CHAPTER 13

29 2 0
                                    

          PUAN Intan yang duduk di atas katil dipandang seketika usai dia keluar daripada kamar mandi untuk membersihkan diri. Jam di telefon dilihat seketika. Sudah 2.31 tengah hari.

“Intan. Harini ada call Puteri?” dia bertanya usai melabuhkan punggung di atas katil. Puan Intan menggeleng berkata tidak. Susah sekali mahu menghubungi anaknya itu kerana di Qudratul Hasanah tidak dibekalkan telefon sama sekali.

“Intan tak call dia lagi. Lagipun sekarang Roshdi dengan Rohaya tak ada kat rumah tu. Ada urusan di luar. Susah nak bagi pinjam phone pada Puteri. Intan pun rasa bersalah menyusahkan Rohaya pula” dia menghela nafas kecil. Puan Intan memandang wajah suaminya yang tunduk sayu.

Entah mengapa suaminya ini nampak bermuram durja sahaja.

“Abang nak call Puteri ke?” dia mengangguk dengan senyuman kecil. Hati mula rindu akan suara anak tunggalnya itu. Itu sahajalah anak yang dia ada.

Rasa bersalah pada Qastury sebelum ini kian menebal. Dia gagal mendidik seorang anak sedangkan anak itu seorang sahaja yang dia ada. Tengok sahajalah, anaknya kini mengandung anak luar nikah.

Dia sudah berbincang dan mengatakan isu ini kepada keluarga Rayza usai dapat ditemukan di luar negara. Di Melbourne. Sungguh! Mereka tidak mahu bertanggungjawab sama sekali kepada anaknya. Mahu dibuat laporan polis, nasi sudah menjadi bubur.

Dia pun tidaklah mahu anaknya hidup bersama dengan lelaki jahanam seperti itu. Sudah cukup lega dia dapat tahu yang Qastury sudah banyak berubah daripada sebelum ini atas khabar rakannya, Encik Roshdi.

“Abang rindu dia”

“Ahad ni kita akan jumpa dia. Intan tak sabar nak bagi barang-barang yang kita beli kat sini untuk dia. Mesti dia suka” Puan Intan berkata teruja usai melihatkan barangan yang dibelikan untuk Qastury diletakkan di atas meja.

Puan Intan duduk mendekat dengan suaminya. Lengan suaminya dipegang dan diusap lembut. Jelas wajah itu sedanh menangung rindu kepada satu-satunya tuan puteri yang ada.

“Kalau abang nak call dia, nanti kita call ye? Intan ada nombor Raees. Anak bujang Roshdi dengan Rohaya. Kata Rohaya, selalu juga Raees dengan adik kakak dia dengan Puteri” dia bercerita. Mendengarkan hal itu membuatkan dia lega dan tersenyum. Kepala mengangguk kecil memandang si isteri yang setia bersamanya.

“Insya Allah... nanti kita call dia”

- RAEES QASTURY -

Qastury berdiri di hadapan cermin biliknya. Dia memandang dirinya dari atas ke bawah menilik tubuh badannya yang semakin berisi. Nafas dihela perlahan sambil mengusap permukaan perut sendiri. Dipandang perut itu dengan bibir diketap.

Pelbagai rasa. Ye... itu sahaja yang dia boleh rasakan sekarang. Entah mahu dikatakan anak ini satu beban atau cahaya sinar dalam hidupnya dia sendiri tidak tahu.

“Kak Puteri!” dia menoleh ke arah pintu sebaik terdengar suara Riya yang memanggilnya dari luar bilik. Pantas dia menguak pintu. Senyuman dibalas buat gadis yang kini dihadapannya.

“Ye Riya?”

“Abang Raees panggil. Jumpa kat bawah” kata Riya. Qastury berkerut hairan. Dia memandang jam pada waktu kini yang sudah pukul 9.20 minit malam. Selepas sahaja menunaikan solat isyak di musolla, pantas dia masuk ke bilik untuk berehat.

"Sekarang?”

“Hm. Sekarang. Abang kata cepat sikit. Dia nak pergi training silat tu” Qastury mengangguk. Riya segera beredar pergi untuk menyambung kerjanya di ruang tamu.

Qastury tidak lama menunggu segera menyarung tudung khimar di kepalanya kemas. Cardigan disarung pada tubuh lalu membawa langkah turun ke bawah dengan perlahan.

BIAR WAKTU MENENTUKAN KITA Where stories live. Discover now