SEGALA pakaiannya dikemas bila merasakan tubuh mula larat mahu melakukan kerja. Tiba sahaja dia di rumahnya, dia tidak bermaya. Sedih mula menghurungi dirinya. Seharian dan semalaman dia menangis tidur di dalam bilik arwah ibu dan ayahnya.
Mak Lila menguak pintu bilik Qastury. Dia memandang gadis itu yang sedang asyik mengemas sambil duduk bersimpuh di atas lantai di hadapan almari.
“Puteri?” dia memanggil. Qastury yang baru sahaja mahu membuka beg pakaiannya itu mengukir senyumannya pada wanita itu.
“Mak Lila” wanita itu mendekati. Dia turut duduk bersama anak arwah majikannya itu di atas lantai. Qastury mengeluarkan baju-baju yang sudah cantik dilipat itu.
“Nak Mak Lila tolong ke?” Qastury pantas menggeleng.
“Puteri boleh buat sendiri” dia berkata manis. Matanya jatuh pada satu sampul putih pada tangan Mak Lila. Bersilih ganti dia memandang wanita itu dan sampul surat tersebut.
“Apa tu Mak Lila?”
“Ini. Surat untuk Puteri. Semalam Raees yang bagi pada Mak Lila. Katanya nak bagi sendiri tapi segan. Tak fahamlah...” dia sedikit membebel. Qastury tertawa lalu mengambil sampul tersebut.
“Ini kamu nak makan apa? Mak Lila masak” Qastury berfikir sejenak. Dia memegang tangan wanita itu dengan senyuman gembira.
“Chili crab? Boleh ke Mak Lila?”
“Boleh je. Untuk Puteri semua boleh!” dagu anak gadis itu dixuit manja. Kepala Qastury diusap manja sebelum dia bangun daripada duduknya.
“Mak Lila masak kejap”
“Terima kasih Mak Lila” ucap Qastury. Wanita itu mengangguk dan segera meminta diri untuk beransur pergi. Dia menghantar wanita itu dengan pandangan sahaja sehingga tidak kelihatan.
Qastury menghela nafas kecil. Dia duduk bersila bila merasakan lenguh pada kaki. Badan disandarkan pada almari usai menyimpan baju di dalam. Sampul surat putih itu dipandang.
Dibuka sampul itu dengan rasa debar di dada. Coretan tulisan yang kemas itu ditatap sebelum dibaca satu persatu.
Kepada Nur Qastury...
Asalamualaikum yang dikasihi. Maaf menganggu sekali lagi. Mesti awak rimas kan? Ini kali terakhir dan saya janji ini kali terakhir. Tujuan saya menulis surat ini kerana tidak puas untuk berbual dan mengenali awak lebih banyak lagi. Biasalah... walau macam mana pun kita kena jaga diri kita. Sejujurnya hati saya amat meronta cinta bila mana sebenarnya kita berkongsi rasa dan kasih yang sama.
Qastury... saya nak awak tahu saya cintakan awak selepas Allah, Nabi dan RasulNya serta kedua ibu bapa saya. Tidak beemaksud meletakkan awak di tempat yang terakhir namun cinta ini ada batasnya. Cintakan awak perlulah mencintai penciptaNya terlebih dahulu. Sekiranya awak juga benar mencintai saya, awak buat perkara yang sama seperti saya lakukan. Letakkan saya yang terakhir dalam rasa cinta awak kerana cinta awak berhak diberi oleh ketiga tangga teratas yang saya sebutkan tadi. Saya tidak mahu cinta itu tercemar sama sekali.
Qastury... izinkan saya meletakkan nama awak disetiap doa saya? Izinkan saya melangitkan satu nama seorang wanita yang berjaya mencambah rasa cinta saya selepas umi, kakak dan adik-adik saya. Andai benarlah... awak adalah Lauhul Mahfuz dan takdir saya, semoga awak sentiasa dirahmati oleh Allah SWT.
Qastury... andai cinta luahkan padaNya. Andai rindu juga luahkan padaNya. Apa-apa pun, dahulukan Allah dahulu ye? Allah sentiasa ada dengan awak setiap masa. Kerana apa kepadaNya? Kerana cinta itu adalah doa dan doa itu adalah senjata yang paling tajam buat umat islam. Kita memang tidak berkomunikasi bukan bermaksud kita tidak boleh. Kita begini kerana cinta itu memerlukan pengorbanan. Awak jaga diri awak dan saya jaga diri saya. Apa-apa kita berhubung melalui doa sahaja ye?
YOU ARE READING
BIAR WAKTU MENENTUKAN KITA
Romance06| BIAR WAKTU MENENTUKAN KITA MUHAMMAD ARJUNA RAEES | PUTERI NUR QASTURY "sabar yang terbaik akan datang pada hujung waktu jadinya jangan terkejar" Hidup kucar-kacir kerana tidak meletakkan Tuhan itu satu-satunya yang pertama dalam hidup. Begitul...