CHAPTER 22

27 2 0
                                    

          KAKI dihayun keluar dari perut kereta. Dia yang berpakaian kemas dan nampak elegen itu melangkah penuh bergaya memasuki perkarangan hotel yang terkemuka sejak akhir-akhir ini.

Sebulan dia tidak mengambil tahu isu dunia luar, macam-macam perkara jadi.

Senyuman diukirkan saat menuju ke kaunter utama. Kaca mata hitam ditanggalkan memandang penjaga kaunter yang kemas dan cantik itu.

"Yes miss?" tanya wanita itu dengan sopan mengikuti SOP khidmat pelanggan.

"Hi... Can I meet Encik Rayza Mukramin? Dia ada?" tanya Qastury penuh sopan. Wanita itu memandang wajah Qastury dengan tanda tanya.

"Encik Rayza ada. But... can I know who are you? Atas urusan apa cik nak jumpa dia? Ada buat appointment?" tanya wanita itu. Qastury tergamam dan mampu tersenyum.

Dalam hati banyak menyumpah seranah. Setahunya sebelum ini kalau mahu berjumpa dengan Rayza tidak perlu sampai buat temu janji bagai.

"Ouh kena buat appointment? Sorry I tak tahu... Actually I kawan dia sama belajar dulu. Ada barang yang I nak bagi. Memang tak boleh jumpa ke?" tanya Qastury untuk kali kedua percubaan namun mendapat gelengan.

"Sorry memang tak boleh" Qastury menghela nafas panjang. Dia sekadar mengangguk sahaja dan berjalan untuk berlalu pergi dengan perasaan hampa dan geram di dada.

Dalam kepala cuba berfikir bagaimana dia mahu berjumpa dengan Rayza. Jejaknya kaki dia di sini selepas dia mendengar akan isu Rayza yang hangat sebulan lalu selepas ketiadaannya.

Kata Encik Hamdan, Rayza sudah berkahwin dengan seorang wanita daripada Melbourne. Jadi, benarlah kata arwah ayahnya akan khabar itu dahulu. Selepas itu, lelaki itu pulang ke Malaysia seorang diri tidak membawa isterinya.

Ada juga khabar berita Rayza mempunyai isu skandal bersama perempuan lain di sini. Bukan sekali malah sudah tiga kali dan seperti biasa dia akan menyatakan itu sekadar fitnah unsur jahat orang kepadanya.

Qastury berdecit dan tertawa sinis mendengarkan hal itu. Dia pasti khabar itu tidak palsu. Dia cukup kenal sekali bagaimana sikap dan perangai Rayza selama ini.

Lelaki itu tidak akan berubah.

Qastury menyandarkan tubuh pada kerusi kereta dengan satu keluhan. Jari jemari mengetuk kepala stereng sambil otak ligan berfikir strategi. Nak tak nak dia perlu berjumpa Rayza untuk menyelesaikan isu ini.

Tiba-tiba sahaja matanya menangkap satu sosok lelaki yang baru sahaja melangkah keluar daripada hotel dengan pakaian suit yang berkoporat.

"Rayza" Qastury berkata sendiri sambil memerhati daripada jauh. Kelihatan Rayza sedang masuk ke dalam kereta yang dipandunya sendiri.

Tanpa berlengah, dia mengekori kenderaan pacuan empat roda yang mewah itu. Rayza tetap memandu kereta menyusuri jalan dengan tenang tanpa ada rasa ragu-ragu.

Saat tiba di suatu kawasan, Rayza memakirkan kereta di tempat parkir. Qastury segera melakukan perkara yang sama dengan memakirkan kereta jauh sedikit daripada tempat kereta lelaki itu.

Saat melihatkan Rayza keluar dan masuk ke dalam sebuah restoran sambil memusingkan kunci di jari telunjuknya, dia pantas melangkah perlahan.

Pintu restoran itu ditolak dan dia mengambil tempat di suatu meja jauh sedikit daripada lelaki itu. Pesanan juga dia lakukan sebaik pelayan tiba di mejanya. Dari kejauhan dia memerhati lelaki itu yang seorang diri duduk di mejanya.

Lima minit berlalu, peranannya tiba. Satu cawan minuman tembikai sejuk diletakkan di atas meja. Melihatkan seolah tiada siapa yang akan duduk bersama lelaki itu, pantas Qastury bangun membawa gelasnya.

BIAR WAKTU MENENTUKAN KITA Where stories live. Discover now