CHAPTER 5

51 3 0
                                    

          LUTUT dijatuhkan merayu di hadapan Encik Qudsi dan Puan Intan. Dipeluk kaki kedua-duanya sambil menangis merayu untuk membawanya pulang sama ke Kuala Lumpur.

“Mummy... daddy... tolong... Puteri tak nak tinggal sini... tolonglah... ” dia merayu. Tidak peduli apa tanggapan Encik Roshdi sekeluarga padanya kini.

“Tak boleh macam ni, Puteri... Puteri dah besarlah. Bangun” Puan Intan cuba menarik tangan itu untuk berdiri namun ditepis si gadis. Encik Qudsi menunduk memandang mata anaknya yang basah.

“Puteri sendiri yang buat perangai kan? Hadaplah! Duduk sini tak lama pun. Kejap je. Kami dah balik dari buat umrah, kami ambillah Puteri semula” dia berkata. Sejujurnya dalam hati tuanya ada terselit kasihan akan anaknya ini.

Namun apa yang dia boleh buat? Qastury sendiri yang menempah hukuman. Encik Qudsi merendahkan tubuhnya sama tinggi dengan si anak. Dagu Qastury dipegang supaya bertentang mata dengannya.

“Listen. Percayalah, sekejap je. Kami akan datang sini ambil Puteri balik. Janji dengan daddy yang Puteri boleh ubah diri Puteri. Jaga diri Puteri jaga anak yang tak ada sikitpun dosa dalam perut Puteri. Ingat, apa yang jadi adalah jalan dan pilihan Puteri sendiri. Balik ke pangkal jalan semula. Dekat sini, umi walid Puteri akan jaga Puteri. Dengar cakap mereka. Boleh?” Qastury memandang tepat anak mata tua itu yang sudah kelihatan berkaca.

Rasa sebak menyelubungi diri. Rasa menjadi seorang yang tidak berguna sudah menyentak dalam hatinya kini. Dia perlu sedar dirinya ini sudah kotor, jijik tidak ubah seperti seorang pelacur yang menyerah sahaja memberi tubuh kepada yang bukan berhak.

Meskipun hanya seorang yang sudah merosakkan dirinya, orang tersebut tidak mahu bertanggungjawab. Tengoklah! Sehingga ke hari ini dia tidak dapat khabar langsung tentang Rayza.

Hidup atau mati sudah dia tidak peduli. Sudah jelas lelaki itu mahu lepas tangan selepas apa yang dia sudah lakukan. Kejam! Sungguh kejam!

Tangan Qastury ditarik agar bangun bersamanya. Dia menghulur tangan lalu si anak mengucup cium lama tanda hormat dan kasih sayang yang masih ada di dalam hati. Dia tahu dia seorang anak yang degil namun kasih sayangnya pada kedua ibu ayahnya tidak pernah kurang walau sikitpun.

“Puteri anak yang baik. Cuma salah jalan sahaja. Jaga diri ye? Daddy mummy sayangkan Puteri” Encik Qudsi mengucup dahi anak perempuannya dan itu membuatkan Qastury tergamam. Sepanjang dia meningkat dewasa tidak pernah dia mendapat kucupan kasih sayang dari ibu bapanya walau sikitpun.

Kali terakhir sewaktu dia bersekolah. Itulah kali terakhir dia mendapat kucupan kasih sayang itu.

“Bye sayang” Puan Intan turut berbuat perkara yang sama. Qastury mengenggam tangan wanita itu erat sehinggalah dilepaskan apabila Puan Intan masuk ke dalam kereta.

Kereta mula berundur dari tempat parkirnya. Qastury memandang kenderaan itu dengan mata yang berkaca. Tingkap kereta diturunkan. Mereka berdua membuat lambaian dengan air mata yang mengalir.

Qastury pantas cuba mengejar kereta kedua ibu bapanya selepas ditekan hon. Dia menjerit menangis memanggil Puan Intan dan Encik Qudsi dengan lantangnya.

“Mummy! Daddy!” tiba-tiba sahaja dia terjatuh ke tanah. Qastury menangis kuat. Puan Rohaya dan Riya segera mendapatkan gadis itu yang kian meronta. Dipeluk erat cuba memujuk.

“Sabar Puteri... sabar...”

“Mummy! Daddy! Jangan tinggalkan Puteri! Maafkan Puteri!” Qastury menjerit kuat. Dia menyembamkan wajahnya pada bahu Puan Rohaya yang memeluknya. Tidak peduli akan luka pada lutut dan tangan yang berdarah saat ini dek kerana terjatuh.

BIAR WAKTU MENENTUKAN KITA Where stories live. Discover now