruang tamu untuk berehat.
Matanya memandang Qastury yang melangkah menuruni tangga pantas dengan wajah yang ketat. Saat dia mahu memintas ibunya, Puan Intan pantas memegang tangan itu lalu ditahan. Qastury menoleh memandang wajah si ibu.
"Amboi? Tak nampak mummy ke? Ini nak kemana? Kata Mak Lila Puteri tak sihat muntah-muntah lagi" dia memandang wajah Mak Lila yang tiba di belakang Puan Intan. Geram rasanya bila wanita itu semua perkara mahu memberitahu mummy.
"Puteri nak keluar. Jumpa Rayza"
"Hari-hari nak jumpa Rayza dah kenapa? Mummy tak sukalah Puteri kawan dengan budak tu" Qastury mengguling mata menyampah. Ayat yang sama dia dengari dari mulut Puan Intan.
Apa? Rayza itu jahat sangatkah?
"Mummy tak suka tapi Puteri suka. Dah la, Puteri pergi dulu" dia segera menyalami tangan Puan Intan lalu membawa langkah pergi.
"Jangan balik lambat! Daddy marah nanti!" dia melaung kuat namun tiada langsung respon Qastury. Puan Intan mengeluh kecil di sisi Mak Lila.
"Apa nak jadilah dengan budak bertuah ni. Saya ke salah didik anak sendiri, Kak Lila?" wajah tua pembantunya dipandang dengan rasa sungul. Mak Lila mengusap tangan Puan Intan yang memegang tangannya tadi.
"Puan tak salah. Puan dah didik Puteri tu dah baik Kak Lila tengok. Cuma dia sahaja yang pilih jalan sendiri" dia memujuk. Puan Intan mengeluh lagi memandang kereta mini cooper Qastury yang keluar dari perkarangan rumah agam mereka.
- RAEES QASTURY -
Qastury turun daripada katil pemeriksaan sebaik dia selesai berjumpa dengan doktor. Dia membawa langkah untuk duduk di kerusi di hadapan doktor tersebut.
Jantungnya berdetak kuat berdebar saat ini.
"Macam mana doktor? Saya risau sebab saya tak pernah ada masalah period ni" Qastury bersuara. Doktor wanita itu memandangnya sebaik melihat analisis dan buku rekod pesakit.
"Apa yang saya boleh kata, puan okay. Cumanya sekarang puan mengandung. Itu yang puan tak datang period" berubah air muka Qastury saat ini. Berkedip matanya tidak percaya.
"S... saya mengandung? I'm pregnant?" doktor itu mengangguk mengiyakan. Qastury melepaskan nafas tidak sangka. Apa yang perlu dia lakukan?
Kaki dihayun lemah keluar daripada bilik rawatan itu. Rayza yang sedang duduk bermain permainan video dipandang sebelum melabuhkan punggung di sisi lelaki itu. Perasaan geram dan marah pada lelaki itu saat ini menyelubungi diri.
"You"
"Hm?" itu sahaja responnya tanpa langsung memandang Qastury. Matanya hanya fokus pada permainan video di tangan. Qastury mengetap rahang geram lalu merampas telefon itu daripada tangan lelaki itu.
"Apa you ni? Bagi balik!" Rayza mengawal suaranya bila dia hampir tidak sengaja menjerit tadi. Mata Qastury menikam mata itu saat ini. Lelaki itu mengalah sahaja.
Tahulah kenapa gadis kesayangan ini marah.
"Hm? Doktor kata apa?"
"I'm pregnant" tergamam Rayza dibuatnya. Dia gelak menutup rasa gelisah di dalam hati. Kepala digelengkan menidakkan apa yang dia baru dengar saat ini.
"Merepeklah"
"Merepek kepala you la! I'm pregnant, Ray! Of course la anak you. Siapa lagi?" Rayza menggeleng-geleng lagi. Qastury memeluk lengan itu dengan wajah risau.
"You kata you sayang I kan? Apa kata you jumpa family I? Kita kahwin. Boleh tutup masalah ni" Rayza tertawa sambil menarik tangannya dari dipegang gadis itu. Tergamam Qastury dibuatnya.
"I tak pernah nak terfikir kahwin dengan you, Puteri. Entah-entah you yang pregnant anak lelaki lain. Mana you tahu itu anak I?" Qastury tergamam. Dia memandang Rayza yang sudah membawa langkah pergi.
Qastury mendengus nafas geram. Pantas dia bangun mengejar langkah lelaki itu dengan rasa marahnya. Tak akan habis cerita ini kalau Rayza terus-terusan buat masalah!
YOU ARE READING
BIAR WAKTU MENENTUKAN KITA
Romance06| BIAR WAKTU MENENTUKAN KITA MUHAMMAD ARJUNA RAEES | PUTERI NUR QASTURY "sabar yang terbaik akan datang pada hujung waktu jadinya jangan terkejar" Hidup kucar-kacir kerana tidak meletakkan Tuhan itu satu-satunya yang pertama dalam hidup. Begitul...