SURAH Yassin dibaca dihadapan pusara arwah Raihana penuh khusyuk dan tawadhuk. Dia menyudahkan bacaannya usai lima minit mengaji di situ.
Pusara batu itu diusap manis. Raees tersenyum kecil. Cukup rindu dia akan arwah kembarnya yang sudah lama meninggalkan dia sendiri di dunia ini.
“Sanah helwah, Arisa Raihana” dia mengucapkannya dengan senyuman. Tiga kuntum ros merah yang dibelinya tadi diletakkan di atas pusara itu sebaik bunganya dikeluarkan dari balutan surat khabar itu.
“Aku beli sebab kau kan suka bunga. Tapi aku beli tiga kuntum jelah sebab aku kedekut dengan kau” dia berkata seraya tertawa.
Satu kek cawan dikeluarkan daripada plastik. Dia mencucuk lilin di atasnya dengan pelbagai rasa. Lilin itu segera dinyalakan dan tidak semena air matanya sedikit mengalir. Pantas dia menyeka.
“Sanah helwah, Arjuna Raees” ucapnya sendiri mengantikan ucapan Raihana yang sudah lama dia tidak dengari. Lilin ditiup olehnya sebelum kek cawan itu dikunyah dengan air mata.
Kalau dahulu semasa Raihana masih hidup, dia akan menyambut hari lahirnya bersama-sama gadis itu. Pada kali ini dia menyambut seorang diri.
Memang sudah kebiasaan dia menyambut sendiri sejak Raihana tiada. Namun rasa sedih dan sebak itu tidak kurang. Malah lebih sebak dan lebih lagi.
“Aku rindu kau, Rai...”
- RAEES QASTURY -
Qastury menghidangkan makanan ke atas meja usai selesai memasak. Dia memandang suaminya yang duduk santai bermalasan di ruang tamu menonton televisyen.
“You? Jom makan” ucap Qastury. Rayza yang mendengar segera berpaling. Dia bangun daripada duduk dan mengambil tempat di meja makan.
Kecur liur dia dibuatnya tatkala melihatkan hidangan yang dimasak Qastury. Nasi diberi kepadanya dan dia segera mengambil lauk pauk yang ada lalu diletakkan di atas pinggan untuk menikmati makanan.
“Ray? Doa dulu” tegur Qastury. Rayza memandang isterinya yang sedang memandangnya. Dia menghela nafas kecil dan menadah tangan untuk membaca doa.
Usai mengaminkan doa, dia segera menjamah makan tengah harinya. Qastury juga berbuat perkara yang sama. Cawan minuman sejuk diberikan kepada si suami yang berdiam sahaja daripada tadi.
“Semalam balik lambat. Banyak ke kerja kat office?” tanya Qastury mahu mengajak suaminya bersembang. Rayza mengangguk bersahaja. Qastury tersenyum kecil.
“Kenapa tak bawa je kerja tu balik rumah?”
“Banyak. Daripada bawa balik baik buat terus kat sana” jawab Rayza berbasa-basi. Qastury sekadar mengangguk. Dia mengigit bibir bawah bila melihat suaminya itu sedang bermuram dan bermasam muka.
“You ada masal--”
“Puteri! Boleh senyap? Kenapa banyak sangat tanya ni?” Rayza memarahi. Qastury agak tersentak saat ini. Dia menunduk diam menjamah makanannya.
Hatinya amat terasa apabila dimarahi Rayza. Kini perkahwinan mereka sudah hampir sebulan. Alhamdulillah semuanya indah-indah berlaka pada awalnya. Sejak akhir-akhir ini Rayza asyik berdiam dan banyak memencilkan diri. Entah kenapa dia sendiri tidak tahu.
Rayza mengeluh kecil. Dia memejam mata seketika dan mengambil tangan Qastury lalu diusap kecil.
“I minta maaf. Tak sengaja tengking you” Qastury menaikkan pandangan. Dia memandang Rayza dengan reaksi risau. Lelaki ini ceria sahaja sebelum ini kenapa sejak akhir-akhir ini seolah serabut sahaja?
YOU ARE READING
BIAR WAKTU MENENTUKAN KITA
Romance06| BIAR WAKTU MENENTUKAN KITA MUHAMMAD ARJUNA RAEES | PUTERI NUR QASTURY "sabar yang terbaik akan datang pada hujung waktu jadinya jangan terkejar" Hidup kucar-kacir kerana tidak meletakkan Tuhan itu satu-satunya yang pertama dalam hidup. Begitul...