CHAPTER 21

37 1 0
                                    

          MAK Lila memimpin tangannya keluar daripada klinik. Wajah Qastury berseri selepas berjumpa dengan doktor sebentar tadi. Buku berwarna merah jambu di tangan dipandang penuh gembira.

“Puteri tak sabar bila anak ni lahir nanti” Qastury berkata. Mereka berjalan ke arah kereta. Nafas dihembus perlahan lalu mencucuk kunci pada lubangnya.

“Baguslah... gembira Mak Lila tengok Puteri happy macam ni” kata Mak Lila yang mengambil tempat di sisi pemandu. Qastury bersandar pada kerusi saat merasakan lelah.

Jujur dia kata, mengandung ini membuatkan badannya cepat letih. Ini baru nak masuk dua bulan. Belum lagi bulan-bulan yang mendatang. Entah bagaimanalah keadaannya.

“Puteri nak cari Rayza juga ke?” tanya Mak Lila dengan nada yang risau. Gadis itu menghela nafas kecil dan mengangguk. Dia memandang kosong meter kereta seketika.

“Sebab dia ayah kepada anak Puteri. Walaupun tak sah taraf”

“Kenapa Puteri tak terima je Raees tu? Boleh dia jaga Puteri” tanya Mak Lila ingin tahu. Dia sudah tahu akan kisah Qastury dan Raees yang menyintai sesama sendiri.

Qastury tersenyum hambar. Dia tahu pasti ramai akan tertanya mengapa dia tidak terima sahaja Raees sedangkan lelaki itu baik dan akan menjaganya, membelainya dengan penuh kasih sayang?

“Sebab Raees dan Puteri ni lain, Mak Lila. Memang Puteri cintakan dia dan dia pun rasakan benda yang sama pada Puteri tapi Puteri tak layak untuk dia. Dia boleh dapat perempuan yang lebih layak lebih bagus dan solehah daripada Puteri” jelasnya.

Raees itu umpama kain putih bersih dan suci. Dia pula seperti arang hitam yang amatlah kotor. Andai arang mendekati kain putih, pasti tercemar warna suci nan bersih itu.

Dia sedar diri. Sudah dia berkata hal ini kepada Raees sebelum dia pergi agar tidak berharap kepadanya. Dia tidak mahu lelaki itu terluka bila bersamanya. Zaman kini, kata-kata tajam bak pedang.

Dia tidak mahu ada orang yang akan mengata buruk Raees sekeluarga bila lelaki itu bersamanya. Dia mahu jaga kesucian diri dan maruah keluarga itu. Biar sahajalah dia buruk bukan orang lain.

“Rayza tu boleh bertanggungjawab pada Puteri? Yakin?”

“Sebab tu Puteri kena cari dia. Andai dia tak nak, Puteri boleh hidup sendiri sampai anak ni lahir. Puteri fikir anak Puteri je, Mak Lila” kata Qastury lagi. Mak Lila sekadar mengangguk memandang gadis itu.

“Kalau itu keputusan Puteri. Mak Lila ikutkan aje” kata Mak Lila. Qastury sekadar menguntum senyum. Kereta mula dipandu keluar dari perkarangan parkir.

Ada banyak perkara yang dia perlu selesaikan.

- RAEES QASTURY -

Fail syarikat disemak satu persatu. Dia cuba memahami bait butiran yang tertulis. Wajah Encik Hamdan dipandang. Lelaki yang merupakan orang kanan arwah ayahnya di syarikat AL-QUDS FURNITURE.

“Terima kasih Pak Hamdan sebab tolong uruskan syarikat daddy” ucap Qastury. Dia risau juga akan syarikat Encik Qudsi yang dibiarkan sebulan tanpa ada orang penting di sana.

Dia pula jenis tidak tahu menahu akan selok belok syarikat. Lagipun sebelum ini dia bekerja di syarikat dan diletakkan di bahagian pemasaran pun sekadar berbasa-basi sahaja.

“Tak ada apa, Cik Puteri. Dah memang atas arahan arwah masa dia kat Mekah lagi. Pakcik buat aje apa yang disuruh. Lagipun semua pekerja senang bekerja dekat syarikat tu walaupun tak ada bos besar yang urus. Kami pun tertanya juga mana Cik Puteri sebab kata arwah Cik Puteri tak ikut sama kesana” kata Encik Hamdan. Qastury tersenyum hambar.

BIAR WAKTU MENENTUKAN KITA Where stories live. Discover now