TANGAN menyengol lengan rakannya sebaik melihat Qastury yang berjalan bersama keluarga Encik Roshdi. Tangan rakannya ditarik rapat untuk berbisik seketika.
"Kau tengok tu. Dari semalam aku perhati perempuan tu tau. Pekerja baru ke?" Wana membuat muka tidak lepas memandang Qastury yang mengenakan suit hijau dan rambut dibiar lepas sudah duduk di satu bulatan meja bersama keluarga majikan mereka.
"Pekerja baru pun takkan duduk dengan umi walid? Aku nampak dia tinggal dekat teratak umi walid tau. Malam tadi Riya yang bawa dia ke musolla" sambung Julia. Sesekali dia melihat mata Raees yang kejap-kejap memandang Qastury.
"Entah-entahkan, Wana. Itu bakal isteri Ustaz Raees tak?" sangkal Julia. Membulat mata Wana dibuatnya sebelum memukul peha rakannya.
"Isteri? Perempuan macam tak ada asal usul tu nak jadikan isteri ke? Kau tengok tu. Tak bertudung. Kau ingat itu ke taste Ustaz Raees?"
"Habis? Taste Ustaz Raees tu orang macam kau ke? Kau pun ustaz tak kenal" Julia menjeling rakannya. Wana mencebik bibir tidak berpuas hati.
Mata mereka kini fokus kepada keluarga Encik Roshdi dan Puan Rohaya yang berdiri di hadapan. Kalau sudah umi walid berdiri di hadapan, sudah pasti ada sesuatu yang mahu mereka umumkan.
"Asalamualaikum anak-anak walid semua!"
"Waalaikumsalam walid!" senyuman mereka terukir lebar saat mendapat suara semangat anak-anak yang ada. Tidaklah ramai kerana ada yang bersekolah pada sesi pagi bagi anak-anak yang bersekolah rendah dan yang berada di tingkatan satu dan dua. Selebihnya bersekolah pada waktu petang.
"Alhamdulillah... semangat semua ye? Ini yang walid mahu. Hari ini, walid nak bagitahu kamu semua tentang kehadiran ahli keluarga baru kita" Encik Roshdi menunjuk kepada Qastury yang malu-malu. Semua mata kini tertumpu kepadanya.
"Ini Puteri Nur Qastury. Kamu boleh panggil dia Kak Puteri. Kak Puteri ni akan ada dekat sini tak lama pun dengan kita. Sekejap sahaja. Harapan walid, semua layan Kak Puteri baik-baik ye? Begitu juga dengan anak-anak Imtiyaz yang bantu walid menjaga dan menguruskan Rumah Qudratul Hasanah ni" Encik Roshdi memandang kepada para pekerja yang duduk di meja di belakang.
Seramai 20 orang tenaga pekerja Rumah Qudratul Hasanah yang semuanya ada sebahagian daripada anak yatim di sini. Mereka yang merupakan anak yatim dan tenaga pekerja daripada rumah ini dipanggil anak-anak Imtiyaz oleh walid. Ada yang menjaga dan menguruskan anak-anak yatim di sini, di bahagian dapur, tenaga pengajar, kebersihan kawasan dan sebagainya.
"Boleh semua?"
"Boleh walid!" Encik Roshdi mengangguk dan mengukir senyuman. Dia segera menyiku anak lelakinya yang berada di sisi. Faham akan isyarat itu, matanya meliar memandang anak-anak yatim lelaki yang duduk di bahagian kiri dewan makan.
"Muhammad Asyraf! Bangun baca doa" tersentak anak muda yang sedang asyik bermain bersama rakannya apabila Raees menyeru namanya. Terus dia bangun dari duduknya dan membaca doa. Mereka yang berdiri di hadapan tadi segera mengambil tempat duduk untuk menjamu sarapan pagi.
Juadah sarapan pagi disantap penuh berselera. Qastury memandang ahli keluarga itu yang asyik menjamu nasi lemak bungkus yang terhidang di atas meja. Dia yang terlalu lapar segera menikmati sarapan paginya.
"Nanti umi bawa Puteri kenalkan dengan anak-anak Imtiyaz yang lain. Boleh Puteri tolong masak-masak ke kan? Puteri berkawan dengan yang lain ye?" Encik Roshdi memberi cadangan. Qastury sekadar mengukir senyum.
Raees memandang gadis yang duduk di hadapannya itu. Sesekali matanya memandang dan dia menjatuhkan pandangan bila mana ditangkap oleh Puan Rohaya.
Semacam sahaja anaknya ini memandang anak dara orang.
YOU ARE READING
BIAR WAKTU MENENTUKAN KITA
Romance06| BIAR WAKTU MENENTUKAN KITA MUHAMMAD ARJUNA RAEES | PUTERI NUR QASTURY "sabar yang terbaik akan datang pada hujung waktu jadinya jangan terkejar" Hidup kucar-kacir kerana tidak meletakkan Tuhan itu satu-satunya yang pertama dalam hidup. Begitul...