JAM di dinding dipandang dengan hati yang gelisah. Bibir bawah digigit menahan resah dalam hati. Keluhan dilepaskan sambil tubuh disandarkan pada sofa empuk.
“Mana dia ni?” Qastury bermonolog sendiri. Dia resah memikirkan keberadaan Rayza saat ini. Sejak akhir-akhir ini suaminya kerap kali tidak melekat di rumah.
Dia menjadi tambah rungsing akan sikap Rayza.
Bunyi pintu diketuk dari luar membuatkan Qastury terhenti lamunannya. Dia segera bangkit dari duduk di sofa. Tudung sarung disarung ke kepala untuk ditutup. Saat pintu dibuka, dia terkaku.
Rayza yang dalam separa sedar dan terhuyung-hayang dipandang dengan rasa tergamam. Seorang wanita yang berada di sisi lelaki itu juga dipandang dengan mata yang bulat tidak percaya.
Rayza.... mabuk?
“You wife Ray kan? Ini kami hantar dia balik” kata seorang wanita seksi bukan kepalang di sisi kanan lelaki itu. Qastury memandang dengan mata yang berkaca.
“L... letak dia kat sofa boleh?” katanya. Terus dikuak pintu seluasnya untuk memberi laluan wanita itu membawa Rayza ke sofa di ruang tamunya.
“Thank you for tonight, dear...” wanita itu mencium pipi suaminya. Qastury pantas mengalihkan pandangan saat tindakan selamba itu dilakukan di hadapannya.
Rayza tertawa dan merengek cuba menarik gadis berbaju biru separas peha itu sehingga jatuh ke atasnya. Pinggang wanita itu dipeluk erat sambil wajah mencari ceruk leher wanita itu. Qastury yang memandang beristighfar kecil melihat adegan itu.
Saat diperhatikan, wanita itu pantas bangun dari jatuh di atas Rayza perlahan dengan senyuman sinis. Dia menyelitkan rambutnya di belakang telinganya sambil memandang Qastury.
“Sorry. Lupa pula you kat sini. I gerak balik dulu”
“Baby... I nak you... Sofia... ” Rayza merengek sambil menarik tangan wanita bernama Sofia itu. Air mata Qastury mengalir satu memandang mereka. Dia langsung tidak bercakap apa kerana dia sangkakan Rayza mencintainya benar sekali setelah apa yang terjadi.
Pada awal perkahwinan nampak suaminya itu benar ikhlas dengannya dan mahu bertanggungjawab atas apa yang terjadi. Rupanya dia silap. Dia silap kerana terlalu percaya dan memberi peluang atas kebaikannya.
“Err... Puteri right? I think I should sleep here tonight. Your husband want me” selamba Sofia berkata. Qastury tersenyum sinis dengan hati yang panas.
“Aku ada untuk suami aku. Kau boleh balik” Qastury berkata. Sofia berdecit memandang Qastury atas bawah. Dia menilai diri gadis itu yang sedanh berbadan dua.
Mampu ke nak layan Rayza?
“Really? Dengan perut memboyot tu?” katanya cuba perlekeh.
“Banyak cara lagi untuk layan suami selain perkara kotor yang kau fikir tu. Aku tak akan bagi orang lain layan suami aku. Sorry, kau boleh balik” Sofia mengangguk-angguk sahaja. Rayza yang sudah tidak merengek itu dipandang sebelum melangkah mendekati Qastury.
Dia yang lebih tinggi dari isteri Rayza itu memandang Qastury yang sudah basah matanya. Dia tahu ada hati yang retak di sini sedari dia muncul di muka pintu bersama Rayza tadi.
“Tapi suami you yang minta I layan dia. Okeylah, I balik dulu. Bye princess!” dagu Qastury dicuit sebelum dia melangkah keluar daripada rumah.
Qastury menutup pintu rumahnya. Keluhan dilepaskan dengan rasa yang berat di hati. Dia memandang Rayza yang mula merengek di sofa. Dia tahu, suaminya itu mungkin sudah meneguk air kencing syaitan itu berkali-kali.
YOU ARE READING
BIAR WAKTU MENENTUKAN KITA
Romance06| BIAR WAKTU MENENTUKAN KITA MUHAMMAD ARJUNA RAEES | PUTERI NUR QASTURY "sabar yang terbaik akan datang pada hujung waktu jadinya jangan terkejar" Hidup kucar-kacir kerana tidak meletakkan Tuhan itu satu-satunya yang pertama dalam hidup. Begitul...