PINTU pantas dibuka sebaik diketuk penuh kasar daripada luar. Pandangannya jatuh kearah Rayza yang terhuyung-hayang dek mabuk. Pandangan lelaki itu tajam merenungnya.
“Lambatnya kau buka pintu! Huh?!” Rayza menjerit marah. Dia menolak tubuh Qastury sehingga gadis itu hampir sahaja terjatuh.
“Sampai bila you nak jadi macam ni, Ray?” Qastury bertanya sebaik menutup rapat pintu utama. Dia memandang lelaki itu yang sudah merebahkan tubuh ke sofa.
Sudah tidak terurus lelaki itu dibuatnya. Butang baju kemeja sudah senget sana sini. Hati Qastury hancur melihat.
Hati isteri mana tidak hancur melihat suami sudah sesat jauh dan curang dibelakangnya?
“You tak fikir anak you ke? You kata you nak bertanggungjawab. Macam ni ke nak jadi seorang ayah?” Qastury mula bising lagi usai melabuhkan punggung di sofa.
Melihatkan Rayza yang menutup mata tidak merespon, dia mula jadi hilang sabar. Qastury tarik nafas dan dihembus perlahan.
“Rayza!”
“Apa kau nak bising-bising ni?! Aku nak tidurlah! Aku penat!” bantal kusyen dibaling kasar sehingga terkena tubuh isterinya.
Qastury tergamam. Dia mula rasa naik hantu. Pantas dia berani bangun dan membaling kembali bantal kusyen itu kepada suaminya kasar. Lebih kasar dari kekuatan Rayza baling tadi.
Rayza yang sedang berehat itu pantas membuka mata. Dia memandang isterinya dengan pandangan tajam.
“Kau apahal?!” Rayza pantas bangun mencengkam sanggul gadis itu sehingga terdorong dongak kepala Qastury keatas.
“Aku dah tak tahan dengan kau! Kau penipu! Huh?! Kenapa kau buat aku macam ni?!” Qastury menolak lelaki itu kasar. Dia mendorong tubuh kebelakang dengan rasa marah.
Matanya sudah berair menahan sabar. Sejak kejadian Rayza bersama Sofia ke rumah ini minggu lalu, kepercayaannya kepada suami itu hilang.
Rayza teruk. Ada satu malam lelaki itu sanggup membawa Sofia ke rumah mereka dan beradu sama di bilik tamu sewaktu dia nyenyak diulit mimpi.
Dalam fikirannya dia mahu bersabar. Namun melihatkan Rayza yang makin melampau, dia jadi tidak tahan.
“Penipu? Ye! Aku memang penipu! Dan kau tu senang ditipu! Dasar perempuan bodoh! Kalau kau nak tau sangat, aku tak ikhlas puj nak kahwin dengan kau. Terima kasihlah berikan pertolongan untuk kesenangan aku. Berbaloi semua benda kau bagi” kata Rayza. Hilang mabuknya bila sudah mengamuk akan perbuatan Qastury tadi.
Pantas Qastury melempang wajah itu kuat. Rayza tergamam. Dia menolak lidah ke dinding pipi sebaik kepalanya tertoleh ke arah kiri. Nafasnya mula naik mendidih akan perbuatan Qastury.
“Binatang! Kau memang binatang, Ray!” Qastury menjerit. Rayza menampar kembali gadis itu sehingga Qastury jatuh ke atas sofa sebanyak tiga kali dan menyambung tampar berkali-kali. Perutnya sakit akibat perbuatan Rayza itu.
“Allah...” dia menahan rasa sakit pada tubuhnya. Kalimah Allah disebut dengan mata menahan perih. Lagi sakit bila Rayza mula menghempap tubuhnya.
“Rayza!” dia tertawa sinis. Wajahnya memandang wajah Qastury yang menahan rasa sakit. Hujung bibir itu luka berdarah akibat perbuatannya.
“Kau kata aku binatang kan? Kau jangan cabar aku!” Rayza mula bertindak mahu melakukan sesuatu yang tidak elok kepada isterinya. Qastury cuba melawan dengan menolak kasar tubuh itu dari dekat menghimpap perutny yang sudah sarat.
“Jangan buat kerja gila, Ray! Rayza!” Qastury menjerit. Tangan mula mengapai apa yang berdekatan di atas meja hiasan di belakangnya.
Pasu bunga hiasan dibelakang digapai. Tanpa memikirkan apa-apa risikonya, di terus menghentak kepala Rayza dengan pasu tersebut. Lelaki itu segera pengsan jatuh ke atasnya.
YOU ARE READING
BIAR WAKTU MENENTUKAN KITA
Romansa06| BIAR WAKTU MENENTUKAN KITA MUHAMMAD ARJUNA RAEES | PUTERI NUR QASTURY "sabar yang terbaik akan datang pada hujung waktu jadinya jangan terkejar" Hidup kucar-kacir kerana tidak meletakkan Tuhan itu satu-satunya yang pertama dalam hidup. Begitul...