QASTURY memeluk lutut rapat ke dada. Matanya basah kerana dia menangis seorang diri. Sedar sahaja dari lenanya, tiada siapa yang berada di sisinya.
Mengingatkan apa yang berlaku, dia jadi ragu-ragu. Benarkah ibunya sudah meninggal dunia atau itu sekadar mimpi semata-mata.
Saat pintu bilik terkuak, Raees dan Riya berhenti melangkah sebaik melihat Qastury yang sudah sedar daripada lena. Pantas mereka mendekat ke arah gadis itu. Bila mana dua beradik itu ada di hadapan matanya, cepat-cepat Qastury memegang tangan Riya.
"Riya. Kak Puteri mimpi je kan? Mummy okay je kan?" Riya mati kata. Dia mendongak memandang Raees. Lelaki itu menghela nafas kecil.
"Qastury... istighfar banyak banyak. Awak kuat kan? Saya tahu awak kuat. Hm?" Raees memujuk. Mendengarkan akan kata-kata Raees, air mata Qastury mengalir deras.
Jiwanya sakit. Sakit sekali. Dia tiada kesempatan langsung untuk berjumpa dengan kedua ibu bapanya meskipun seketika. Allah...
"Saya nak mummy... Saya nak mummy!" Qastury mula menjerit. Dia kasar menolak tubuh Riya. Gadis itu mula mengamuk dan cuba ditenangkan oleh Raees dan Riya sendiri.
Bila Qastury sudah pukul memukul adiknya, Raees pantas menangkap kedua tangan itu yang meronta-ronta. Digenggam kuat pergelangan tangan Qastury yang menjerit-jerit. Gadis itu cuba melawan sekuat hati.
"Sabar Qastury... sabar..." Raees cuba menenangkan. Riya menjauh bila disuruh. Dia mengalirkan air mata melihat keadaan Qastury yang sangat teruk. Sikitpun tidak ambil hati akan apa yang gadis itu buat padanya tadi.
Dia tahu sakitnya bila duduk di tempat Qastury sekarang.
Jeritan Qastury itu membuatkan jururawat masuk ke bilik. Bila mana mereka mahu mengambil alih, Raees menghalang. Qastury yang masih meronta itu dipegang kemas bahunya.
"Ingat Tuhan, Qastury... istighfar..." dia memujuk lagi dengan berbisik di telinga itu. Ayat kursi dibaca di telinga Qastury perlahan. Ayat sebagai penyembuh, sebagai doa dan sebagai penenang hati.
Saat Qastury mendengarkan ayat itu, dia semakin tenang dengan perlahan bila mana suara merdu itu menampar pada gegendang telinganya. Disaat itu juga azan zohor mulai berkumandang.
Melihatkan Qastury mula tenang kembali, Raees meminta jururawat untuk keluar terlebih dahulu. Dengan perlahan Raees melepaskan pegangannya. Gadis itu menunduk dan menangis perlahan.
"Astaghfirullahalazim..." dia beristighfar. Raees menghela nafas lega. Ditambah jaraknya bersama Qastury. Riya mula duduk di atas katil menarik Qastury ke dalam pelukannya. Belakang tubuh gadis itu diusap lembut.
"Maafkan akak..."
"Tak apa kak. Riya faham. Akak kuat ye? Kami semua ada dengan akak. Akak tak sorang. Okay? Istighfar banyak-banyak. Ingat Allah" Riya memujuk. Kepala Qastury diusap. Dia sedih melihat keadaan gadis ini.
Lukanya akan terlalu lama. Qastury meleraikan pelukan. Matanya yang basah memandang wajah Riya dengan pandangan sayu.
"Riya. Akak nak solat" gadis itu mengangguk. Syukur Qastury dapat menenangkan dirinya semula. Air mata gadis itu diseka saat jatuh ke pipi.
"Boleh akak. Ada Abang Raees bawa telekung akak"
"Jom kita solat berjemaah. Awak boleh berdiri?" Raees bertanya. Qastury mengangguk. Dia okay dari segi fizikal. Cuma mentalnya sahaja. Dia terkejut akan apa yang terjadi.
"Awak pergi ambil air sembahyang dengan Riya. Sekarang ni, awak kena kuat... awak kena fikir ada nyawa yang awak bawa sekarang. Kesian dia kalau tahu ibu dia sedih macam ni. Awak ada saya, ada Riya, ada umi dan walid yang sentiasa menyokong awak. Banyakkan istighfar. Ye?" Raees memujuk. Qastury mengangguk faham.
YOU ARE READING
BIAR WAKTU MENENTUKAN KITA
Romance06| BIAR WAKTU MENENTUKAN KITA MUHAMMAD ARJUNA RAEES | PUTERI NUR QASTURY "sabar yang terbaik akan datang pada hujung waktu jadinya jangan terkejar" Hidup kucar-kacir kerana tidak meletakkan Tuhan itu satu-satunya yang pertama dalam hidup. Begitul...