TANGANNYA dipaksa tarik. Berkali dia menangis tidak mahu ikut apa kehendak dan kemahuan ibu bapanya. Sudah persis budak kecil dia pula sekarang.
“Tak nak! Puteri tak nak!” tubuhnya ditolak kuat masuk ke dalam kereta oleh Encik Qudsi. Pintu ditutup dari luar kasar. Saat Qastury membuka pintu semula, Encik Qudsi menuding jari tepat kepadanya.
“Kalau Puteri tetap nak buat perangai, buatlah. Puteri nak lari pun tak apa. Daddy bagi masa pada Puteri. Go” dia memberi ruang. Pintu dibuka luas. Qastury tergamam di tempat duduk belakang.
Dia mendengus kecil lalu melangkah keluar daripada kereta. Kaki dihayun dan dihentak untuk berjalan keluar daripada pagar rumah. Encik Qudsi dan Puan Intan sekadar memerhati. Dari ekor matanya, Qastury memandang untuk melihat sama ada ibu bapanya menahan dirinya atau tidak.
“But tinggalkan your beg. Your bank card, kunci kereta, all. Keluar sehelai sepinggang! Kalau Puteri nak lari juga, jangan fikir nak patah balik. Daddy tak akan kutip Puteri sama sekali. Remember my words!” Qastury masih melangkah namun kecil langkahnya. Dia masih berkira-kira saat ini.
“Tak ada orang yang sanggup nak kutip Puteri. Rayza? Dia dah tinggalkan Puteri kan? Puteri ada kami je sekarang. Pilihlah! Rasa nak merempat macam gelandangan, hidup susah, just go!” Encik Qudsi masih mencabar-cabar. Qastury mendengus kecil dan pantas menoleh.
Dia memandang ibu bapanya dengan air mata. Puan Intan menghela nafas kecil lalu mendapatkan anak perempuannya. Dipegang lengan itu. Mata itu dipandang dalam.
“Kejap je sayang. Dengar kata daddy. Habis je buat umrah, kami balik ambil Puteri semula. We're promise” Puan Intan membuat janji. Air mata Qastury mengalir. Puan Intan menyeka air mata itu sebelum memeluk tubuh ibunya.
Dia tidak mahu hidup susah. Nak pula dia memang tidak boleh hidup sendiri. Dari kecil dia sudah bergantung kepada orang lain dalam segala hal. Nak hidup susah dengan keadaan mengandung ini? Lagilah membuatkan dia bertambah susah nanti.
Nak tak nak dia perlu akur. Betul kata daddy, tidak ada yang sanggup mahu mengutipnya jika benar dia dibuang.
“Janji?” Qastury persis budak kecil. Dia menunjukkan jari kelingkingnya kepada Puan Intan. Wanita itu yang sedari tadi menahan air mata segera mengangguk dan menyatukan jari kelingking mereka bersama.
Ini anak perempuannya. Anak manjanya.
“Ye sayang...” pipi itu diusap lembut. Encik Qudsi membuka luas pintu kereta. Dia memandang dua beranak itu yang masih berdrama air mata.
“Dah! Masuk kereta!”
- RAEES QASTURY -
Kaki dihayun keluar dari kereta sebaik tiba di lokasi kira-kira satu jam. Mata Qastury meliar memandang kawasan hutan yang sunyi. Hanya bunyi hidupan alam sahaja yang dia dengari. Dapat juga telinga menangkap bunyi air terjun dan sungai yang mengalir.
Tempat apa pula daddy membawanya ini?
Papan tanda Qudratul Hasanah dipandang. Dia melihat beberapa rumah buluh yang terbina. Ada juga kawasan riadah, surau dan lain-lain yang memang berunsurkan alam. Senang kata, kawasan ini seolah tempat tinggal pedalaman yang mungkin orang tidak akan tahu kewujudannya.
Orang tidak tahu? Entah-entah dia seorang sahaja.
“Asalamualaikum” Encik Qudsi memberi salam. Dia berjabat tangan dengan rakannya. Begitu juga Puan Intan yang bersama bermesra dengan Puan Rohaya. Qastury yang melihat sekadar diam di situ. Tangan sikit-sikit memukul leher bila mana ada serangga seperti unggas mengingap padanya.
YOU ARE READING
BIAR WAKTU MENENTUKAN KITA
Romance06| BIAR WAKTU MENENTUKAN KITA MUHAMMAD ARJUNA RAEES | PUTERI NUR QASTURY "sabar yang terbaik akan datang pada hujung waktu jadinya jangan terkejar" Hidup kucar-kacir kerana tidak meletakkan Tuhan itu satu-satunya yang pertama dalam hidup. Begitul...