CHAPTER 26

22 2 0
                                    

LIMA BULAN BERLALU...

Berkerut dahi Qastury saat merasakan pinggangnya sakit-sakit. Dia cuba untuk menahan sakit pinggangnya yang lenguh dan kejang itu. Nafas ditarik dan dihembus menahan rasa sakit.

Suami tercinta yang sedang membuat kerja di meja kopi di ruangan bilik mereka ini dipandang. Wajahnya yang pucat lesi itu berkerut menahan sakit.

“Rayza. Can you help me? Urutkan pinggang I” Rayza mengangkat pandangan daripada melihat laptop kepada isterinya. Wajahnya serius dan menghela nafas kecil.

“Dah kenapa pula kali ni?” tanya Rayza selamba. Qastury agak tersentak namun dikawal rasanya. Dia tahu dia banyak menyusahkan lelaki itu sejak akhir-akhir ini. Nak pula kandungannya sudah hampir masuk 8 bulan.

Banyak yang dia tidak boleh melakukannya sendiri.

“Sakit pinggang...”

“I dah cakap betulkan posture duduk you tu... memang sakit pinggang la kalau duduk tak betul-betul” Rayza membebel namun turut bangun dari duduknya menuju ke arah Qastury.

Punggung dilabuh di sisi isterinya. Dia mengurut pinggang Qastury dengan lembut sekadar mahu menghilangkan sakit-sakit sahaja.

Qastury mengetap bibir membiarkan Rayza melakukan kerjanya. Dia memandang lelaki itu yang mengurut pinggangnya dengan sebelah tangan namun sebelah lagi sibuk bermain telefon.

“You busy ke?” tanyanya. Dia lihat Rayza sejak akhir-akhir ini teramatlah tertekan dan kerap melakukan kerja sahaja. Kadang kala tidak pulang ke rumah langsung disebabkan kerja di pejabat.

Nak pula sekarang krisis kewangan hotel milik Rayza sedang terumbang-ambing. Dengarnya hampir muflis saat ini. Dia tidak bertanya banyak kepada suaminya kerana risau dimarahi.

“I stress, Puteri. Habislah lepasni susah hidup kita bila sumber rezeki I dah nak lingkup. Entah jahanam mana entah buat hal seleweng duit syarikat I tak tahulah!” Rayza merungut.

Dia memandang isterinya setelah terfikirkan sesuatu. Wajah Qastury ditenung dalam. Dipegang dua bahu itu agar duduk menghadapnya. Terkedip-kedip mata Qastury merenung suaminya.

“Rumah you. Tak ada yang duduk kan?” tanya Rayza. Qastury berkerut seribu bila isu rumah peninggalan arwah bapanya dipersoalkan.

“Ye. Tak ada yang duduk lepas I kahwin dengan you. Why?” Rayza menghela nafas kecil. Dia bermain dengan rambut cantik milik Qastury seketika. Pipi mulus itu juga dielus lembut penuh kasih.

“Boleh tak gadai rumah tu? Dapat duit I beli balik. Please sayang? Tolong I” Qastury menolak sentuhan suaminya. Dia menggeleng tidak mahu.

“Itu rumah peninggalan keluarga I. Mana boleh suka hati je I nak jual. Itu sahaja harta yang I tinggal, Ray. Lagipun I kan dah tolong you banyak pasal hotel you tu...” Qastury mula mengomel. Rayza memandang gadis itu tajam.

“Macam ni ke seorang isteri pada suami? I susah ni, Puteri” Qastury memincing mata tajam memandang suaminya. Ouh? Mahu soal isteri pada suami pula sekarang?

“You cakap macam I tak tolong you langsungkan? Beribu berjuta I tolong you tau. Ini dah masuk tiga bulan lebih takkan tak ada improvement even sikit pun pada syarikat you?” Qastury mula bertanya. Dia amat hairan dengan Rayza.

Banyak dia sudah keluar labur duit untuk membantu suaminya namum makin hari makin tiada perubahan malah makin teruk. Dimana duit itu semua pergi?

“I nak tanyalah pada you memandangkan selama ni I tak pernah sibuk pun pasal urusan hotel you tu. Siapa yang seleweng duit syarikat? Staff? Nak kata atasan, you sahaja yang ada dalam syarikat tu. Tak ada share dengan siapa pun even parents you sendiri. Boleh bagitahu I?” rahang Rayza bergetar. Dia menampar bantal di sisi Qastury sehingga terhinjut bahu gadis itu.

BIAR WAKTU MENENTUKAN KITA Where stories live. Discover now