AIR mata dibiarkan mengalir dari tubir mata sambil memandang tanah lapang yang dilepaskan binatang ternakan yang lain untuk meragut rumput. Dia hanya keseorangan duduk di atas tanah sambil memeluk lutut di sini.
Sudah dekat dua jam dia berada di tempat yang sama. Di sini rasa tenang, rasa nyaman. Kuranglah rasa tertekannya tinggal di sini meskipun seketika.
"Mummy... daddy... Puteri tak suka kat sini... Puteri nak balik..." dia bermonolog sendiri persis budak kecil. Rasa mahu sangat lari daripada sini tapi dia tidak tahu bagaimana. Ini kawasan pedalaman. Pasti sukar sekali mahu membawa diri keluar daripada sini sendirian.
Dia bukannya ada kenderaan.
Raees meliar mata mencari. Nafas dihembus perlahan dengan gelengan sebaik menjumpai apa yang dia carikan. Segera langkah kaki dibawa menuju ke arah Qastury.
"Dekat sini awak rupanya. Puas saya cari. Awak buat semua orang risau tau" Qastury tersentak dan pantas menoleh mendongak memandang Raees yang berdiri di belakangnya. Air mata pantas diseka bila lelaki itu memandangnya.
Lepas sahaja dia tiba di Qudratul Hasanah, umi kalut menyatakan padanya Qastury hilang. Bila mengetahui pangkal cerita, dia sudah agak. Pasti ada kena mengena dengan para muslimat Imtiyaz. Entah siapa salah dia tidak tahu.
Terus sahaja dia mencari gadis itu memandangkan dia tidak berbuat apa.
"Apa yang awak berat sangat nak terima tempat ni, Nur Qastury?" tanya Raees. Qastury berkerut sebaik nama yang tidak pernah orang memanggilnya digunakan. Raees yang berdiri jauh daripadanya itu dipandang seketika.
Raees memandang seketika gadis itu yang kekal diam membisu. Masih lagi sibuk menyeka air matanya. Dia memandang semula ke tanah lapang melihat keindahan yang cantik dipaparkan.
"Sini memang terpencil tapi seronok kat sini. Saya tahu sebab dia bertentangan gaya hidup awak di bandar kan? Tapi, hidup beginilah lagi tenang daripada hidup di bandar. Semua berunsurkan alam. Alam yang Allah beri untuk kita tatap dan manfaatkan kecantikannya"
"Kalau soal internet, sebenarnya ada je sebelum ni cuma kami tak perbaiki. Ada dua tempat sahaja yang ada. Musolla dan bangunan Ibnu Sina. Bangunan pengajar" tambah Raees lagi. Qastury mencebik memandang lelaki itu.
"Kenapa tak perbaiki?" dia bertanya dengan nada tidak berpuas hati. Raees menarik nafas dan dihela perlahan.
"Umi suruh saya tengokkan tapi saya banyak tangguh. Lagipun, bukan anak-anak di sini diberi kemudahan gunakan telefon pun. Bagi saya, hidup kat sini tak payahlah nak bercinta dengan gajet bagai. Baik bercinta dengan alam" dia masih tidak berpuas hati. Daun kering yang dipegang segera dilepaskan ke tanah sebelum bangun daripada duduk.
Dia melangkah sedikit dengan Raees. Lelaki itu juga menghadapkan tubuh kepadanya. Matanya masih tidak berpuas hati dengan lelaki yang mengenakan kurta hijau beserta songkok di kepala. Di bahu lelaki itu kekal dengan rida' yang diletakkan kemas.
"Ini bukan soal guna ke tak. Ini soal perlu. Aku nak contact family aku pun payah tau! Tolong eh betulkan kemudahan yang perlu ada kat sini. Aku keluar daripada sini, aku bagi rating rendah taulah!" dia mendengus nafas geram sebelum dihayun kaki untuk beredar.
Raees memandang sahaja gadis itu. Dia membuntuti langkah Qastury yang laju melangkah untuk turun. Sesekali dia memerhati langkah itu agar tidak silap pijaknya.
"Aku tak nak pun tinggal kat sini. Aku dipaksa daddy dengan mummy aku untuk duduk kat kawasan pedalaman ni. You know? Dah macam tarzan duduk dalam hutan. Rimas!" Qastury menjawab soalan Raees tadi. Lelaki itu mengukir senyumannya.
Macam tarzan eh disamakan?
"Jadi duduklah sini dengan hati yang terbuka dan rasa bersyukur. Datang sini dengan redha dan pulang dengan sesuatu. Wujudkan apa yang ibu bapa awak nak awak beri pada mereka. Tak susah pun nak bahagiakan mak ayah ni, Qastury. Ikut cakap mereka dah cukup" langkah Qastury terhenti dan segera menoleh memandang Raees.
YOU ARE READING
BIAR WAKTU MENENTUKAN KITA
Romance06| BIAR WAKTU MENENTUKAN KITA MUHAMMAD ARJUNA RAEES | PUTERI NUR QASTURY "sabar yang terbaik akan datang pada hujung waktu jadinya jangan terkejar" Hidup kucar-kacir kerana tidak meletakkan Tuhan itu satu-satunya yang pertama dalam hidup. Begitul...