CHAPTER 11

37 1 0
                                    

          SEGALA isi perutnya sewaktu dia makan pagi tadi dimuntahkan. Perit rasa dibuatnya. Kakinya lemah melangkah keluar daripada bilik mendapatkan katil miliknya.

Puan Rohaya menguak pintu bilik apabila dia ketuk langsung tiada sahutan. Dengan wajah yang risau, dia cepat mendapatkan Qastury yang lemah di atas katil.

“Puteri? Puteri okay ke ni?” pertanyaan Puan Rohaya mengundang sebaknya. Dia rasa mahu menangis saat ini. Bibir dicebik memandang wajah wanita itu. Bila memandang umi dia teringatkan mummy.

Rindu! Dia mahu memeluk wanita itu!

“Umi... Puteri penat...” adunya. Sungguh mengandung ini sangat menguji mental dan fizikalnya. Akhir-akhir ini kepala asyik berfikir soal hidupnya selepas ini. Bagaimana dia mahu membesarkan anak ini tanpa seorang ayah?

Kelmarin Encik Qudsi ada menelefonnya. Hal penting. Nada suara lelaki itu sangatlah dalam keadaan marah. Apa yang membuatkan ayahnya marah disebabkan Rayza. Encik Qudsi menghantar orang untuk menjejak Rayza tanpa pengetahuannya.

Kata ayahnya, Rayza kini di luar negara. Negara yang dia sendiri pernah tinggal dahulu untuk menyambung pengajiannya. Kata Encik Qudsi, Rayza sudah berkahwin dengan pilihan keluarganya.

Atas sebab apa? Atas sebab lari dari tanggungjawab. Sanggup mengabaikannya demi syarikat dan kepentingan keluarga. Berkahwin bukan atas cinta malah untuk menyelamatkan bisnes perhotelan mereka yang semakin lingkup.

“Puteri... kenapa ni nak?” dia menarik gadis itu ke dalam pelukannya. Teresak-esak Qastury menangis. Belakang tubuh itu diusap untuk ditenangkan.

Entah apa yang bermain di fikiran Qastury dia tidak tahu langsung yang pasti mesti perkara itu sakit buat dirinya. Kalau tidak, tak seteruk ini Qastury berduka.

“Istighfar sayang... sabar... walau apapun jadi, Puteri kuat. Umi tahu Puteri kuat” Puan Rohaya memujuk. Qastury bertambah esak menangisnya.

- RAEES QASTURY -

Kaki direndamkan di dalam air sungai sambil memerhati anak-anak yatim yang sedang bermandi-manda. Kanak-kanak di situ semuanya masih kecil dalam lingkungan lima ke tujuh tahun umurnya.

“Hati-hati! Nanti jatuh dalam air sakit tau” Qastury mengingatkan. Dia tidak berbuat apa saat ini. Tiba-tiba sahaja dia diajak oleh sekumpulan kanak-kanak kecil untuk memantau mereka bermandi-manda apabila abang-abang yang lain tiada untuk mereka.

Sibuk dengan peperiksaan yang bakal berlangsung. Dari Qastury bingung tidak tahu berbuat apa, dia sekadar turuti. Lagipun dia ramah dengan anak-anak di sini juga yang mesra sekali dengannya walaupun pada awalnya dia tidak suka budak-budak.

Mungkin sudah terserap jiwa keibuan dalam dirinya?

“Qastury” dia pantas menoleh sebaik mendengar namanya dipanggil. Raees berdiri di belakangnya dengan tangan disilang kebelakang. Dihela nafas seketika melihat anak-anak kecil itu yang sakan berseronok.

“Patutlah ustaz cari semua tak ada kat bilik! Melencong ke sini rupanya ye? Bukan waktu sekarang waktu kamu mengaji dengan ustaz ke?” dia menaikkan sedikit suara melawan bunyi arus air yang kuat. Masing-masing tersengih memandang Raees.

“Alaa... kami nak mandi sungai... kejap lagi boleh, ustaz?” si kecil tersenyum mempamerkan dua gigi tengahnya yang sudah hilang cuba memujuk. Dekah Qastury menghambur tawanya saat ini.

Comel! Sungguh comel!

“Haah ustaz! 10 minit! Boleh?”

“Eish! Tak cukuplah! Kita baru je masuk!” seorang lagi memuncung memarahi rakannya. Mereka berlima di situ mula mahu berperang mulut. Raees mula rasa geli hati melihat telatah comel anak-anak yatim itu.

BIAR WAKTU MENENTUKAN KITA Where stories live. Discover now