CHAPTER 3

59 2 0
                                    

          DIA menjerit menghambur marah saat Rayza langsung tidak mengangkat panggilannya. Sudah berhari-hari dia langsung tidak dapat bertemu dengan Rayza.

Sudah dia keluar mencari lelaki itu di rumah lelaki itu sendiri namun jawapan yang dia dapat, Rayza sekeluarga tiada di rumah. Bila ditanya kepada pembantu rumah itu, wanita itu tidak boleh memberitahu kerana ini adalah hal peribadi keluarga.

Apa yang peribadi sangat sehingga menghilangkan diri?

Tangisan dihambur sambil memeluk lututnya erat. Digigit kuku dan dicengkam rambutnya kuat memikirkan solusi yang lain. Mahu lari daripada rumah, dia mahu kemana? Kalau dia nekad akan keputusan itu, sudah pasti nanti Encik Qudsi akan membuangnya terus.

Lelaki itu kalau dah nekad, nekad sungguh akan keputusannya. Dia tidak mahu kehilangan dan kemewahan ini.

"Ray! Rayza! You kat mana?!" dia menjerit lagi lalu melempar telefon bimbitnya ke dinding sehingga hancur berderai. Tangisan dihambur sepuasnya sehinggalah dia terlena sendiri.

- RAEES QASTURY -

Dia memandang kosong makanan yang dihidang untuknya di meja makan. Hanya ada mummy dan Mak Lila yang berada di meja makan. Memang setiap kali makan, Puan Intan dan suaminya akan selalu mengajak wanita itu turut serta sama makan bersama mereka.

Encik Qudsi? Dia sendiri tidak tahu. Hari ini sudah hari jumaat. Ada masa dua hari lagi dan dia tahu dia tidak akan jumpa Rayza untuk memaksa lelaki itu bertanggungjawab.

"Makan Puteri. Kalau tak lapar pun, fikirkan budak yang tak berdosa dalam perut Puteri tu" Puan Intan bersuara. Qastury sekadar diam dengan dunianya sendiri seolah tiada perasaan.

"Puan. Harini mereka nak pasang khemah pukul berapa? Boleh saya siapkan makan untuk orang pasang khemah tu nanti" Mak Lila bertanya. Segera si gadis menoleh dengan kerutan memandang Mak Lila dan Puan Intan silih berganti.

"Lepas asar, Insya Allah. Nanti Encik Qudsi pun akan balik awal nak tengok orang pasang khemah tu. Dialah paling excited nak uruskan hal ni" Puan Intan tersenyum. Qastury masih diam mendengar. Air kosong diteguk sehingga separuh gelas.

"Khemah? Untuk apa?" dia bersuara bertanya. Puan Intan memandang anak gadisnya yang seperti tidak serupa orang. Bawah matanya bengkak mungkin kerap kali menangis.

"Daddy nak buat majlis doa selamat sempena kami nak pergi umrah esok. Esok semua ada. Adik-beradik daddy, adik beradik mummy sekali. Esok jangan Puteri keluar pula. Duduk rumah je ye?" terang Puan Intan.

Dia mengguling mata menyampah. Susu suam buatnya diminum sehingga licin sebelum dia bangun dari duduknya. Puan Intan dan Mak Lila memandangnya saat gadis itu bangun dari duduknya.

"Puteri? Makanan tak luak pun"

"Tak lapar" dia berkata acuh tidak acuh sebelum dihayun kaki untuk ke tingkat atas. Puan Intan dan Mak Lila sekadar mengeluh sahaja.

- RAEES QASTURY -

Alunan bacaan doa selamat dimulakan. Pecah hening sunyi di ruangan tamu mewah ini dengan bacaan yang diketuai oleh imam masjid yang dijemput hadir oleh Encik Qudsi sendiri.

Qastury sekadar berdiri di tingkat atas memandang ke arah bawah. Dia mendengus kecil. Selendang yang menutup kepalanya itu dinaikkan saat terjatuh meleret dari bahu.

Dia memberi alasan untuk tidak menyertai kerana sakit kepala. Melihat ramai orang, bertambah lagi sakit kepalanya. Badannya lemah kerana mual-mual pagi tadi. Langkah dibawa masuk ke dalam bilik untuk berbaring seketika.

Selesai majlis, diiringi pula sedikit juadah yang dihidangkan buat tetamu. Ramai tetamu sudah mengambil hidangan mereka lalu mengambil tempat di meja luar di bawah khemah. Ahli keluarga yang lain sibuk berbual di dalam sesama sendiri penuh mesra.

BIAR WAKTU MENENTUKAN KITA Where stories live. Discover now