JARUM branula dicabut daripada tangannya. Qastury kekal tenang memandang jarum itu sudah dikeluarkan daripada bawah kulit atas tangan kirinya.
“Puan dah boleh balik. Puan jaga kesihatan dan kandungan puan ye?” nasihat jururawat itu mesra. Qastury mengangguk dengan senyuman kecil.
Jururawat wanita itu segera meminta diri. Qastury memandang Raees yang berdiri di hadapan katil bersama Riya. Mata mereka sabung bersama. Bila merasakan dada berdebar, dia segera melarikan pandangan.
Jangan terlalu jauh Qastury... nanti sakit...
“Jom balik. Riya bawa Qastury ke kereta dulu. Abang bayar bil” Raees mengajak. Qastury segera turun daripada katil sambil dibantu Riya. Barang-barang gadis itu juga dibawa bersama.
Kunci kereta bertukar tangan. Raees bergerak ke kaunter pembayaran untuk membayar bil hospital Qastury. Sampai sahaja ke kereta, Qastury duduk di bahagian belakang. Enjin kereta dihidupkan Riya.
Riya mengambil tempat di sisi pemandu. Dia menoleh memandang ke belakang memandang Qastury yang bersandar memandang luar tingkap.
“Akak okay?” Riya bertanya prihatin. Gadis itu mengangguk dengan senyuman kecil. Sejujurnya dia tidaklah berapa okay namun Allah sahaja yang tahu akan keadaannya sekarang
“Kata umi flight Mak Lila pukul 11 nanti. Nanti pukul 3 Insya Allah Mak Lila sampai Malaysia” kata Riya. Qastury mengangguk faham.
“Tak jumpalah akak dengan Riya lagi lepasni” Qastury tertawa hambar mengatakan hal itu. Ye, dia akan pulang ke rumahnya bersama Mak Lila selepas pemandu peribadi arwah ayahnya menjemput mereka nanti.
“Alaa... kalau akak ada masa terluang datanglah manzil. Qudratul Hasanah terbuka untuk akak. Okay?” Riya berkata. Qastury sekadar mengangguk.
Entah dia akan datang semula ke Qudratul Hasanah ataupun tidak. Dia tidak tahu. Tiada tujuan pun dia akan kembali ke sana. Dia sekadar menumpang sahaja.
Raees berjalan masuk ke dalam kereta. Nafas dihela. Kepalanya yang bertutup dengan kopiah tadi ditanggalkan. Penghawa dingin dikuatkan. Panas terik di luar membuatkan dia cepat berpeluh.
“Ini ubat awak. Nanti awak makan tau. Jangan miss” Raees menghulurkan satu plastik kepada Qastury. Gadis itu mengambilnya.
“Terima kasih” Raees mengangguk. Segera dia menarik gear untuk memandu keluar daripada perkarangan hospital. Riya memandang wajah abangnya yang seolah masam sahaja.
Dia faham kenapa. Terlalu faham.
- RAEES QASTURY -
Dia mengemas segala barangannya masuk ke dalam beg yang dibawa. Nafas dihela perlahan melihat beg pakaiannya itu. Mata meliar memandang sekeliling bilik yang sudah menjadikan tempat dia merintih, suka dan duka.
Semua sudah diabadikan di sini. Suatu hari nanti pasti dia akan merindukan tempat ini yang banyak mengajarnya erti seimbang dunia dan akhirat.
Pintu almari ditutup. Qastury bersandar pada pintu itu. Matanya terpandangkan rida' milik Raees yang terlipat kemas di atas katil. Bibir bawah digigit lalu mengeluh kecil.
Dia mengambil rida' itu bersama tudungnya lalu disarung di atas kepala. Pantas dibawa langkah untuk turun ke tingkat bawah. Kemunculannya membuatkan Ratna dan Puan Rohaya memandangnya.
“Puteri? Puteri dah siap kemas dah?” gadis itu mengangguk dengan senyuman.
“Dah umi. Umi... err... Ustaz Raees mana?” dia menyilang tangan kebelakang menyorokkan rida' di belakang tubuhnya. Melihatkan wajah itu malu-malu dia menahan tawa.
YOU ARE READING
BIAR WAKTU MENENTUKAN KITA
Romance06| BIAR WAKTU MENENTUKAN KITA MUHAMMAD ARJUNA RAEES | PUTERI NUR QASTURY "sabar yang terbaik akan datang pada hujung waktu jadinya jangan terkejar" Hidup kucar-kacir kerana tidak meletakkan Tuhan itu satu-satunya yang pertama dalam hidup. Begitul...