CHAPTER 15

44 1 0
                                    

          WAJAH yang masih berbekas akibat bergelut dengan Wana semalam dilihat pada cermin. Luka di tepi bibir sudah dia ubati. Masih berbisa namun tidak sebisa semalam.

Qastury langsung tidak mahu keluar daripada bilik. Segala aktiviti di Qudratul Hasanah yang selalu dia lakukan dia tidak akan turut serta. Tidak sanggup dia mahu menghadapi semua orang.

Daripada semalam terngiang-ngiang suara Wana yang menghinanya tidak henti. Dia sehinggakan takut mahu berjumpa siapapun. Makanan langsung dia tidak jamah meskipun dihantar sehingga ke bilik.

Raees duduk di sofa sambil melihat lama tangga rumah. Mengharapkan sesuatu. Mengharapkan gadis itu turun ke bawah untuk menyertai segala kegiatan Qudratul Hasanah kembali.

“Saya rindukan awak, Qastury...” bermonolog Raees sendiri. Saat Puan Rohaya keluar daripada dapur membawa sedulang air panas untuk minum malam, dia memandang anaknya yang seakan resah sahaja.

Encik Roshdi yang baru sahaja masuk ke dalam rumah dipandang. Pasangan suami isteri itu memandang kepada Raees yang duduk tidak berganjak daripada tadi.

“Raees?” sedar namanya dipanggil, pantas dia menoleh memandang kedua orang tuanya. Senyumannya diukir buat Puan Rohaya yang sudah duduk di sampingnya.

“Ye umi?”

“Kamu okay ke? Resah semacam je... tengok apa kat tangga tu?” dia bertanya. Encik Roshdi sudah mengambil tempat di satu kerusi memandang serius anaknya.

“Tak ada apa, umi” bohongnya.

“Kamu tak payahlah nak bohong umi walid. Tunggu Puteri kan?” sangkal Encik Roshdi. Dia yang tergamam itu pantas cuba mengawal air mukanya.

Kalau walid tahu.... habis dia!

“Mana adalah walid”

“Yeke? Kak Ratna tak percayalah!” Ratna yang turun ke tingkat bawah bersama anaknya dipandang. Wanita itu mengukir senyum mengusik. Raees memandang kakaknya itu tidak berpuas hati.

Punggung dilabuh di sisi Encik Roshdi bersama anaknya yang diribakan. Seorang lagi sudah mendapatkan neneknya untuk bermanja. Wajah si adik dipandang dengan senyuman.

“Ada hati tu... jujur je, Raees. Tak perlu nak simpan-simpan. Malu ke dengan umi walid? Kak Ratna?” Raees kekal diam. Lidah kelu tidak tahu mahu membalas apa.

“Akak dah lama perasan. Nampak sangat perangai Raees ni. Selama ni, Raees tak ada pula nak bergaul dengan mana-mana Imtiyaz kat sini. Puteri muncul, sikit-sikit akan cuba dekat dengan Puteri? Betul tak?” Ratna menambah lagi. Raees menunduk malu menahan senyum.

Senyuman lelaki itu membuatkan Encik Roshdi dan Puan Rohaya memandangnya mengusik. Disiku lengan anaknya yang menunduk diam itu.

"Amboi? Betul ke apa yang umi dengar ni?” Raees menghela nafas kecil dan bersandar pada sofa.

"Tak berharap” Raees berkata perlahan. Dia memandang wajah kedua orang tuanya silih berganti. Kalau semua sudah tahu, baik dia terus terang sahaja kan?

“Itu perasaan Raees la. Soal calon isteri dan menantu mesti umi walid nakkan yang terbaik. Raees pun risau kalau rasa ni semata-mata nafsu suka-suka je” dia berkata. Dia tidaklah mahu ikutkan perasaan ini buta-buta.

Umi dan walid masih hidup. Qastury itu baik namun ada cacat cela sedikit akan kisah lalunya. Dia perlu mendapatkan pendapat Encik Roshdi dan Puan Rohaya terlebih dahulu.

“Umi okay kalau Raees pilih isteri macam Qastury? Umi fahamkan maksud Raees? Walid?” dia bertanya meminta pendapat.

“Kenapa? Kamu risau umi walid tentang ke? Sebab kisah lalu dia? Risau layanan baik kami ni sebenarnya berpura semata? Ke kalau Raees pilih dia, Raees risau umi walid malu ada menantu macam dia?” Puan Rohaya bertanya. Pantas Raees menggeleng.

BIAR WAKTU MENENTUKAN KITA Where stories live. Discover now