PELUH di dahi dilap menggunakan tuala kecil yang setia terletak di bahunya. Raees menarik nafas sebaik meletakkan makanan buat haiwan ternakan yang berada di Qudratul Hasanah ini.
Dia bersama Imtiyaz muslimin asyik sekali sibuk melakukan kerja membersihkan kandang dan berkebun daripada pagi memandangkan anak-anak yatim yang lain sedang bersekolah.
"Ustaz. Rehatlah ustaz. Daripada tadi buat kerja" seorang Imtiyaz muslimin bersuara melihatkan Raees sedang lelah meneguk rakus air minumnya.
"Saya okay jelah" dia mengukir senyuman. Saat terpandangkan Johan yang duduk di pondok, dia mendekati. Dia meminta diri terlebih dahulu untuk bersama-sama dengan Johan.
Punggung dilabuh di sisi rakannya. Dia melihat wajah muram Johan yang berkerut seribu. Rambut lelaki itu yang sedikit panjang jatuh ke dahi.
"Kau kenapa?" Raees bertanya. Johan menarik nafas panjang. Dia menunjuk cincin yang berada di pegangannya. Serta merta wajah Raees berubah.
Dia amat kenal benar dengan cincin cantik itu.
"Apa pasal kat kau?" tanyanya berdebar.
"Safiyyah nak putus tunang" terbeliak mata Raees. Dia memukul lengan rakannya seolah tidak percaya. Dia tahu ada salah faham sedikit diantara Johan dan Ustazah Safiyyah.
"Ya Allah... dah kenapa?"
"Salah aku ke minta lambatkan sedikit nikah? Aku belum cukup nak tanggung kos majlis. Kau taulah Safiyyah tu..." dia mengadu. Raees menghela nafas berat.
Dia amat kenal sekali bagaimana perangai dan sikap Ustazah Safiyyah yang tua setahun daripada mereka itu. Kuat merajuk dan cepat terasa hati meskipun wanita itu lembut sahaja orangnya jika dilihat.
"Tapi takkan sampai nak putus tunang, Johan?" dia menjungkit bahu tidak tahu. Dia menghela nafas kecil.
"Nantilah aku cakap dengan dia. Kejap je tu terasanya" Raees dan Ustazah Safiyyah seolah sudah menjadi kakak dan adik memandangkan wanita itu rakan baik Ratna.
Jarang sekali Ustazah Safiyyah tidak mendengar nasihat dan kata-katanya.
"Kau dengan Puteri? Macam mana sekarang?" dia bertanya untuk menukar topik. Mahu menenangkan fikiran daripada menyerabutkan kepalanya.
Raees menghela nafas kecil. Soalan itu dia tiada jawapannya. Qastury senyap sekali setelah pergi meninggalkan Qudratul Hasanah. Tiada satu khabar pun daripadanya.
Bahkan... Encik Roshdi dan Puan Rohaya pun tidak mengambil tahu lagi akan Qastury.
"Entahlah" dia menarik nafas panjang memandang tanah lapang yang luas. Dia tidak tahu akan dirinya dan Qastury saat kini. Mereka berkongsi rasa yang sama sepatutnya semakin dekatlah hubungan mereka kan?
Ini semakin jauh. Gadis itu juga senyap sahaja. Dia menghantar mesej pada Mak Lila pun wanita itu tidak membalasnya. Sudahlah dia dan gadis itu boleh tahan jauh juga penempatannya.
Kadang dia terasa mahu melupakan sahaja rasa yang membara di hatinya kini.
"Agaknya tak berjodoh kot"
"Kau patut lamar dia dari awal" kata Johan. Raees berdecit.
"Dia lebih pilih anak dia dari aku. Lagipun anak tu ada ayahnya. Ibu mana yang tak fikirkan anak kan? Aku dah kata pada dia aku boleh terima anak tu juga tapi entahlah..." dia menunduk menekur tanah.
"Mungkin tak ada jodoh" Johan mengusap belakang tubuh rakannya. Dia tahu besar sekali cinta Raees pada Qastury. Gadis itu juga merasakan perkara yang sama.
YOU ARE READING
BIAR WAKTU MENENTUKAN KITA
Romance06| BIAR WAKTU MENENTUKAN KITA MUHAMMAD ARJUNA RAEES | PUTERI NUR QASTURY "sabar yang terbaik akan datang pada hujung waktu jadinya jangan terkejar" Hidup kucar-kacir kerana tidak meletakkan Tuhan itu satu-satunya yang pertama dalam hidup. Begitul...