QASTURY melihat anak-anak Qudratul Hasanah lelaki mahupun perempuan sedang melakukan seni silat tidak jauh dari Musollah Siti Khadijah dari tingkap biliknya memandangkan musolla hanya berada di hadapan rumah umi walid sahaja.
Dapat dia lihat Raees juga ada di situ. Mereka diajar dan berguru dengan Ustaz Uthman sendiri. Dia yang sekadar menutup kepalanya dengan satu selendang mengukir senyuman.
Satu bungkusan sour gummy dipegang. Dibuka lalu dimasukkan ke dalam mulut. Rasa nikmat bila dia mendapat mengunyah sesuatu yang masam saat ini. Tekaknya teringin.
Bungkusan gula-gula itu dihulur padanya. Qastury memandang dengan mata yang bersinar sebelum mendongak memandang wajah Raees di hadapannya. Dia yang baru duduk berehat di pondok agak tergamam bila lelaki itu muncul di hadapannya kini.
“Apa ni?”
“Ibu mengandung mengidam benda masam? Ambillah” Qastury mengambil. Kecur liurnya saat ini dengan rasa tidak sabar mahu mengunyah gula-gula masam ini sepuasnya.
Tangan dimasukkan ke dalam poket baju melayu yang dipadankan dengan seluar slack. Mata tetap memandang Qastury yang sudah membuka satu gula-gula dan dikunyah perlahan menikmati.
“Zaleha ada bagitahu saya. Awak nak gula-gula masam. Saya beritahu Kak Ratna minta dia belikan masa on the way ke sini” Qastury tidak peduli langsung. Yang dia tahu dia dapat apa yang dia inginkan.
Raees tetap tersenyum. Dalam hati memuji si gadis yang cantik orangnya. Wajah si adik dikesan Ratna yang sedang mengemas alatan panah.
Dia dapat merasakan Raees ini ada sesuatu.
“Puteri?” dia tersentak dari lamunan. Qastury menoleh bila Ratna masuk ke dalam biliknya. Wanita itu melabuhkan punggung di atas katil sambil melihat Qastury yang duduk menghadap tingkap.
Dia pulang ke sini bersama anak-anaknya yang sedang dijaga dan bermain bersama Riya di tingkat bawah. Suaminya seorang askar dan tiada di sisinya buat sementara waktu. Itu yang dia membawa diri ke sini. Rindu akan suasana Qudratul Hasanah.
“Nampak berselera makan gula-gula tu” dia yang sedari tadi memerhati Qastury asyik benar mengunyah pantas menegur. Gadis itu tersengih sahaja.
“Tekak teringin”
“Akak faham. Waktu akak mengandung pun memang ada tabiat macam Puteri. Nak makan benda masam je. Kalau dapat mangga muda, lagilah sedap!” Qastury buat muka kerut menahan rasa masam.
Semakin membuak-buak rasa dia dibuatnya.
Ratna ketawa melihat reaksi itu. Dia melihat apa yang sedang gadis itu melihat. Kadang kala dia terfikir soal pandangan mata masing-masing. Baik Raees mahupun Qastury.
Seolah sesuatu yang tak boleh diungkapkan.
“Apa pandangan Puteri pada Raees?” pantas si gadis menoleh. Dahinya berkerut sahaja saat ini akan soalan aneh itu.
“Maksud akak?”
“Yelah, Puteri rasa Raees tu macam mana orangnya? Masa dari korang dua kenal waktu Raees tolong Puteri pengsan jatuh pokok dulu” lagi sekali dahinya berkerut. Jatuh pokok?
Bila masa? Ada ke Raees membantunya?
Melihatkan reaksi gadis itu, Ratna mencuit bahu Qastury yang termenung seketika. Gadis itu terkedip-kedip matanya memandang Ratna yang menunggu jawapannya.
“Puteri tak ingat ke? Waktu mak ayah Puteri buat majlis doa selamat dekat rumah Puteri. Riya ada cerita yang Puteri jatuh pokok dan Raees yang tolong sebab Puteri pengsan waktu tu. Masa Raees balik sini, badan dia sakit-sakit sebab Puteri jatuh atas dia” dia menyampaikan apa yang Riya cerita padanya. Berubah air muka Qastury saat ini.
YOU ARE READING
BIAR WAKTU MENENTUKAN KITA
Romance06| BIAR WAKTU MENENTUKAN KITA MUHAMMAD ARJUNA RAEES | PUTERI NUR QASTURY "sabar yang terbaik akan datang pada hujung waktu jadinya jangan terkejar" Hidup kucar-kacir kerana tidak meletakkan Tuhan itu satu-satunya yang pertama dalam hidup. Begitul...